Followers

Saturday, July 27, 2013

Ramadhan 17

Jumaat pukul 11 pagi
Bell rumah berbunyi
tinjau disliding door ada seorang perempuan mendukung bayi
auntie keluar dan terus ke gate
Dia menghulur tangan untuk bersalaman
dan menghulur plastik berisi 2 bekas biskut

Yea, auntie disedekahkan lagi biskut raya
juga dari kawan perempuan siber difacebook.
Yang menghantar tu tukang buat, yang sedekah tu
duduk diSeremban.


Watie Shaharin
selalu menasihatkan auntie jangan bersedih sedih..

Emm...terharu betul
Ribuan terima kasih padanya

Auntie belum makan lagi,
nak tunggu raya baru nak makan




Tart nenas berlogo mitsubishi


Tak tahu apa nama biskut ni
nampak mengancam
Ohhh..yea, ada yang minta alamat auntie 
melalui email, ada yang auntie tak kenal lansung
tak pernah komen difacebook atau diblog
jadi auntie khuatir akan orang2 tak dikenali..
maaf yea..

Dua tiga hari sudah anak angkat Dr Jonet fon Pija
nak kan resepi buat Claypot Rice auntie yang pernah
auntie masakkan masa dia dirumah auntie..

Pija phone auntie..
memang kelakar, orang yang pekak bertalipon
kata uncle sebelum passing fon pada auntie

"You cakap jer macam mana nak buat Claypot Rice"
Auntie pun cakap tanpa berhenti (mcm bertih goreng)
sampailah habis cara membuatnya
auntie passing fon tu balik pada uncle..

Bayangkanlah perasaan auntie
bercakap talipon tanpa mendengar..

Semalam auntie pula teringin nak makan
w/pun tak sihat, auntie kedapur juga
sebab utk memasak ClayPot Rice amat
ringkas dan mudah..
tak guna minyak lansung
(sebab kulit ayam dah berlemak)

6 ulas bawang kecil 
4 ulas bawang putih
sebesar ibu jari halia
1/2 cawan oyster sauce
1/2 cawan kicap pekat
1 sudu kicap hitam
1/2 sudu besar garam
1/2 sudu serbuk lada hitam 
1/2 sudu serbuk lada putih
1/2 sudu serbok ayam knorr
blend dgn  dua cawan air

Siapkan Kualli
Ayam potongan sederhana 
Simpulkan daun pandan
curahkan bahan2 yang diblend tadi

Basuh beras bersih2
Sukatan air saperti biasa
Asingkan beras dan air sukatan
dan curahkan air dalam kuali ayam tadi

Didihkan lebih kurang 15 minit




Agak2 ayam dah masak, asingkan
dengan sedikit kuahnya juga

Boleh tabur bawang goreng, 
daun sup/daun bawang bila nak makan

Air rebusan ayam tadi, masukkan dalam periuk beras
Masak nasi saperti biasa

Hasilnya..

Bahan sos pula

10 atau cili merah
3 biji cili padi
3 ulas bawang putih
1 cawan sos tomato
1 sudu kecil garam
1 1/2 cawan air mineral
Blend



Timun , Tomato dan Telur Rebus




Auntie nak goreng sayur campur
tapi uncle kata tak payah
dah cukup..

Auntie eksyen kat fbook kata nak masak ClayPot
anak terbaca dan sound nak datang dengan suami berbuka
boleh saja, memang mama suka ramai2..hik3x

Ada yang nak resepi
maka kat atas tu auntie bagi siap 'resipi agak2'
siapa nak cuba2, lama2 akan jadi terbaik
ikut anak tekak masing2..
nak tambah gula, garam dan sbgnya..

Menantu datang tak reti dengan tangan kosong
kuih muih manis dan pedas dibelinya

 Cucur Udang dan Abok2

5 keping Murtabak dan 2 bekas lopez

Makan2 kuih muih..
duduk2 berihat depan tv
pija hulur sampul surat



Dah lama auntie tak terima surat
(the old fashioned way)
semua sekarang rata2 ber'email
mungkin baya2 auntie tiada email address
maka sipenulis memberi surat pada auntie

Siapa penulisnya?
Pembaca blog auntie rupanya 
Luah perasaan pada auntie
Ermmm...berat dan pedih
apa yang keluarganya lalui

Surat tiada bernama, tiada beralamat
jadi perlu dibalas atau tidak?
terfikir dibenak auntie




auntie suruh Pija tolong mintakan email address si penulis
cepat jer dia balas
Bila auntie senang dan sihat 
InSyaaAllah auntie balas...










9 comments:

  1. Terelnya untie masak... kagum sesangat. ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak terel pun,
      kalau terel dah jadi chef kat maner..hik3x

      Delete
  2. gigih sungguh mama nih
    hari ni sya makan gulai itik campur kulit rambai
    mak sya yg masak lemak cili api.
    dah lepas teringin nak makan gulai itik(",)
    lepas tu td sya cari cempedak untuk ayah sbb ayah nak makan masa cari di kedai tu sya jalan kaki tp enpkwe x bagi jln kaki dia kata nanti berat yang sya dah simpan masa buka puasa td hilang pulak
    hahaha...pecah gelak jadinya
    6hb ni nak g klinik harap2 berat sya bertambah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amboi, dua2 sedapnya..
      Gulai itik+kulit rambai? huhuhuhu dah lama tak makan
      Cempedak?

      Iseyyy..petang ni nak cari cempedak jugalah..hik3x

      Moga checked up minggu depan lancar dan keputusan kesihatan yang baik
      Take Care

      Delete
  3. Alhamdulllah rezeki kan auntie...
    terharu baca kisah auntie...hinggakan ada rakan blogger yg luahkan perasaan pada auntie..dan ida memang suka sgt jumpa auntie..suka tenguk wajah auntie yg sentiasa tersenyum dan manis sekali..ada rezeki kita jumpa lagi ye..insyallah.

    ReplyDelete
    Replies


    1. Blogger tu Yatim Piatu, tiada tempat nak mengadu.

      InsyaaAllah, ada rezeki kita jumpa lagi

      Delete
  4. Wahh nak cuba la resepi auntie! Tapi nak try dlm claypot. Mesti lagi mengancam. Hehe. Anyway auntie sy dah lama menjadi silent reader. Ni baru rajin nak tinggal komen. Salam perkenalan untie :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheheheh cubalah..

      Salam Perkenalan juga pada ainun
      terima kasih kali ni sudi meninggalkan komen

      Delete
  5. wahh simple je cara nye aunty...leh cuba la nanti...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...