Followers

Thursday, July 18, 2013

Ramadhan 8


Kali pertama petang semalam auntie ke Param
sejak kita dah berpuasa 8 hari
Sebelum ni, auntie masak dan masak tanpa jemu
hinggalah deman, auntie tak larat betul
nak memasak bila berpuasa dengan deman dan selsema,
jadi uncle ambil keputusan untuk beli lauk diparam
(sila klik nak nengok  pilihan uncle)

Hahhhh, bila dah start membeli lauk param
dari gerai yang kami dah biasa bertahun2
dari sebelum auntie sakit lagi
kira hampir tujuh atau lapan ramadhan sudah
datanglah kerinduan untuk kedainya..

Maka semalam selepas solat zohor
lebih kurang pukul 3++ petang, auntie ke AU2
parking depan masjid, tak ramai orang lagi ketika tu
jadi auntie sauk lengan uncle dan jalan perlahan2
hingga lah ke persimpangan seven eleven
(tak panjang pun)

Sampai depan gerai dia
jengok2 lauk pauk yang ada
Auntie minta kebenaran nak snap gambar
dua masakkkan dia,
muka dia nampak terpinga2/blur bila auntie kata
nak menulis untuk bahan blog..
mungkin dia tak tahu pun apa itu blog
bukan semua orang tahu..kan kan kan?
dia hanya menganggukkan aja..
bila uncle pula explain..hik3x

Yang amat menarik perhatian auntie setiap tahun
di gerai dia adalah Masak Lomak N9


Ikan keli salai ngan pucuk ubi


Daging Salai dan kentang

Auntie beli Ikan keli salai ngan pucuk ubi dulu
Kalau nak ikutkan uncle memang dia nak borong
daging salai sekali tapi auntie kata nanti tak habis
sebab yang nak makan bertiga aja
Wah..hari ni nak kesitu lagi lah nampaknya..

Auntie teringin nak makan ayam percik
so round hingga lah kepenghujung
semua sedang membakar, belum boleh dibeli lagi..
Jadi bila auntie dah berpatah balik 
dah ada gerai yang dah siap ayam percik untuk dibeli

Pilihan makanan yang auntie beli semalam



Ayam percik
Sedap sosnya, 




Ikan keli salai + pucuk ubi
auntie share ngan uncle sorang sekerat ikan tu
anak auntie P G tak makan ikan keli


Kerabu mangga



Siput Sedut + batang keladi


Pucuk Manis + Labu masak lemak putih

Pilihan Kuih pula


Putu Piring

Pulut Panggang, Lepat Ubi dan Lepat Pisang, Akok


Tak boleh beli meriah2 sebab bertiga aja
nanti tak habis pula
Uncle ajak jalan2 lagi hari ni
Ni auntie nak bersiap
nak ronda dan rewang2 lagi..

Bagi yang berumur 40/50/60/70/80 series
Dah bertahun2 menempuh Ramadhan
apa yang dapat dipelajari? 
apa yang dapat difahami?
Lailatul Qadar bagaimana?

Alhamdulillah
Auntie dipertemukan dengan Ramadhan lagi pada tahun ni
Bulan untuk melatih diri dan terus melatih
Untuk Perjalanan Yang Lurus, 
Dunia dan Akhirat



21 comments:

  1. Sedappppppp!!!!!
    Smpai ati untie tayang2 gbr nie...huhuhu
    Mskn mcm tu ssh nak dpt d cni kcuali msk sndiri..
    Bt sy trliur2....nyummmmms3x

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maafkan auntie,
      bagus idea utk cuba memasak sendiri..hik3x

      Delete
  2. auntie sedapnya tengok lauk2 tu haaaa. nak2 masak lemak daging salai. gulp!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huish, sila cuba memasaknya jika reti dan rajin.
      Auntie memang tak reti salai menyalai..huhuhuhu

      Delete
  3. aduihhhhh...sedapnyer nampak lauk2 tu...gerai die yang kat mana auntie?? bebetul depan simpang 7eleven tu ke??kalau dari petronas die belah kiri ke kanan? sebelum masjid?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kedai dia depan masjid, kedai pertama jual lauk pauk selepas popia terkenal yang terpaksa ambil nombor giliran.
      cubalah.
      Jika auntie pergi lagi nanti auntie ambil gambar dengan penjualnya..hik3x

      Delete
  4. Kadang2 bila jemu yang di masak sendiri tak salah membeli. Aina pun sama kalau membeli kat situ sedap tak beli dah kat lain, bertahun2 macam tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul JunAina, auntie takut nak beli dari sebarangan orang sebab takut masakkannya tak masuk selera, jika teringin auntie akan cuba beli 2 ringgit dulu.

      Delete
  5. terliur siput msk lemak tu. x der jumpa jual kat param sini. atau terlepas pandang. mengidam tu ms mengandung, ni anak dah masuk 6 bulan setengah. hehehe

    tahun ni sedih sbb x terawikh. nak terawikh x sempat, sembahyang pun laju2 bila ada anak kecik yg tak boleh hilang dr pandangan ni. tumpang pahala suami jer la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siput sedut msk lemak fav sekeluarga auntie.

      Tak mengapa menjaga anak pun ada pahalanya yang tersendiri.

      Delete
  6. Saya tgk daging masak lomak tu yang tak tahan. Sekarang ni susah dah nak cari lauk-lauk yg cukup garam gulanya. Banyaknya rasa ajinomoto je yg lebih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masak lemak cili api N9 memang x pakai gula, dan gerai yang auntie katakan ni lansung x pakai perisa.

      Delete
  7. Selamat Berpuasa auntie..sy tahun ni berselera mkn lauk kampung je..kuih-kuih tak boleh telan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat berpuasa juga pada intandayani.

      Ikutkan selera..hik3x

      Delete
  8. Assalamualaikum,
    Selamat jalan2 cuci mata di bazar ramadhan ya ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusallam Warahmatullahi Wabarakatuh anyss,

      hehehehehe cuci mata sambil mengawal nafsu membeli

      Delete
  9. adoi rasa nk msk plak daging lemak cili api ngan kentang.. :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah,
      masak daging kentang selalu auntie buat tapi disalai? tak pernah..huhuhuhu

      Delete
  10. salam auntie...sedapnye nampak masak lemak daging salai tu..teringin nk beli...bazar ramadhan AU2 dekat dgn mahkamah tu ke?

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...