Followers

Thursday, August 29, 2013

Syawal akan tinggalkan kita

Cintakan Tuhan itu ibu segala kebaikan. 
Tetapi kalau dunia yang dicintai 
maka berlakulah sebaliknya iaitu ibu segala keburukkan. 
Bila sudah salah memilih, salah meletakkan cinta dunia, 
maka akan berbuahlah segala kejahatan yang berbagai-bagai. 

Pembohong, fitnah, mencuri dan membunuh.
Akan juga datang perasaan sakit hati, sombong, megah dan rasa berdendam.

Bulan Ramadhan sudah berlalu,
sebulan untuk melatih diri dan iman (fizikal dan jiwa)
khususnya untuk imbangkan urusan dunia dan akhirat.
Tak payahlah auntie bercerita hikmah bulan Ramadhan, pasti semua sudah tahu.

Bulan Syawal pula adalah bulan keampunan.
Maaf bermaafan antara sesama insan.

Syaitan dan nafsu sentiasa berusaha untuk melalaikan manusia
supaya terpesong dan jauh dari rahmat dan keampunan Allah swt.

Masih ada yang tidak mahu maafkan orang, tidak mahu meminta maaf.
Dengan umur yang dah tua ni, auntie ada jumpa orang2 macam gini
ada yang sampai membawa keliang lahat
Anak tidak mahu maafkan ibubapa
Ibubapa tidak mahu maafkan anak
Mertua dan menantu
Suami isteri
Adik beradik
Ipar duai
Kawan2
Jiran2
Kaum ni dengan kaum tu
Negara ni dengan negara tu
Pemimpin ni dengan pemimpin tu
dan banyak lagi lah

Nauzubillah

Tinggal beberapa hari jer lagi
Syawal akan tinggalkan kita
Marilah sama2 mengambil kesempatan untuk bermaaf2an







Cintai Allah dan Rasulnya


18 comments:

  1. Assalamualaikum Kak Nanie.

    Sempena Syawal yang masih bersisa, saya mohon maaf dari Kak Nanie andai ada salah silap saya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam Warahmatullahi Wabarakatuh,

      Sama2lah kita kakcik

      Delete
  2. AsSalam..betul cakap you..

    Selamat Hari Raya dan maaf zahir batin yea Nanie..
    Selamat sihat dan bahagia selalu.

    Semoga Allah SWT tolong lembutkan hati kita dan kita sentiasa mengakui kesilapan sendiri walaupun kita tahu kadang2 rasanya bukan semua salah kita..:)

    Tetapi kita nak Allah SWT sayang kita..
    sedih sungguh bila ada perpecahan antara ahli keluarga dan antara kita sesama Islam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassallam mamasita,

      Selamat Hraya, maaf zahir batin juga.

      Betul, memang sedih perpecahan keluarga tapi jika itu rencana Allah swt, redhalah.

      Delete
  3. Untie org zaman sekarang ni banyak berhati batu. Moga Allah perlihara kita semua dari sifat sepeti itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehehe JunAina,

      Manusia dari zaman dulu dan hingga akhir zaman dibekalkan nafsu dan akal utk jadikan pilihan.

      Terpulanglah pada individu itu sendiri..
      cinta dunia atau cinta akhirat

      Delete
  4. Posa enam tak habis lagiiiiiiiiiiiiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. pB, hari ni auntie posa, last day...huhuhuhu

      Delete
  5. Replies
    1. WaniGhani jagalah seketul daging yakni 'Hati'

      Delete
  6. kekadang, tidak mahu itu terjadi kerana ada kisah yang terlalu pahit berlaku sebelumnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. IM, pahit macam manapun, jika ianya '0bat' telahlah demi kebaikkan.

      Maaf memaaf memang akan sentiasa diawasi oleh 'iblis' supaya permusuhan terus berlaku

      Delete
  7. Hello Marina, how you doin'? Interesting post.
    Allow me to add, 'to err is human. To forgive divine'.
    Have a great week,
    salam ceria selalu dan jangan lupa gembira di hati.
    Bagaikan sentiasa kedengaran alunan lagu merdu.
    Lee.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehehe tq for dropping by Uncle Lee.

      Delete
  8. Salam Syawal Kak nanie... maaf zahir dan batin... Ustaz kata... kalau kita dengan mudah memaafkan orang...nanti ALLAH bukakan hati orang untuk memaafkan kesalahan kita...itu lebih penting kan...sebab bukan kita tak pernah buat salah ngan orang...kita ni manusia... dimana2 pun ada kesilapan kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masih ada Syawal lagi beberapa hari, jadi sempatlah mengucapkan Salam Syawal kembali pada aNIe, begitulah juga maaf zahir batin dari auntie.

      Betul kata aNIe tu. Alangkan Allah Maha Pemaaf, kita hanya hambaNya.

      Delete
  9. Hai dear..bestlah blog awk..penuh warna warni kehidupan..jemputla ke blog saya dan kita bertukar-tukar link pulak..:)
    http://superstorevitaminhebat.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehehehe iye ker Awak? sebenarnya auntie jarang gunakan awak baik dlm percakapan atau penulisan, rasa kurang selesa berbahasakan dgn awak awak.

      Nanti2 auntie ziarah blog awak okay.

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...