Followers

Sunday, July 28, 2013

Ramadhan 18

Semalam berbuka lauk beli lagi
Wahhh..terkumpul lemak betul auntie
di popok dibelai bulan puasa
oleh suami tercinta..tak kedapur
hik3x

tapi memang hari2 auntie kena adap
lauk pauk yang sama..
hanya tambah satu dua lauk baru
tak mengapalah..
uncle memang tahu kegemaran/selera ahli keluarga dia


 3 keping roti bom

DiParam AU2 tu ada gerai Gulai Kawah Kelantan
Memang meraka guna dua kawah besar
Auntie ulang aling beberapa hari
tapi tak tergerak hati nak beli
tapi semalam uncle beli sebekas RM 5
untuk makan dengan roti bom dia..


 berminyaknya

Auntie rasa sedikit, bolehlah..
nak kata 'ada tendang' tak berapa nak 'tendanglah'
biasa2 aja..
takut nak makan lebih2..
daging tetal dan lelemaks sesaja..

First time uncle beli urap/kerabu pada ramadhan ini
Memang auntielah yang paling gembira
masa membuka plastik menyalin lauk ni kepiring
auntie terliurrrr...perghhh
Ada taugeh, pucuk ubi, peria dan kacang panjang



Kerabu Makcik Minang AU2
Terbaikkkkkk 
(sambil geleng2 kepala masa menaip nih)



                                               Sambal bilis+petai, dan sambal sotong
sebenarnya berlainan bungkusan tapi sebab sikit
auntie satukan kedua2 sambal2 tu
(I say NO to this dish - manis)

Laksa Buyung 2 peket
Dah auntie kata kat uncle
esok2 jangan beli lagi


Laksa Buyung 

Tak sapa nak makan, jadi pukul 10++ ,  auntie makan satu
Selepas berbuka anak auntie datang untuk bermoreh dirumah auntie
Pija lah menghabiskan sebungkus lagi..Alhamdulillah

Lauk pauk kat bawah ni
adalah lauk pauk hari2 mesti ada dihidangan
kegemaran suami tercinta..
hukhukhuk...


 Sambal goreng tempe+bilis+petai
terbaik


 Siput Menyedut



 Rebung + Daging




Lemak Pucuk Manis + Ubi kayu
first time makan ada ubi kayu selalu keledek atau labu..

Kuih pula tak banyak uncle beli


Abok2, Buah Melaka dan Akok
semua sedap2
Buah Melaka/Ondeh2 
gula melakanya seketul besar 
antara cair dan masih ada ketulan gula
memang kenyal dan khayal masa memakannya
terbaikkkkkk

Semalam ada tamu datang
Kawan Pija Suami isteri
sembang sampai 12 lebih pagi, auntie masuk tidur
dia orang entahlah..

Pukul 2 pagi auntie terjaga
untuk buang air..
Ada sebekas bubur lambuk atas meja


Auntie makan perlahan2,
half way, uncle nak jugak
tinggalkan utk uncle habiskan
auntie sambung masuk tidur..

Pukul 5:15 pagi, uncle gerakkan auntie
untuk makan ubat.
mereka semua dah bersahur..

Auntie makan 3 biji kurma dan ubatan2 auntie
Alhamdulillahhh...

21 comments:

  1. Salam aunty. Meriahnyaaaaaaaa lauk aunty berbuka. Terketap ketap bibir saya menahan air liur. Dan saya turut kagum sbb lauk yg bnyk tu boleh dihabiskan. Peh. Memang ter baik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kembali nur azie,

      Sorry...kuatkan iman, astagfal banyak2..hihihihi

      Delete
  2. Banyak juga Uncle beli lauk pauk ya. Bulan posa ni memang banyak jenis menu boleh cari. Kadang tu, nak masak pun macam tak berbaloi saja. Kalu ada ramai dlm rumah, baru syok masak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul AA,

      Kami berempat, kadang2 bertiga bila berbuka.
      uncle bob pula tak bagi auntie masak,
      beli ajerlah..

      Delete
  3. auntie, how are you?

    kat kuching ni kan susah nak jmpa siput sedut. dulu masa belaja kat kl seronoknyaaaa tgk lauk macam2 esp paru goreng and siput ni

    take care auntie :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fine TQ.

      Ohhh..gitu ker? Mehlah kerja dan tinggal diKL, boleh makan macam2..hik3x

      Delete
  4. Auntie nani

    Just nak share.. siput seedut tu sejuk sebenarnya. Kalau badan dedar nj demam mmg terus x kebah kalau makan siput sedut ni. Dgn keadaan auntie yg sakit lemah badan eloklah kurangkan makan siput sedut ni. Sesekali ok buat penawar kata org heheh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yea ker Zareda, auntie tak tahu.
      Auntie sebenarnya kurang memakan siput sedut tuh,
      bila teringin sedutlah dua tiga biji,
      yang suka ahli2 yang lain.

      Delete
  5. Salam kak nanie..
    Lauk2 kegemaran kak nanie sekeluarga mmg best dan menyelerakan....
    Bagus ada penjual yg sedap lauknya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kembali Rahmah,

      Betul, jumpa dengan penjual yang kena dengan tekak ahli keluarga,
      akak rehat dari masak memasak di bulan ramadhan.

      Delete
  6. banyak betul juadah di rumah auntie, best!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah, uncle beli ikut kegemaran setiap anak2 dan isterinya..hik3x

      Delete
  7. salam auntie. bulan2 puasa ni jenguk blog auntie menggoda betol.paling tak tahan siput sedut tu. sedapnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kembali Fazleyatul Aini,

      Siput Sedut Masak Lemak Cili Api...Terbaikkkkk

      Delete
  8. salam auntie...nampak berselera masak lemak daging salai yg auntie selalu beli dekat pasar ramadhan AU2 tu...tp saya x jumpa la gerai mana yg jual...frust la cari x jumpa..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kembali lynn,

      Apa yang susahnya? Gerai tu dekat masjid, gerai no 3 atau yang ke4 penghujung sekali.

      Delete
    2. salam Auntie,

      dekat dgn popia yg kena ambil nombor tu ke Auntie?

      Delete
  9. sayakan auntie dapat sambal tempe dgn lemak putih pun dah boleh jalan dah tak kisah dah lauk lain. Tapi gulai kawah dia berminyak nye. Selalu kat kampung gulai kawah takde minyak sangat. takutnya nak makan. Sambal tumis kena manis sikit tapi kalau manis sangat rasa tak kena plak kan mulalah loya sbb saya ni tak suka benda manis sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betullah tu, combination yang terbaik.
      Gulai kawah tu memang berminyak sangat, auntie tak berani nak makan.
      Auntie sambal tumis manis sikit pun tak suka..pelik

      Delete
  10. urap tu aunty dpt nasi panas2 xyah lauk lain dah...hihi..

    *sambiltelanairliornasibxpuasa*

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...