Followers

Tuesday, August 13, 2013

Tetamu Dari Silent Reader

Hari Raya Aidilfitri yang keempat
terima email dari silent reader auntie
dia follow dari mula auntie berblog
katanya

Sangat2 ingin bertemu dengan auntie katanya
Auntie dengan cepat dan laju membalas
email tersebut, menjemputnya beraya dirumah
sebab keesokkan harinya ia akan pulang
ke Brunei

Taxi berhenti depan rumah pada pukul 9:45 malam
Dua gadis yang sangat ayu dan cantik berdiri depan mata
Walaupun tidak pernah berjumpa dan kenal mereka
auntie terus jatuh cinta..hahahahahaha
kami berpelukkan spt dah lama kenal
ahli keluarga auntie yang ada abam jubah dan uncle
pada malam tu

Abam Jubah lah yang menyediakan
minuman panas teh tarik dan icy aerated apple juice
dan keluarkan biskut2 raya
kami berbual mesra
Mereka tunjukkan gambar2 family mereka
bercerita dan berceritalah kami

Wahhhh..sambil menaip ni
auntie terasa rindu sudah
pada dua beradik kembar ni..
auntie berpesan pada mereka
jika keKL lagi, sudilah singgah lagi

Bayangkan tiada apa hubungan darah
tapi mahu menziarah auntie dan uncle
feeling blessed..Alhamdulillah

Pesan mereka, auntie menulislah hari2
citer pasal kucing pun tak pa
mereka tetap akan baca
hahahahahaha..malu pula rasa auntie
bila mereka bertanya kenapa tak sambung
citer2 episod kisah kehidupan auntie
mereka suka akan kisah percintaan auntie dan uncle
ermmm... mereka juga faham akan
keadaan auntie yang sakit
maka terbantut citer2 episod

Auntie ada bergambar dengan mereka
tapi pesan mereka tidak mahu gambar
mereka disiarkan disini..
mereka ni low profile walaupun
berjawatan tinggi..

Mereka pesan jgn letak gambar mereka disini

Mereka juga bawakan auntie hadiah buat kenangan





 Shawl dan Evening clutch bag

Amboi, bergayalah auntie dengan clutch bag ni
jika ada jemputan makan malam nanti
Shawl pula, auntie bercadang nak pakai dengan blouse dan pants putih
Ribuan Terima Kasih auntie ucapkan 
Auntie suka sangat

Pukul 11 malam tepat taxi yang sama muncul kembali
mereka dah bookie rupanya
tak puas kami berbual rasanya
auntie berpelukkan lagi dengan mereka

Rupa2nya ada readers auntie, 
ada yang menyayangi
auntie secara senyap2..

Terima Kasih pada dua beradik ni
kerana melimpahkan kasih pada auntie
semoga berjumpa lagi
InsyaAllah

24 comments:

  1. assalam aunty..setuju with the sisters...cter apa2 pn xpe...asalkn ada update..hihi

    cantik clutch bag tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaikumusallam Wani,

      huhuhu blogging auntie suka2 bukan utk cari makan
      jadi menulis ikut mood ler

      memang cantik bag tu

      Delete
  2. wah cantiknya auntie.makin cunla auntie bergaya nt.hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehehe belum ada kesempatan nak bergaya dengan beg tu

      Delete
  3. Aunty,

    Bila aunty menulis dengan rasa ikhlas, penuh perasaan tapi masih dalam konteks kasih sayang....ramai yang tersentuh :)banyak iktibar dan panduan yang boleh diambil dan dicontohi atau ditauladani.

    we love u

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima Kasih ummisara,

      Haah, selalunya auntie menulis ikut rasa hati for the day, jiwa sedih jadi penulisan pun sediah, jika happy, auntie akan selitkan bahan untuk tersenyum, jika sakit aduhai, memang akan terjejaslah penulisan.

      TQ for loving me

      Delete
  4. salam aunty,
    selamat hari raya maaf zahir batin andai ada tersilap kata terkasar bahasa walaupun belum pernah bertemu.

    *lambat plak ucapan raya ni..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kembali fathen,

      Selamat Hari Raya juga buat fathen

      Delete
  5. Masa ni rasa tersentuh sangat kan untie, kasih di alam maya bawa ke alam nyata... Itu pun rezeki juga untie.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, siapa sangka, tak kenal boleh berjumpa dan mendapat hadiah?

      SubhanAllah

      Delete
  6. salam..bertuah sungguh auntie
    apakata kenen abam jubah dengan salah sorang tu?hehehe
    gurau je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kembali muis,

      Ishhh..mana boleh gitu,
      Biar Allah yang menentukan jodoh Abam Jubah

      Delete
  7. alhamdulillah..ramai yang menyayangi auntie...happy for u

    ReplyDelete
  8. Salam, just hoping you are feeling less Raya Stresed.Take good care of yourself and doa hard for good health and lasting Happiness. Its disheartening to hear of so many unwell men and ladies who give many such pleasures reading their writings. so rajin compared to my malas!
    I visited ZorroU who is nursing a BigC. A friend wrote in about the passing of a dear Journalist and Musician from heart attack at 59. I wanted to wish him (zorroU hope he is much better) but I decided to just slip away.
    Life is very fragile and sometimes I cheat by laughing away with UAI and his UTube Q & A sessions!
    Wassalam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kembali,

      I am lost with your comments here, coz the characters are unknown to me

      Delete
  9. Salam auntie. Mesti seronok rasanya bila silent reader sayangkan auntie macam nie. Tapi blog auntie memang 'dekat di hati'. Cara penulisan sangat santai buat kami rasa macam dah lama kenal auntie.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kembali Liz,

      TQ Liz, penulisan auntie secara bersahaja, tiada apa istimewa pun, yang suka mungkin suka, ada juga yang menyampah tu..hahahahhaa

      Delete
  10. Assalamualaikum,
    Ramai yg sayang auntie tau, jangan jemu menulis.

    Walaupun jarang2 je tinggalkan komen, tapi blog auntie mmg ramai pembaca tau


    Selamat hari raya, maaf zahir batin auntie

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusallam Warahmatullahi Wabarakatuh anyss,

      heheheheheh menulis perlu ada kesihatan yang sihat, mood yang elok dan ada bahan. Jika tiada memang mendiam diri dan sunyi sepilah blog.

      Selamat Hari Raya, Maaf zahir batin kembali utk anyss

      Delete
  11. As salam kak nanie...slmt hari raya....murah rezeki kak nanie dilimpahi kasih sayang.
    Saya jugak kak nanie dpt teruskan cerita kisah kisah kak nanie....
    Seronok baca walaupun kisah kucing. .....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasallam KakZie,

      Alhamdulillah, memang terharu dengan limpah kasih sayang anak2 siber diluar sana.

      InsyaAllah, jika dengan izinNya adalah bahan nak ditulis diblog ni..heheh

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...