Followers

Sunday, July 14, 2013

Ramadhan 4

Jemputan berbuka puasa dari jiran auntie



Hujan pada pukul 7 mlm
Auntie pergi kul 7:15 mlm, renyai2
tapi tak masuk kedalam rumah
sebab dah penuh, nak duduk bawah khemah
dipenuhi kaum bapa
segan/malu punya pasal, auntie terus balik rumah
apa da, blogger mana boleh ada perasaan segan/malu
Alhamdulillah, kawan auntie sorang pun nak balik juga
jadi auntie ajak dia berbuka dirumah auntie.
Kawan auntie tu balu.

Memang auntie masak w/pun tujuan nak berbuka dimajlis tu
Lauk yang simple mimple..hik3x
Kari Ayam
Peria Goreng Garing Berempah
Tahu sumbat + kicap pedas
Telur Asin

Air Sirap Longan Ais
Nescafe panas

Kuih Muih rm20 hinggit
mewah kemain
tapi habis juga
bila anak dan menantu
datang selepas berbuka diluar
Alhamdulillah..

Pukul 11 mlm
Jiran yang buat majlis berbuka hantar makanan
mihun goreng, cupcakes dan kurma
quantity yang banyak sangat
mihun tu satu kuali, auntie panaskan
ada lagi tu...sayang tak termakan

Cupcakes bolehlah dimakan utk berbuka hari ni

Mewah rezeki kurma/tamar
Langsung tak yah beli tahun ni
semua dari pemberian kawan dan jiran
kira stock boleh makan sampai akhir ramadhan
Alhamdulillah..


16 comments:

  1. Alhamdulillah murah rezeki auntie..tu niat nk berbuka sama dah ada mulanyakan..jadi adalah rezeki dri rumah jiran tersebut..best juga sesekali berbuka dgn kwn2 kan auntie..

    Mudah2an sepanjang Ramadhan ini auntie sihat2 hendaknya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nyanyisunyi,

      hari ni auntie deman dan selsema tapi boleh pertahan lagi, Alhamdulillah

      Delete
  2. selamat berpuasa auntie...moga auntie dapat menjalani ibadah puasa dengan sihat dan gembira bersama keluarga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat berpuasa juga pada ieda

      Aamiin, terimakasih atas doa utk auntie dan keluarga

      Delete
  3. Slm untie nanie peria goreng garing tu msk dia mcm mana ye? Ajar plzzz

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kembali linda,

      Peria goreng berempah :

      3 biji peria katak
      dihiris/potong dengan biji2nya sekali
      kunyit, garam dan rempah kari
      gaul pada peria.
      Deep fry dengan api yang kecil sampai garing.
      nak campak daun kari pun boleh
      Done

      Sedap diratah2..

      Delete
    2. Tq untie. Love u...

      Delete
  4. Alhamdulillah... bila ada jiran yang prihatin dan saling mengingati.. Ada anak menantu yang boleh datang meriahkan Ramadan, sambil perabis makanan (kang bazir plak). hehehe

    Seronoknya Auntie dan Uncle Bob... Semoga terus sihat sehingga selesai Ramadan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah,

      Jiran baik2 belaka disini.

      Menantu dan anak kaki makan, maka memang boleh habis kuih muih..hik3x licin

      Aamiin, terima kasih atas doa kesihatan utk akak dan abg.

      Delete
  5. Alhamdulillah..murah rezeki Aunty

    ReplyDelete
  6. Salam 6 Ramadhan kak nanie..
    Rezeki dah tertulis di rumah maka dirumah juga berbukanya...
    Gitulah jodoh, rezeki, yg dah ALLAH tentukan.. Kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kembali Rahmah,

      Aah, gitulah, semuanya dah direncana oleh Allah swt.

      Delete
  7. Dengar RM20 kuih tu mcm byk kan..tp skrg ni utk satu family xde la byk mana..nak2 saiz sume comel2 je..skali ngap je seketul..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul wani,
      memang macam banyak je rm20, sebenarnya nengok kuih juga, kalau murtabak dan akok, karamel sememang mahal maka quantity tak banyak, mesti habis punya..hik3x

      Delete
  8. Memenuhi jemputan tapi dah tak ada rezeki nak berbuka kat sana tapinya jugak masih ada rezeki merasa makanan kat sana. Alhamdulillah.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...