Followers

Saturday, August 10, 2013

Aidil Fitri Kedua dan Ketiga

Sakit tak terhingga badan auntie
tapi kudrat yang masih ada
auntie gunakan utk memasak
Nasi lemak
Sambal Tumis Bilis
Telur Rebus
Timum
Rendang Ayam
Lepas memasak auntie baring
depan tv

Alhamdulillah, dapatlah menjamu tetamu pada raya kedua

Anak2 kus semangat
semua keluar beraya
auntie masih boleh melayan tetamu sampai malam
auntie tak ambil pic sebab terlalu penat

Hari ni hari raya ketiga
jatuh pula pada hari sabtu
lagi lah ramai tetamu
pukul 10 pagi dah ada tamu
sepasang suami isteri
bukan orang lain
kaum kerabat auntie yg tinggal
berhampiran taman
hehehehehe auntie suruh dia datang balik pada petang hari
sebabnya auntie nak ke pasar raya
nak beli bahan2 memasak
dah jemu berendang, bersambal dan bernasi impit
auntie nak masak laksa johor
sampai dipasarraya tiada ikan tenggiri
dan bahan2 yang auntie perlu utk memasak laksa johor
akhirnya auntie beli bahan2 spaghetti



Separuh jalan menyediakan bahan2
anak auntie pija datang menolong hingga siap kuahnya
hik3x seronok tidak terhingga

Uncle pula ambil pic



Padam jer api dapur
semua ahli keluarga serbu nak makan..


Masing2 makan dua sanggul spaghetti
dah kenyang kata mereka
Alhamdulillah
anak2 dan uncle bagi auntie 2 jari thumbs up

Jap2 lagi ada tetamu yang dah call kata nak datang
pada yang tak call pun boleh datang
sebab auntie masak seperiuk besarrrr
Auntie nak mandi nak solat zohor dan pakai baju
menunggu tetamu..
sambil2 tu mungkin akan terlena keletihan..
hik3x

22 comments:

  1. Selamat hari raya Kak Nanie...
    Rajin nye...not bad for somebody yg x sihat.
    macam2 masak.takpe lah badan sakit sikit janji hati 'gumbira'.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya kembali Cicik Ann,

      Betul, hilang penat bila melihat anak, menantu, suami dan juga tetamu makan2 juadah yang dah dimasak sendiri.

      Delete
  2. wah meriahnya! tengok pun dah tau sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehehe betui memang sedap spag kali ni

      Delete
  3. Seronok bce cerita aunty dan anak2. Semoga aunty dan family diberikn kesihatan yg baik. Selamat hari raya :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima Kasih Hamizah kerana suka membaca citer2 auntie.

      Terima Kasih sekali lagi kerana mendoakan kesihatan yang baik untuk keluarga auntie.

      Delete
  4. sedapnya auntie, saya pun nak datang beraya dekat umah auntie la :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ann Ishak,

      hehehehehehe hari ni dah raya yang keenam, auntie masak menu rutin harian. JIka ada tetamu pun auntie hanya mampu buka balang biskut dan potong kek2

      Delete
  5. fuh..telan2 air liur sambil habiskn baca entri ni....take care aunty...jgn paksa sgt bdn tu ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf membuatkan wani telan air liur..huhuhuhu

      Tulah pasal, selalu buat kerja tak ingatkan sakit bila selesai,
      mak aii, punya lah letih

      Delete
  6. Salam Syawal Kak Nanie dan Abang Bob.

    Entah bilalah saya nak sampai lagi ke rumah akak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Syawal kembali buat Kakcik dan suami.

      Datanglah, sudilah datang bila2 kakcik, akak pun dah rindu

      Delete
  7. sedapnyer....nanti saye nak datang saye msg auntie ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehehe by the time yr message comes in, spaghetti pun habis

      Delete
  8. Salam auntie,

    kalau tak keberatan nanti tulislah resepinya.. dlm internet ada berbagai kaedah tapi nak juga cuba resepi auntie punya..
    auntie masak utk berapa orang makan tu?

    Terimakasih didahulukan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kembali pyanz,

      Nanti2 jika terajin auntie buh sini spaghetti cara auntie.

      Ohhhh selalunya sebetol besar Prego tu boleh makan 15 orang, auntie masak 3 botol, cuh kira sendiri..hehehehe

      Delete
  9. Aunty..suka baca entry aunty senyap2.berkenan tgk cara aunty gulung spegeti tu.. Kot xkeberatan cemana aunty buat? Sbb smetimes sy buat dia jd mcm sticky..

    Thanks aunty!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih suka baca blog auntie.

      Gulung2 tu mudah jer, semasa angkat dan tos spaghetti jgn lupa gaul2 kan minyak supaya tidak melekat/sticky.
      Dah sejuk sikit barulah cekup dan susun spaghetti dan pintal2.

      Delete
  10. Hihi. Auntie pon guling2 spaghetti ye bile hidang macam mak saya . Mak saya selalu buat camtu bile hidang laksa johor. Saya tak ngheti. Tangan tak berseni kut. Sebeban je bagi tetamu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hik3x bukan Dils tak gheti tu, practice makes perfect, so buatlah.
      Pelan2 nanti akan retilah.

      Delete
  11. Salam auntie...selalu jadi silent reader je...harini tergerak nak komen sebab terpukau dengan spaghetti auntie tu....nanti kalau auntie free share la resepi kat blog....terliur ni siap meleleh air liur hehehehehehe....

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum auntie..saya silent reader auntie and kak pija(x apa kan saya gelar anak.auntie yang cantik tu kak.pija since. Saya.muda.lg..) seronok baca blog kalian berdua..auntie nnti bg saya resepi spaghetti. .terliur saya tgok..sedap. .saya doakan auntie sihat selalu..saya kagum melihat kasih sayang.auntie dan keluarga kalau diizinkan ALLAH saya nak disayangi mcm auntie juga..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...