Followers

Thursday, August 8, 2013

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Ucapan Selamat Hari Raya Aidil Fitri
kepada semua readers auntie yang beragama Islam
diserata pelusuk negara dan negeri

Tahun ni auntie merana sakit
entahlah..masih adakah tahun hadapan?
Wallahualam

Sakit yang amat2 hingga nak mengukir senyuman
pun terasa berat, begitu juga selera amat sedikit
memaksa diri menyediakan kegemaran suami dan anak2
Alhamdulillah..

 Sambal Daging 5 kilo dihiris untuk sambal

 limpa sekilo untuk rendang
Ayam? lupa..hik3x

Serai, halia dan lengkuas
gambar bawang? lupa

Hidangan Hari Raya
Sambal Daging
Rendang Ayam
Rendang Limpa
Masak Lodeh
Nasi Impit
Lemang Pak Ali Ulu Kelang 3 batang

Sepatutnya ada kuah kacang
Dah penat sangat tidak terhingga
cancel ajalah..

Gambar masakkan tiada..
Errmmm..keletihan

Tetamu tak putus2 datang
amat terhibur bila mereka datang membawa anak2 kecil
auntie menumpang kasih, dimana auntie anggap mereka
sebagai cucu2 auntie..
Cucu sendiri? Entah kemana batang hidung tak nampak
Ucapan dari menantu untuk auntie dan uncle serta
keluarga tiada lansung..
SMS? Message box difacebook? Harammm.....
Tak mengapa..
Ramadhan telah berakhir
Datang Syawal Yang Mulia
masih lagi tiada perubahan dari mereka
Kami sekeluarga tiada dendam
Kami serahkan bulat2 pada
Allah Yang Maha Pengasih
Hari Pembalasan pasti ada

Sebahagian dari gambar2 tetamu
yang diambil oleh uncle




















Beberapa minit lagi dah masuk Dua Raya
Jadi Sempena Hari Raya Pertama Aidil Fitri
Auntie menyusun jari
mohon ampun dan maaf
Zahir dan Batin
dari semua pembaca yang kenal atau tidak auntie kenali
dari jauh, mahu pun dekat....

Kepada cucu ku Zara Sofea




kami sekeluarga amat2 merindui mu
Kamu adalah generasi ku yang ketiga
keturunan ku dari daddy mu
yang telah tergalang dan kehilangan
ahli keluarganya..
Pedih dan sedih

Got to go
Ada umur auntie bercerita lagi..
InSyaAllah




25 comments:

  1. salam Aidilfitri aunty.
    aunty tabahlah. Inshaa Allah 1 hari nanti akan ada kebahagiaan untuk aunty dan anak aunty. Allah maha mengetahui, akan ada nikmay yang ter paling manis untuk hambaNya yang sabar :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kembali thenameisima,

      Sudah tentu kami bertabah. Alhamdulillah
      Gitulah hendaknya, nikmat manis yang bakal ditempuhi nanti.

      Delete
  2. salam maknani
    sel mat hari raya maaf zaher dan batin.
    best aa menu raya..

    anak maknani yg bongsu masih di kuwait? sabar ajalah ..
    yg cucu tu...hard to understand. siapa yg digantung tak brertali ni.
    banyak bersabar.

    btw maknani beli biocera alkaline water filter. elok minum air yg ditapis dan beralkali utk kesehatan. ditapisnya air paip dan minum.
    biocera is the best onr.
    wasalam
    n

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kembali nor,

      Selamat Hari Raya juga utk nor.
      Menu raya yang wajib pada hari raya pertama.

      Anak maknani dah balik dari kuwait, 2 hari sebelum raya
      tapi dia jet-lagged,asyik tidur aje, tak dapatlah nak menolong.

      Malam raya barulah dia menolong masukkan biskut2 dalam balang dan memotong kek2.

      Tiada istilah gantung bertali pada kami, hamya mengharapkan
      isterinya balik kepangkuan sebab mereka masih berkasih walaupun
      dah mula berkurangan kerana sudah setahun berlalu.
      Pasti ada penamatnya selepas hari raya nanti.

      Auntie memang sudah ada penapis air

      Delete
  3. Selamat Hari Raya Aidilfitri buat aunty sekeluarga. Semoga ALLAH memberikan keberkatan dan kebahagian serta di berikan kesihatan yang baik dan rezeki halal yang melimpah ruah buat aunty sekeluarga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Shahrizat Selamat Hari Raya juga auntie ucapkan.

      Terima Kasih atas doa yang dipanjatkan utk auntie sekeluarga.
      Aamiin

      Delete
  4. Selamat hari raya aidil fitri
    Maafkan segala kesalahan...
    Semuga kak nanie tambah sihat selepas ini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari raya aidil fitri kembali utk Rahmah sekeluarga.

      Terima kasih atas doa kesihatan untuk akak

      Delete
  5. assalam auntie... selamat hari raya.. ceria-ceria kan diri ya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasallam suka suka

      Selamat hari raya juga buat mu sayang

      Memang berceria kerana hari raya yang mulia yang diberi kesempatan utk melaluinya dari Allah s.w.t

      Delete
  6. selamat hari raya aunty...maaf zahir batin...

    teringin btol rasa sambal daging aunty tu...hihi..

    semoga zara sofea diberi peluang meluangkn masa dgn keluarga ayahnya..amiin...saya percaya aunty xputus2 doa...insyaAllah Dia sentiasa tentukan yg terbaik untuk hambaNya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya juga buat waniGhani dari auntie.

      Cubalah buat sambal tumis daging tu sendiri, senang aja.
      Jika nak rasa auntie yang masak pm difacebook, kita merayakan sambal daging tu..hik3

      Terima kasih atas doa utk cucu dan daddynya.
      Mudah2an Allah swt memberi hidayah pada mereka utk datang menziarah kami disini.

      Delete
    2. eh haah la aunty...xpnah terfikir nak tanya fb aunty...apa id nya..

      Delete
    3. hik3x Wani cuba tengok kat wall auntie sebelah kanan, dibawah sekali ada label facebook auntie.

      Delete
  7. Selamat hari raya puan nani, tabah, sabar dan redha serta kuatkan semangat atas segala dugaan Allah semoga ada balasan yang tidak ternilai dari Allah kepada puan, ameen.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari raya juga buat mila abdullah

      Terima kasih atas doa utk keluarga kami yang dilanda ujian ini.

      Aamiin.

      Delete
  8. Salam lebaran, this is my first vivit to your blog. The word `sakit' caught my eyes. This week you are the 2nd person in this state. But since you tak sebut/ elaborate I teringat pada arw. Raden Galoh who chronicled her disease and the passages of her dealing with pains and attacks!
    Memangnya ujian dan caturan Allah agar kita meniti jalan seterusnya dengan baik.
    Cikgu `Zorro Unmasked' is the other now confirmed with the BigC. My aunt, Sarimah Ahmad, was once down with nose and brain cancer. But so far, alhamdulillah, after makan VitB17 dia bertambah sego.
    I pray the same will be with you. We have many ayat-ayat diamal for tabah dalam sakit. Hope you get well soon.
    Wassalam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam lebaran kembali utk Shakirin Al-Ikram,

      Terima kasih ziarah blog auntie dan terima kasih atas doa kesihatan.

      Delete
  9. Salam, selamat hari raya semoga sentiasa sehat dan sabar amin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam selamat hari raya kembali mila abdullah,

      Terima Kasih atas doa kesihatan utk auntie.

      Delete
  10. assalamualaikum, auntie. selamat hari raya aidilfitri utk auntie sekeluarga!! :) maaf jika ada salah dan silap sepanjang sy hantar komen di sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waaalaikumusallam Warahmatullahi Wabarakatuh wani ezryl,

      Selamat hari raya aidilfitri juga buat wani sekeluarga.

      Begitu jugalah auntie, mohon maaf zahir dan bathin.

      Delete
  11. Salam aidilfitri aunty. Maaf zahir batin..semoga Allah berkati Aunty sekeluarga..InsyaAllah 1 hari apa yg derita akn diganti bahagia olehNya...sabar dan solat je.mcm yg Allah suruh:-)
    p/s - hensem abam jubah berjubah dihari raya. Sejuk mata tengok...Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam aidilfitri kembali.

      Maaf zahir batin dari auntie juga.

      Aah, auntie sentiasa berdoa supaya ending derita kami disudahi dengan rencana dari Allah swt yang terbaik.

      Abam Jubah sentiasa maintain..hik3x

      Delete
  12. Selamat Hari Raya utk Aunty sekeluarga.
    Semoga Aunty diberi kesihatan yg baik..
    Suka tgk persiapan nak masak tu..meriah :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...