Followers

Friday, July 19, 2013

Ramadhan 9


P G buka luar, Abam Jubah
belum balik lagi dari Sabah Sarawak
Noy masih di Kuwait
Yang tinggal kami berdua saja
Auntie dan Uncle memang dah tak gemar
berbuka diluar (hotel atau restaurant)
sejak beberapa tahun yang lalu
leceh, tak selesa dan nafsu makan
tidak saperti muda2 dulu..

Anakku Peej dan menantuku Ben
nak berbuka puasa dirumah
Seronok auntie sebab adalah
ahli keluarga menemani kami

Tapi auntie tidak bercadang nak masak memasak
mari kita beli membeli..hukhukhuk

Auntie keluar rumah pada pukul 3:48 petang
Param yang sama di AU2
Kami parking depan masjid, orang masih belum ramai
seronok betul membeli bila tiada bersesak2..
Alhamdulillah

Ada yang bertanya gerai mana yang auntie selalu tuju
OK..gerai yang akhir sekali depan masjid tu
berdekatan dengan gerai popia terkenal,
memang berbaris orang nak beli
jika nak beli kena tulis nama dalam buku nota mereka
dan dapatkan nombor giliran
tak payah tunggu, boleh ambil kendian
tapi jangan lupa nombor giliran..hik3x

Gerai  yang auntie tuju terdekat kat situ
gerai pertama yang jual lauk pauk
tak perasan pulak  gerai no 2 atau 3
selepas gerai popia tu


Masjid

Bila orang tak ramai bolehlah auntie
jalan2 hingga ke penghujung jalan sampai
ke stesen minyak petronas

Auntie jumpa gerai serbaneka agar2..
macam2 perisa ada..
5 keping Rm2

Auntie tak pilih pun, 
auntie kata mana2 pun boleh


Sempat uncle suruh pose 

Agar2 biskut oreo


Yes, uncle tanya anak dia Peej terasa nak makan apa bila berbuka nanti
Aduhai..boleh dia layan anak dia dari anak dara sampailah
dah jadi isteri orang, masih menanya anak perempuan dia
nak makan apa?..hik3x

Begitulah sayangnya uncle dgn anak perempuannya
tapi sayang kami tidak lah melanggar batas,
hak suaminya kita akur,
(hukum Allah dan hormat menghormati)

Jom layan pilihan pesanan Peej
walaupun kami dah dua tiga kali beli masakkan
yang sama..

Layanan anak sebagai tetamu..hik3x

Siput Sedut

Telur Itik


Nangka Muda
(ni auntie teringin..Ishhh mesti terbuang2 angin nanti)


Ikan Keli Salai


Asam Pedas Daging
terbaik nak beli lagi


Wajib ada sebab menantu pun fav


Ikan Pari Bakar
Kuah Asamnya terbaik tapi sedap auntie punya lagi kata Peej..hik3x


Kuih2 pilihan semalam


Kuih Angkoo 


Putu Piring


Agar2


Karamel



Masalode, cucur badak, karipap kentang, 
akok dan pulut panggang


Seronok kami berbuka puasa berempat
Alhamdulillah..

Lepas Isyak ada tetamu datang berdua, suami isteri
bawa kek secret recipe
Aduhhhh..banyak nya..
Hari ni tak yah beli kuih muih
habiskan kek ni dulu
Mahal tu..mahu dekat rm100 tu


Macam2 Jenis ada


Auntie tuju red velvet dulu..hik3x


Dah separuh ngapp

Sayang auntie pada kedua suami isteri muda ni
dah rasa macam anak sendiri
Bayangkan mereka datang jengok,
bawa buah tangan
mereka amat peramah pada orang tua.
Uncle dan auntie seronok berbual
sampai auntie kata pada dia
'Jika menantu perempuan auntie
sayang auntie macam ni,
alangkah bahagianya auntie
menempuh sisa2 hidup sebelum kembali..'

Auntie harus berlapang dada dengan setiap apa yang terjadi
kita hanya mampu merancang

Allah menentukan segalanya.

Firman Allah:
"Jangan takut, jangan berdukacita." - Al-Ankabut 29:33






13 comments:

  1. tgk pn dah tau sedap antie.. :)

    ReplyDelete
  2. Salam aunty,

    Allah tuh maha kaya...dia mendengar dan mengethaui isi hati hambanya.
    walaupun menantu aunty jauh secara geography dan hatinya...Allah s.w.t hantar hambanya untuk mengubati hati aunty...walaupun bukan mengganti...

    meriah betul kuih muih yang dibeli.

    tak care aunty.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kembai ummisara,

      Betullah, auntie amat seronok bila suami isteri muda2 datang menjenguk kami, terasa disayangi.

      Uncle suka makan kuih muih, auntie kurang.

      TQ ummisara sbb selalu tinggal komen utk auntie.

      Delete
  3. assalamualaikum, auntie.

    wahh meriah lauk-pauk & juadah berbuka. terliur jgk sy tgk ni.. hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusallam Warahmatullahi Wabarakatuh wani,

      Tulah, bila auntie tak letak gambar, ada yang request gambar, bila letak gambar membuatkan terkecur dan terliur..

      Yang auntie kesian, para2 pembaca diluar negeri

      Delete
  4. Sedapnya aunty..
    meh saya jelah jd menantu aunty..hahahah
    gurau2 ye aunty

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yea ker? Sudi?
      Penyayang tak?
      hehehehehe auntie pun gurau2 juga

      Delete
  5. Assalamualaikum aunty...suka baca blog aunty tau sbb aunty n uncle sebijik macam mummy n babah sya...tiap kali nak berbuka bersama mereka babah saya mesti akan tnya ank2 pompuan dia ni nak makan apa walaupun kami da berkahwin...semoga aunty n uncle sentiasa diberikan kesihatan yang baik dan d panjangkan umur...salam sayang dari Sabah... ^_^ rozynn.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusallam Warahmatullahi Wabarakatuh ziezie,

      Oh yea ker babah ziezie mcm uncle, penyayanglah orgnya.

      Terima kasih mendoakan kesihatan auntie dan uncle.

      Salam sayang kembali dari auntie utk ziezie.

      Delete
  6. Salam perkenalan auntie.
    Kecur ayaq liuq tengok asam pedas daging tu. Kat sini, tak penah jumpa lagi.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...