Followers

Wednesday, July 24, 2013

Ramadhan 15

Bersahur pagi tadi
1 Roti bom dan 2 ketul kari ayam
Minum Air Teh O panas bermug2
Telan ubat2an
Settled

Tapi hari ni terasa pedih perutlah pula
Macam puasa time kanak2 dulu..
hik3x..
Nak layan sapu tiger balm jap..
mungkin bunyi kerok2 tu senyap
hahahaha

Petang semalam terima parcel lagi
Huishhhh..besarnya..
Excited nak buka
sebab nak tahu biskut apa yang dihantar
oleh anak siber difacebook.
Kami kerap berinteraksi baik diwall
dan di messages box.
Kawan auntie tu, namanya Chieda Ariffin

Kata Chieda, suami dia yang tolong bungkuskan..hehehehe
auntie ucapkan terima kasih pada suami Chie sebab
berkerja sama susah2 payah untuk auntie.



 Harap2 tak hancurlah

Buka tape dan plastik letup2
dan ada 2 bekas biskut kegemaran auntie


Satu cornflakes dan satu lagi chocolate chips

Auntie tak hide no fon, siapa berminat silalah order 
tapi rasanya dah tutup order..entahlah tak bertanya pula auntie

Terima Kasih yea Chieda
Moga kita dapat berjumpa dalam bulan Syawal nanti..
Tak sabar nak cium2 si hensem Ahmad Harith Mikael






Ada umur kita jumpa yea cu
Gitulah auntie tagih dan nagih kasih sayang cucu 
yang sebaya cucu auntie disana sini
Pedihhhhh...

Chieda, auntie ucapkan ribuan terima kasih atas
di atas kiriman biskut raya, auntie amat terharu..

Allah menghantar kasih sayang dari anak2 siber
melimpah ruah..

Moga Allah limpahkan rahmatNya berkali ganda
kepada insan yang menggembirakan orang tua2..
saperti auntie.






18 comments:

  1. Alhamdulllah untie rezeki.

    Tak apalah menumpang kasih pun yang penting ramai yang masih kasihkan untie.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syukur JunAina.

      Alhamdulillah kasih dan sayang pembaca disekeliling auntie.

      Delete
  2. Salam Aunty,

    (((((hugs))))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kembali ummisara,

      hehehehehe hugs to you too

      Delete
  3. Assalam Marina Monroe
    Belum tuwe lagi, MM! Semoga dapat terus berpuasa dgn cemerlang. Wow, awal lagi dah dapat kiriman! Kalau dah 'tutup order' kena ke rumah MM lah utk rasa cookies tu, hihihi. Sempat sampai raya, tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasallam Pak Temuk,

      Dah tua, dah 58 dah. Mudah2an berpuasa hingga ke penghujung.
      Nak rasa sudikan diri datang ke Kuala Lumpur, sama2 kita menjamah juadah apa yang ada.

      Sempat raya jika masih tak dibuka..hik3x

      Delete
  4. Assalam aunty,

    In Sha Allah, aunty ramai yang menyayangi aunty,begitu juga saya,walaupun baru memgenali aunty melalui blog ini.rasa sayang sentiasa ada bila membaca setiap entri aunty.

    In Shaa Allah aunty, sebagaimana saya doakan kesihatan dan kesejahteraan ibu saya begitu jua saya doakan kesihatan dan kesejahteraan aunty.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasallam Capt Lalok,

      Terima Kasih diatas doa dan penghargaan yang diberikan pada auntie.

      Auntie terharu

      Delete
  5. alahai sedihnya hati ila aunty kate menagih kasih cucu.. apa nak buat aunty, kita redha jer la.. insyaAllah mungkin satu hari dpt aunty jumpa dgnnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ermmm..apa2lah Miss Brenito,

      Auntie just follow with the flow..

      Delete
  6. murah rezeki auntie. saya pagi tadi bangun2 terus minum air dan makan ubat darah tinggi sebab beberapa minit lagi nak azan. huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah ada BP ker sebab telan ubat darah tinggi.
      Jaga kesihatan sebab masih muda lagi.

      Delete
  7. Sya pun sayang mama...walaupun baru jumpa sekali saje(",)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima Kasih. Haah dah rindu dah sejak last kita jumpa tu.

      Delete
  8. assalamualaikum, auntie.

    amiin. semoga melimpah ruah kasih syg yg auntie dpt drp keluarga dan jgk rakan2 :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusallam Warahmatullahi Wabarakatuh wani,

      Alhamdulillah, kasih dan sayang dimana2 dan dari mana2 arah.

      Delete
  9. Wahhh... dah boleh makan dah tu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehe satu bekas dah dibuka, satu lagi tunggu raya..hik3x

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...