Followers

Tuesday, July 16, 2013

Ramadhan 6

Auntie Demam Selsema
pada Ramadhan ke6
Uncle pergi param cari lauk dan kuih
kali pertama dia keparam sejak bermula puasa
mungkin dia kesiankan auntie terbaring aja depan tv, tak larat

Pesan auntie pada uncle,
jangan beli banyak2 sebab
nak makan hanya bertiga sahaja

Abam Jubah ke Sabah dan Sarawak
ada kerja disana sampai hari Jumaat



Tengah baring2, datang pula keinginan
nak makan daging goreng kunyit
auntie bangun terus kedapur
tanak nasi dan hiris daging batang pinang,
lalu digoreng


Hasil nya


Pilihan uncle dari param semalam

Rendang Limpa

Siput Sedut lemak cili api

Ikan cencaru sumbat

Tiga2 lauk tu, sedap2 belaka, halal
memang dari penjual yang sama
yang dah kami kenali bertahun2..

Kuih muih pula

Kuih Bakar, Akok dan Karipap kentang



Putu Piring

Bila Abam Jubah tiada, auntie terasa sunyi

Nak keluar rumah, tak mo layan demam
asyik baring ajer
auntie ajak uncle pergi rumah peeja 
dah pukul 10++ malam masa tu..

Ehhh..kete tak ada depan rumah dia..
Uncle fon dia, keluar makan dengan kawan
niaga dia katanya
tapi suami dia ada dalam rumah..
hehehehhe Alhamdulillah, nasib baik
auntie ting tong bell
suami dia tersengeh2 buka gate

Auntie duduk2 dan main dengan kucing2
peeja...6 ekor kesemuanya
seronok auntie nengok berkejar2..
auntie tangkap seekor
cekak leher dia...
ciummmmmm

so cute


Mentara tunggu peej balik
suaminya hidangkan auntie kuih muih dan minuman
tapi auntie tertidur depan tv

Dah pukul 11 lebih baru peeja balik 
dia bawakan auntie burger bakar

Auntie balik ke Setiawangsa pukul 1:30 pagi
Sejuk kemain aircond bila badan deman dan selsema
Tutup aircon please, bukak tingkaplah
kata auntie pada uncle

Tak boleh buka tingkap malam2 time gini, bahaya
kata uncle
time dekat nak Raya memang banyak kes
rompak merompak, kita berdua dah tua..

Barulah auntie terasa takut bila uncle cakap mcm tu
Gigil pun gigil lah
kesejukkan aircond kete..
huhuhuhu lupa bawa baju sejuk/shawl


23 comments:

  1. mesti auntie masak tu pakai campak baling jerkan... macam tulah orang yang minat memasak, dalam tak sihat kalau ada yg terlintas nak makan sedaya upaya diusahakan. Oh, ya.. beruntung auntie ada menantu macam husband Peej (sy lupa lak namanya)... salam utk Peej ya, auntie

    ReplyDelete
    Replies


    1. campak? baling? Uishhh..ganas masak cara tu,
      cuh bayangkan auntie masak sambil, lentuk gemalai, siap nyanyi dayu2, hahahahaha

      Betul, auntie memang suka dan minat masak, tapi yang masakkan yang mudah2lah.

      Menantu (suami peej) memang baik cara dia yang tersendiri.

      Delete
  2. salam auntie..
    rendang limpa tu nampak sedap betul. kadang2 bila beli kat bazar balik2 makan dah lembik. selalu takut nak beli. daging batang pinang tu auntie tak payah rebus dulu ye? terus goreng ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kembali sima,

      Memang sedap rendang limpa tu, cuma tak cukup gravy.

      Jika daging batang pinang memang tak per rebus dulu.

      Delete
  3. Kalau lauk sedap makan berdua pun laju je untie ek... Comelnya kucing tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul JunAina,
      memang laju jer uncle dan anak makan berselera..Alhamdulillah

      Kucing2 tu kesemuanya comel2.

      Delete
  4. lama tak makan rendang limpa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang ada dijual di param2 musim ramadhan

      Delete
  5. Seronok bace blog aunty ni tp di bulan ramadhan ni membuat sy tak berapa nk seronok.. ahahahaha... makanan aunty sungguh menggugat keimanan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf bebanyak Miss Brenito..

      Jgn buka blog auntie jika gambar2 makanan menggugat keimanan..hik3x

      Delete
  6. salam maknani
    semoga cepat sembuh. minum air banyak sikit la mlm mlm.
    Mboi...segaknya jejaka dlm gambar..

    wow humble nya pakcik bila ckp takbleh buka tingkap takut ..kna...... kita dah tua..

    any semoga mak nani dan suami sehat sjahtera dan dilindungi..insyaaAllah.

    take care..

    amboi machonya abg jubah haha

    wasalam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kembali nor,

      Terima kasih doa utk auntie dan uncle.

      Alaikumusallam.

      Delete
  7. assalamualaikum, auntie.

    semoga cpt sembuh & dpt menjalani ibadah di bulan puasa. :) kebetulan hari ni sy msk daging msk kunyit jugak.. celetlah, auntie!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusallam Warahmatullahi Wabarakatuh wani,

      Wahhhh..sama menu kita rupanya.
      sedap sungguh kan? berselera makan.

      Delete
    2. sedap, auntie. daging msk kunyit ni salah satu fave sy jugak :)

      Delete
  8. lama dah tak makan daging sejak kena darah tinggi. terliur tengoknya. raya ni mcm mana la kalau orang makan satay depan muka. hahahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohhh yea ke Eliss Mie, ada BP?

      Boleh makan tapi sikit2lah,

      Delete
  9. salam aunty :)
    semoga cepat sembuh ye aunty..
    amboi aunty, terliur pulak tgk rendang limpa tu. *telanailio*

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kembali fathen yaya,

      Terima kasih doa utk auntie.

      hehehehehe rendang limpa tu memang sedap sayang

      Delete
  10. Semoga cepat sembuh aunty...smlm pon saya tumbang..terpaksa EL...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima Kasih doakan kesihatan auntie.

      Begitulah juga semoga Wani cepat sembuh..

      Delete
  11. Salam auntie, semoga cepat sembuh :))

    ReplyDelete
  12. Betul tu auntie..Sy pun kalau drive mmg tak berani nak bukak tgkp

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...