Followers

Friday, July 26, 2013

Ramadhan 16


Dah jemu dah makananan Param AU2 kata auntie
Uncle keParam Pasar Keramat pula
Sejak Ramadhan, inilah kali pertama uncle kesitu

Auntie dah tak ikut uncle sejak dua tiga hari ni
sebab badan tak sihat, kaki pula asyik kejang2..

Harapkan pandai2 uncle membeli

Wah betul2 teruja bila auntie menyalin dari
bungkusan ke mangkok utk dihidangkan..
memang nampak sedap2 pilihan lauk pauk dan kuih2
semalam

Gerai Nasi Kandar pilihan uncle kali ni

Auntie ni....Macam tak ada modal nak citer ker?
asyik2 gambar lauk pauk
tapi ramai yang bertanya difbook auntie
Jadi auntie rajinkan diri snap pic2 kat bawah ni..
Jom layan..

 Kari Pekat Ikan Tenggiri + Terung


 Kari Pekat Daging + Kentang
(tenggelam bawah kuah..hik3x)


 Pegedil
(auntie belah dua)


 Rendang Ayam



Sambal Tempoyak

Di Param Param Pasar Keramat pun 
uncle beli lauk kegemarannya..hik3x
tak pernah tak habis sebab semua 
ahli keluarga suka benar sedut2 siput
termasuklah auntie sendiri



Siput Sedut



Goreng Sambal Tempe + Kentang

Selalunya lauk tempe ni dimakan dan dihabiskan masa sahur

Layan Kuih2 yang uncle beli semalam
auntie suka sangat..
weeeee

Yang Pedas

 Popia Basah


 Popia Goreng


Yang Manis pula



 Angkoo dan Tepung Gomak


 Aneka Bubur dan Pengat

Meh lihat dari dekat pula

 Kuih Butir nangka 
(Betul ker?)


 Pengat Pisang 
(terbaik ooooo, uncle beli 2 bekas)


 Bubur Pulut Hitam



Bubur Chacha

Uncle beli Tembikai
Auntie jadikan satu punch bowl juice
Wallahhhh...heaven

Masih belum masuk ais lagi..


Alhamdulillah..
Hari ni untuk berbuka tak tahulah nak masak atau membeli..
Rasanya membeli lagi sebab dari pagi tadi terbaring..bisa2 badan
bangun utk solat Duha dan Zohor..
lepas ni nak baring balik..

Daddyyyyy... 
Dominos...
boley tak?..
(macamlah uncle baca hik3x)


28 comments:

  1. Sy memang suke minum air tembikai bulan puasa thn ni..Nikmat sampai ckp dkt suami air tembikai lagi nikmat dari makanan..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang minumanlah paling nikmat ketika berbuka

      Delete
  2. Bukan butir nangka..puteri mandi

    ReplyDelete
  3. Aunty!
    Telan2 air liur mona baca entry aunty.. lapaq aunty .. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehehe tulah, dugaan nengok lauk pauk disianghari kan?

      Delete
  4. Yg tu rasanya puteri mandi auntie, bkn butir nangka. Butir nangka dia berkuah.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah, auntie terkonfius antara puteri mandi dgn butir nangka

      Delete
  5. bukan butir nangka tu auntie.. tu puteri mandi kalau tak silapnya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suya memang suya tak silap, auntie yang silap, hik3x

      Delete
  6. perh banyaknya juadah...terliur saya kak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ann Ishak,

      Selera suami memang masih 'gah'..
      biarlah dia makan sementara boleh

      Delete
  7. Kalau sya berbuka rumah mama sah sah x ada masalah berat badan turun masa mengandung ni sbb meriah sya sahur dan buka sorang mana x susut badan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sayang,

      Sedih tau mama..Jaga kesihatan yea
      bila kesaorangan memang susut badan

      Delete
  8. As Salam aunty... saya hari2 buka blog aunty... suka baca dan tengok juadah2 berbuka aunty.. tak kira aunty masak ke beli ke best menyelerakan.. hihi update slalu ye aunty... take care aunty.. moga aunty sabar dan tabah mengharungi dugaan2 ni.. InsyaAllah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasallam rohaya,

      hehehehehe TQ sayang sebab buka blog auntie hari2.

      Terimakasih rohaya atas doa dan nasihat utk auntie.

      Delete
  9. Aunty, Klu kat t empat sy kuih butir nangka tuh kami panggil puteri mandi tapi guna gula melaka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, auntie terkeliru dan silap
      bila semua readers kata puteri mandi, barulah auntie tahu..hik3x

      Delete
  10. Salam kak nanie....
    Utk pertama kalinya...
    Samalaaa juadah berbuka kita ptg ni
    Balik dialysis td rasa nak demam
    Tak larat berperang kat dapur
    Minta order domino jer
    Tapikan kak nanie
    Juadah lauk2 yg kak nani beli tu lg menyelerakanlaaaa
    (Tekak melayu maaaaa)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kembali Rahmah,

      Tak jadi order dominos, bila nak order? mungkin lepas ramadhan kot
      betullah, tekak melayu makan nasi juga jadi kepuasan.

      Delete
  11. Bukan buah nangka tp puteri mandi.....

    ReplyDelete
  12. Assalammualaikum, Auntie.

    Saya suka je tengok auntie update juadah makanan baik auntie masak sendiri atau membeli. Tapi of course lagi suka tengok yang auntie masak, nampak tempting.

    Auntie, saya baru je lagi follow blog auntie, sebelum ni cuma buka sekali sekala je. Saya tahu auntie suka minum nescafe, tapi jangan amalkan selalu. Saya sedih bila auntie mengadu asyik kurang sihat. Saya dulu peminum nescafe tegar. Alhamdulillah sekarang dah kurangkan. Jaga kesihatan ya auntie.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusallam Warahmatullahi Wabarakatuh Mizznadeiya,

      Terima kasih follow blog auntie.
      Ohhh..nescafe dah seminggu lebih auntie tinggalkan sebenarnya tapi sakit badan/saraf2 auntie tetap sama..

      Delete
  13. Wahhh banyaknyaaa... Macam nak makan satu keluarga besar. Saya pun tingin la nak tumpang berbuka. Hikhikhik!

    Semoga AUNTIE kembali sihat segar dan sejahtera. Kan kita nak raya tak lama lagi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. AA, lauk pauk tu boleh dibawa sampai sahur, tak yah auntie bangun memasak, hanya perlu perangat aja.

      mood raya orang2 tua tak sama mcm orang2 muda..
      masa dah berlalu..

      Delete
  14. Amboii sedapnya. Kecur liur pulak tengok pengat pisang tu. Dah la baca tengahari. Aduhh lambat lagi berbuka.

    ReplyDelete
  15. bergedel!!! feveret..pengat pisang pon feveret tp puas dpt mkn masa ngandung sebab sng dpt...bergedel kna wat sendiri br puas mkn...hihi..

    take cr aunty...moga diberi kekuatan menghabiskan ramadhan..amiin

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...