Followers

Monday, August 19, 2013

Biskut dan Kudapan

Tetamu tak putus2..
kepenatan melayan berbual maka blog terabai
seminggu sudah..
hahahahaha

Hari raya 2013 tahun ni lansung auntie tak membeli apa2
Biskut raya semuanya pemberian anak2 dan kawan2
dan juga kawan2 siber
Alhamdulillah dan Ribuan Terima Kasih

Hari raya yang ke 10
auntie masih dapat lagi biskut raya..
heheheehe 2 bekas


Terima Kasih yea Azlin
kirimkan auntie biskut2 ni melalui Peej.
Ada kesempatan kita dapat bertemu beraya
InsyaAllah

Abam Jubah ada juga beli
kudapan dari opisnya, sabah dan sarawak
yang tak pernah auntie jumpa atau makan sebelum ini
tapi sayang ada yang tak sempat nak ambil pic
dah habis dimakan

Layan apa yang ada aja



Bila makan
Fuhhhhh tersangatlah sedap

Tempeyek kacang tanah

Naik berjerawat seketul dua dimuka dan hidung anak2 auntie
mereka merungut kenapa naik jerawat
kata auntie
Hah, kunyahlah banyak2 tempeyek kacang tu
Itulah yang naik jerawat..
hahahhahaa terus mereka tak berani nak makan lagi
tapi gambar kat atas tu aja yang tinggal
tak sampai pun 10 keping
yang telah dimakan 3 bungkus besar
hahahaha



Putu kacang hijau

Biskut traditional
arwah mak suka makan
auntie pernah menolong membuatnya, renyah
kena jemur direct dengan matahari
tapi ditutup dengan kain kasa putih
Biskut ni pemberian ex boss auntie

Banyak lagi  biskut2 yang diberi oleh anak2 siber fbook
errmmm..nanti2lah, malas nak snap pic hari ni
biskut2 yang menjadi hidangan tahun ini
yang dah habis di ngap sorrylah
auntie cuba snap yang ada aja

Dah ramai orang beraya enam,
auntie pula baru nak mula berpuasa enam hari ni
Malam Semalam terfikir apa nak sahur
Rezeki..Peej Burhan hantar spaghetti lewat malam dah
banyak pulak tu, memang just nice untuk kami
bersahurlah sekeluarga semalam dengan hidangan itu

Berbuka nanti, auntie dah masak lemak cili api ayam+kentang
Dah hampir masa berbuka nanti, auntie nak goreng tahu dan tauge
buat sambal belacan dan ikan terubuk asin

Sekarang ni
Auntie nak rehat dan baring jap
Nanti2 auntie berceloteh lagi..
ZZZZzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz


13 comments:

  1. Kudapan empat segi yg ada ikan bilis tu dari Sabah ke Kak?

    Benda ini femes di kawasan Sabak Bernam. Di sana dipanggil merca. Emak adam ada beli melalui kakaknya yg duduk di Sg Besar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Abam Jubah beli di KL (opisnya) kudapan empat segi itu.

      Oh baru tahu nama kudapan ni merca.

      Delete
  2. selamat berpuasa dan berbuka untie...Meriah tahun ni..ramai kawan-kawan siber sayang auntie kan..kalau saya dekat..nak jugak saya jumpa..walaupun masih baru mengikuti blog untie ni..


    salam sayang untie.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima Kasih, auntie berbuka dengan nikmat semalam, Alhamdulillah.

      hehehehehe Capt Lalok dimana?

      Salam sayang kembali CL.

      Delete
  3. hihihihi.. terhibur dengan celoteh auntie.. hihi

    ReplyDelete
  4. selamat berbuka puasa auntie...

    ReplyDelete
  5. Tahun ni menu istimewa ialah rendamh yang IM masak sendiri. Baca sini..he..he..

    http://hujan-petang.blogspot.com/2013/08/rendang-ayam.html

    ReplyDelete
  6. Lepas Raya memang seronok dan enak layan kudapan kepek cam tuh. Saya pun suka gak. Kuih Cincin dari Sarawak tuh pun saya suka. Tapi keras skit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. AA, kudapan cincin Sabah bukan Sarawak.
      Memang sedap, auntie suka sangat, tapi tak tahu nak beli mana disini.

      Delete
  7. Assalam aunty...ingat saya lama tak online da trrtinggal byk cter...hihi.. rupanya aunty pon cuti blog... :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...