Followers

Tuesday, July 30, 2013

Ramadhan 20

Semalam
Pukul 3:53 petang
Cuaca berbahang..tapi dah mula rintik2
Tiba2 Hati terasa sayu..
Terfikir..
Hati dilatih dan dididik
bertahan berlapar  dan berhaus disiang hari
bersabar setiap waktu dalam apa saja ujianNya
selama 19hari sudah..

Tanya pada diri sendiri
berpuasa berturut2 30 hari dalam bulan ramadhan
Apa kesan yang tinggal pada diri?
Ada perubahan?
Ada dapat lailatulqadar?
Jika ada berlaku perubahan pada diri
yakni hati yang sentiasa kejalan Allah
maka dapatlah diri lailatulqadar..
naiklah martabat..
mudah mudahan..

Pukul 4:15 petang auntie nak ikut uncle keParam
membeli lauk pauk saperti biasa
Auntie tarik jeans dari almari
sarungkan dan zip
Weyyy..dah longgar pulak tang pinggang
malas nak salin lain, auntie pakailah juga..
hehehehehe..jangan lucut sudah..

Lauk yang auntie beli semalam..
Gerai yang sama dan lauk pauk yang sama
Ishhh...

Dari Kiri ke Kanan
Siput sedut, 
pajeri terung dan nenas, 
rendang ayam pencen, 
sambal bilis terung pipit, 
sambal tumis bilis petai dan lemak telur itik.

Cempedak Goreng


Tepung Pelita, Kasui dan Onde2

Makanan sedap2..

Auntie Terfikir lagi..
asyik2 citer makanan jasmani dibulan ramadhan ni
apa taknya, berbuka macam2 hidangan mengikut selera

Janganlah lupa pula makanan rohani
makanan rohani tiada diparam
kena cari dari kitab2 dan guru2 mursyid
Antara makanan rohani adalah zikirullah
perbanyakkanlah berzikir (ingat Allah)

Setiap malam bulan Ramadhan
diisikan penuh dengan ibadat.
Semua nak berjumpa Lailatul Qadar
terdapat juga riwayat yang kuat
menyatakan bahawa Lailatul Qadar itu ialah
pada malam sepuluh yang akhir.

Nabi Muhammad s.a.w. juga lebih memperkuatkan ibadatnya
dari malam-malam yang sebelumnya
sampai beliau bangunkan kaum keluarganya yang tertidur..

Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatul Qadar
tetap dirahsiakan oleh Allah s.w.t supaya setiap umat beramal

Mudah mudahan dapat menemui Lailatul Qadar, dan dapat rahmat
yang akan menjadikan bahagia di dunia mahupun di di akhirat
Aamiin.














10 comments:

  1. Insyaallah untie sama2lah kita berusaha. Insyaallah dipermudahkan dan diberi kekuatan buat kita.

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Salam Kembali PM

      Apa aje lauk utk berbuka adalah sedap

      Delete
  3. Hi…saya blogwalking kat sini. Jemput datang ke blog saya yer http://ibu2ahmad.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. salam auntie..thanks for the tazkirah...

    saja nak share with aunty, saya da selamat lahirkan baby boy 15 ramadhan hr tu :)








    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kembali Wani,

      Alhamdulillah dah selamat melahir, Tahniah.
      Jagalah bayi tu elok2 supaya menjadi siorang yang soleh.

      Wani jaga diri dalam pantang yea.

      Delete
    2. thanks aunty, insyaAllah...amiin

      Delete
  5. Assalam.
    Sekarang dah start musim buah kan? Saya suka cempedak goreng tapi tak boleh makan byk2 nanti angin tak habis-habis hihi. Kalau teringin sangat, makanlah seketul dua hilangkan kempunan.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...