Followers

Tuesday, September 24, 2013

Air tangan biras

Wah, hari ni auntie rehat dari memasak
bukan tak makan tengahari tapi adik ipar,
isteri dan tiga orang anak2nya datang dari Melaka
nak hantar anak sulung mereka menyambung Master
belajar sambil bekerja di Unitar.

Biras auntie kedapur, suruh auntie duduk
dia masak tengahari utk kami..hihihihi
Tq Zakiah..seronok sangat auntie..

Auntie hanya membasuh beras dan tekan butang
Butang menyala.
Lepas setengah jam auntie check, rupa2nya
plug tak disambung betul2, nasi tak masak lagi
Cisss...ni sedang tunggu nasi masak..huhuhuhu

Apa hidangan air tangannya hari ni?

 Ayam kentang masak lemak cili api

Pakai batu tumbuk tuh..
selalu auntie main taram pakai blender..



 Sambal belacan

 Ayam Goreng

Sawi tumis dengan ikan bilis

Aduhai, auntie punya pasal kena tunggu nasi masak
huhuhuhu 
laparlah sudah

Seronok betul bila mereka datang anak beranak
Berbual tak ingat..


Sedang makan roti dan sardin


Anak buah auntie ni dah bekerja dengan tentera laut
baru jer balik dari interview, moga berjaya

Nak bancuh air teh o limau lah..
Nak jenguk nasi..




9 comments:

  1. Semoga segalanya dipermudahkan oleh Allah SWT. ..

    ReplyDelete
  2. Sibuk2 boleh tak perasan pulak ye untie pasal plug tu.

    Hari2 memasak sesekali bila ada org tolong masakkan bahagia sungguhkan untie?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah JunAina, boleh tak lekat plug tu..hihihihi

      Betul, auntie rasa seronok bila ada yang kedapur sekali sekala, Alhamdulillah, biras auntie mahu kedapur.

      Delete
  3. Hehe sya plak pernah lupe nak tekan butang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada juga sekali sekala, auntie terlupa tekan butang, sampai beras kembang..huhuhuhu

      Delete
  4. Assalamualaikum,
    Bestnya auntie...borak2, makan2...gelak2...hepi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam anyss,

      Betul, sambil menjamu selera dimeja makan kami berbual2 gelak2 dan auntie makan bertambah sepinggan lagi..hihihihi

      Delete
  5. Assalam aunty...dugaan iman betul...lauk pauk dah harum mewangi tp kena tnggu...hihihi

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...