Followers

Wednesday, September 18, 2013

Ni lah penangan tangguh2..

Lama rasanya dah tak menulis
Sebenarnya, auntie mengalami jari2 yang kebas
rasa panas dan denyut2 macam baru sudah ramas
rendaman cili, kalau dulu2 lepas menggiling cili
auntie rasa pijar, hahhh gitulah rasanya sekarang..
pegang barang pun kena kuat2,
kalau tidak akan terjatuh..

Nasib badan, jadi isteri dan ibu, kerja2 rumah perlu terlaksa
auntie buatlah juga pelan2..
Banyak benda yang dipikul bukan hanya kerja2 rumah..
Aahhhh...

Hati?? Ermmm..banyak perkara yang perit dihadapi
Fikiran?? Alhamdulillah, no more SADNESS AND SORROW
Masih bernafas, boleh tidur dan makan..Alhamdulillah

Okaylah, citer2 tertunggak dengan gambar2 yg bersusun2
dalam kamera..
meh kita nengok apa yang ada..
Aduhai, citer raya tak habis2 lagi
Jom habiskan di n3 ni

Citer auntie jalan2 beraya
Auntie gi open house rumah ibu Dr Jonet di Nilai
Kami pergi malam
kalaulah siang hari,  pasti auntie singgah Nilai 3, hik3x

Antara hidangan malam tu

 Mee Muar

 Caramel 


 Suji Trengganu dan tart nangka (buat sendiri tuh)
kedua2 terbaik wohhh..bila boleh rasa lagi Dr Jonet?
Next Year probably, jika ada umur..

Yong Tau Foo
(portion mkn berdua ngan uncle) 

 Abam Jubah


  Ibu Dr Jonet dan auntie



 Dr Jonet Kiri dan kanan adik perempuannya


 Ayah Dr Jonet dan uncle
Sama2 bekas pegawai tentera

Kami minta diri sebab nak kerumah Ice dan Huda pula
Auntie dah tak larat nak makan
Huda masak spaghetti, auntie cuma makan beberapa
butir seedless grapes dan minum brewed tea
Most of the time auntie main dengan baby Fahad

Sedang bermain2 dengan Fahad
rupa2nya Dr Jonet dan adiknya menyusul
mereka duduk berdekatan tapi lain2 taman
Meriahlah, auntie dapat bermain dengan 2 babies
heaven, Alhamdulillah


 Auntie dukung anak sedara Dr Jonet, nama timangannya Bunga

 Fahad yang tak duduk diam, time tidur dia 


 Menjamu selera dan berbual2


 Apa agaknya perasaan Abam Jubah ketika ini?


Bunga

Perjalanan pulang ke KL, OMG jem teruk

Jom tengok gambar lain2 from different occasion pulak

Jemputan rumah terbuka adik auntie Datin Seri Rozi


Lengan workout ker Abam Jubah?


Uncle yang dah mengurus 
sejak2 akhir2 ni, dah kurang makan


Datuk Seri Akhil menyumbangkan beberapa lagu 
utk permintaan tetamu


Datin Seri Rozi yang berbaju kuning


Satu2nya classmate adik auntie masa diTaiping yang masih rapat dengan kami
Dialah Interior Designer rumah adik auntie



Diantara makanan petang tu


















Makanan amatlah sedap2 belaka, memang semua auntie suka sangat..
tapi perut tak macam muda2 dulu boleh muat segala..hik3x









Kami bertiga beradik

Kami minta diri setelah berjam2 disitu
Ada lagi satu jemputan
Jom kita balik


Laju benar abah jubah memimpin auntie
Bahagia rasa dipimpin oleh anak dan menantu..Alhamdulillah

Sebenarnya auntie penat sangat bila sampai kerumah ni
begitu juga uncle, maka kuranglah gambar2 kat sini
diblog pija ada banyaklah

Gambar hidangan pun tak ada
lets ingat balik apa menunya 
Kambing panggang
Salad + mashed potatoes
Soto 
Impit dan rendang ayam
Buah tembikai
Bubur pulut hitam
Air oren

Kawan Pija sebenarnya tuan rumah ni
Auntie rasa dah macam anak sebab selalu
dia datang rumah auntie suami isteri
Mereka adalah suami isteri yang amat muda 
Mereka baru beli rumah ni
Hebat betul, auntie menumpang suka dengan anak2
yang masih muda beringat2 untuk masa depan
Cantik betul rumah  mereka, 
apa taknya almost 1M

Auntie leka mendengar cerita
Orang canopy tak datang pasang
ciss, ada juga macam tu
mesti gara2 ambil order terlebih
hingga tak menang tangan dan tak cukup khemah
terpaksalah suami isteri gi beli khemah
dan pinjam kerusi meja dimasjid.
Aduhai..nasib katerer datang
kalau tak, sikit punya haru 







Balik jem sepanjang jalan sampailah rumah..
Terbaring auntie dirumah
kepenatan dan kekenyangan

hehehehhe..bye bye dulu
jika rajin auntie publish lagi n3 baru
kalau tidak, ermmm..semua tungguuuuuu tau..




18 comments:

  1. Assalam.

    Dah jadi tradisi kat KL, hari pertama kedua raya jalan lengang je, masuk minggu kedua confirm jem sampai habis bulan raya hihihi..tahun ni pun ada yang terlajak2 buat open house sampai cuti hari Malaysia yg sudah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam Huda,

      Aah, betul. Macam2 ragam manusia yang berduit, boleh aja buat jamuan bila2 masa

      Delete
  2. alhamdulillah :) banyak juga rumah aunty dapat pergi. seronok tengok..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dalam sakit2 tu, hati auntie kuatkan utk menunaikan jemputan2. Alhamdulillah

      Delete
  3. salam
    lama saya tak menjenguk sini...dah check doc ke kenapa kebas2 jari2 tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam,

      Terima kasih kembali menjengok blog auntie.

      Memang dah check, kata doktor, darah tak sampai kejari2 berpunca dari tulang tengkok yang dah haus, sarap terhimpit.

      Maka nasihat doktor, auntie perlu lakukan excercise tangan.

      Delete
  4. hamboiiii auntie sakan bebeno beraya

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehehehe sakanlah, rumah adik dan anak angkat

      auntie seronok, Alhamdulillah

      Delete
  5. Dari sehari ke sehari nak tanya
    Siapa yg panggil Ayol abam jubah?
    Semuga kesihatan kak nani lebih baik dgn pemantuan doktor dan kasih sayang suami dan anak2....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rahmah, gelaran abam jubah diberi oleh kawan akak di facebook, terlekat pula sampai sekarang.

      Terima kasih atas doa kesihatan dan kebahagian akak.

      Delete
  6. Terharu sgt bile tgk Ben pimpin auntie..rindunye dekat mak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah, abg Ben memang gitu, setiap kali auntie bersama dengannya, dia pasti cepat2 nak pimpin auntie.

      Alhamdulillah, menantu yang sayang auntie saperti ibunya sendiri.

      Delete
  7. seronok saya tengok gambo makanan kat sini
    take care ye kak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah, gambar2 makanan buat kenangan

      TQ dear.

      Delete
  8. Assalamualaikum auntie...hihihi terasa lah bila auntie kata ada silent reader yg sebenar2nya silent. suka baca2 tp x pandai nak mengomen. semoga auntie sekeluarga hepi sentiasa dan dibawah lindunganNya. Amin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam Warahmatullahi Wabarakatuh Hasnida,

      hehehehe terima kasih kali ni dah pun tinggalkan komen untuk auntie.

      Terima kasih sekali lagi atas doa untuk auntie sekeluarga.

      Delete
  9. hai aunty, wah kenyang perut suka hati yer aunty.btw, tangan kebas-kebas tu..sejuk kot..bubuh minyak panas yer aunty.minyak anugerah tu pun oke.love u aunty.

    ReplyDelete
  10. AsSalam MM..gambar2 you amat sangat menyeronokkan...and you look so lovely and sweet..:)
    Alahai Raya dah over..lecur tengok all the goodies and delicious spread..yummy yummy.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...