Followers

Thursday, August 22, 2013

Bukan Harga Menjadi Ukuran Tapi Keperihatinan

Rosaklah pulak water dispenser auntie
Baru jer pakai 3 tahun
hehehehehe nak berapa tahun bertahan makcik oiii
memang dah cukup masa untuk meragamlah tu


Yang rosak ni dah bagi kat Pakcik Bangla


Masa sembang2 dimeja makan anak beranak
Ngadulah pelas air auntie dah buat hal
air panasnya okay lagi, masih boleh dimasak
cuma dispenser pumpnya rosak
tak boleh keluar air panas tu
jadi auntie ceduk dengan senduk
nak buat air dalam mug okaylah 3 atau 4 senduk
tapi bila nak bancuh dalam teko, kena ceduk bersenduk2..
silap2 nanti air panas boleh tumpah kekaki

Alhamdulillah,
Pija kata di nak belikan utk auntie
terus dia suami isteri kekedai elektrik dan belikan

Terima Kasih Pija

Boleh comsume 7 litre air

Ada dua dispenser
warm and hot

Rumah auntie pengemar minum air panas
Uncle, auntie, P G dan Noy
Ayol dan Pija suka icey

Bersyukur auntie
bila anak2 perihatin utk membeli keperluan rumah
bukan harga menjadi ukuran tapi keperihatinan
hehehehehe

Teringat masa mereka masih kanak2 dan remaja
Sebagai parents cuba utk memenuhi apa yang mereka hajati
handphonelah, rollerbladelah, mainan remotelah dan macam2 lagi
Jadi kata mereka, mama papa dah pencen
ini lah masa mereka nak payback time untuk membantu
Alhamdulillah..

Auntie doakan agar anak2 auntie
mendapat rahmat dariNYA
Bahagia, kesihatan yang sihat, umur yang panjang
dan rezeki yang mewah.
Aamiin

Hari ni auntie berbuka puasa pukul 11 pagi tadi.
Aduhai, perut amat2 senak dan terasa rasa nak muntah.
Tak sanggup bertahan, lalu terus berbuka
dengan sekeping roti dan makan ubat Poh Cai.
Masih lagi terasa menyengat perut auntie.
Mudah2an esok boleh berpuasa.

Hari Sabtu ni ada kenduri di PDickson.
Majlis Perkahwinan anak buah lelaki, besar kemungkinan
akan pergi kemajlis tersebut dengan izinNYA.


26 comments:

  1. Bertuah untie dpt anak2 ,mcm pija dia memeberi pada auntie tu.tgk .rezekidia melimpah ruah kan..tgk aje dia..memanjang tak cukup tangan nak pos barang bagai..anank-anak untie begini di sebabkan didikan ibubapanya.maksudnya auntie dan uncle dah berjaya mendidik anak-anak.

    In Shaa Allah auntie, jaga diri..dapat gi kenduri nnt.Semoga auntie bahagia dan sihat selalu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, anak2 auntie baik2 belaka, pandai membawa diri, tak reti dengki mendengki, pandai menghulur dan rezeki dan rahmat dari Allah utk mereka mencurah.

      Terima Kasih doakan kesihatan yang baik untuk auntie.

      Delete
  2. Salam aunty...
    Memang betul apa yg anak2 aunty cakap tu, saya sokong sangat.
    Bila parents dah berumur dan anak2 dah kerja inilah masanya anak2 pula memenuhi keperluan ibubapa. Kena ingat tanggungjawab masing masing :)

    Take care aunty...keep writing ya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kembali MsFigure,

      heheheheh sebenarnya ibubapa tak mengharapkan balasan dari anak2 tapi bila anak menghargai jasa kami, amatlah kami bersyukur.

      Delete
  3. Assalamualaikum,
    Tu dia! Besarnya!
    Memang patutpun anak2 belikan utk mak ayah kan...asal makayah heepi tu pun besar maknanya dlm hidup.

    Moga2 auntie cepat lega dan sentiasa sihat ya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam anyss,

      Betullah, auntie kemain happy dapat hadiah dari anak2, bersyukur pada Allah.

      Terima Kasih atas doa kesihatan utk auntie.

      Delete
  4. tentulah hasil dari didikan auntie dan uncle sehingga anak-anak begitu prihatin, Alhamdulillah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. SKTJ, rezeki dari Allah swt dapat anak2 yang prihatin

      Delete
  5. Salam kak nanie
    Selamat hari raya maaf zahir batin..

    Alhamdulillah anak2 dah boleh membantu dan pandai mengenang jasa..
    Harap2 anak2 makchaq pun macam anak kak nanie jugak nanti..

    Kat rumah makchaq semua suka sejuk, jadi la ni untuk ayaq panas guna jug kettle ja.. tu pun jarang guna..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kembali makchaq,

      Samalah, Slamat Hari Raya maaf zahir batin

      hehehehe InsyaAllah, anak2 makchaq nampak baik2 kesemua.

      ohhh, guna kettle bila orang datang kot..hik3x

      Delete
  6. Aina pun macam tu untie kalau dapat memang nak bagi ja semua apa yg mak nak. Biar korbankan kehendak sendiri pun tak apa demi memenuhi hajat mak, kalau dia tak berhajat pun belikan jugak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amboi JunAina terlebih baik lah pulak..hik3x

      Delete
  7. Alhamdulillah..seronok kan auntie bila ank2 prihatin. Kami adik beradik2 pun mcm tu...cuba memenuhi keperluan chek (paggilan utk ibu) selagi mampu..Hope auntie get well soon :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah baguslah, adik beradik berpakat gitu.

      Delete
  8. Salam Syawal Auntie

    anak2 yg soleh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Syawal kembali atuk,


      hehehehe soleh duniawi, moga membawa keakhirat.

      Delete
  9. Sama lah kita punye tu auntie. Model yg sama. 3 taun jugak. Dan rosak yg sama jugak heheh. Tp saya hantar repair pump tu, now dah ok. Kena rm30 je. Tp beli yg baru tu lg ok, siap ada cold skali :)

    1st time komen. Tp memang reader blog auntie.yg setia :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohhh..auntie tak tahu boleh repair pump tu..huhuhuh
      Kalau tahu auntie boleh repair.

      Delete
  10. Eh hot and warm ye? Cold pulakk hehe. Tp baguslah takyah dah tadah air panas dlm jug lain nk jadikan air kosong. Tekan situ je terus kalau nk minum hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah Cik Puan Zughai,

      memang mudah, tekan jer air suam, terus auntie boleh makan ubat..hihihihi

      Delete
  11. sejak ibu_suri sakit, IM guna dispenser untuk memudahkan urusan minum. Air botol pula IM langgan dari Amber Water. Bila habis saja IM call depa hantar stok baru.

    Ada orang kata IM ni membazir. Kenapa tak guna set filter.

    IM jawap senang je, masalah kehidupan kamu tak sama dengan IM. So, cara atasinya juga tak sama!

    ReplyDelete
    Replies
    1. IM,

      Betulah, masaalah masing2 tak sama.

      Delete
  12. Sebagai anak.. Saya akan berikan apa saja utk emak selagi termampu! Emak kita.. Bukan org lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehehe ~ain,

      betulah tu, belikan apa yang termampu

      Delete
  13. saya teringin nk belikan brg2 keperluan utk mak ayah saya.. tp masih belum berkemampuan.. saya malu aunty.. :'(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rezeki untuk sendiri Allah telah peruntukkan secukupnya,

      InsyaAllah, bila ada rezeki lebih, bolehlah hulur apa yang patut utk mak dan ayah.

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...