Followers

Monday, July 22, 2013

Ramadhan 12

Auntie ubah selera semalam
teringin nak makan laksa buyung
yang selalu mengeluarkan bau yang
menangkap hidung bila auntie lalu situ
so beli lah sebungkus rm3.50 je


Auntie rebus telur sebiji, walaupun dah ada setengah biji dlm bungkusan
Kuah tak berapa 'kick'

Nak beli lauk tapi gerai biasa tu tak berniaga pulak semalam
terkedu jap..

Nasib ada makcik yang baru muncul betul2
disebelah gerai tu, dah pertengahan ramadhan baru
makcik tu nak berniaga..

Auntie pernah juga membeli makanan makcik tu dulu2
air tangan makcik yang dah hampir 70 tahun mestilah
sedapppp..
tapi hati auntie sedih, mengapa umur sebegitu perlu
lagi berniaga? berdiri, berpanas terik, sorangan?
mungkin makcik tu suka memasak dan berniaga tapi
tanpa anak meneman?

Auntie beli lah rendang ayam yang nampak sedap

Rendang Minang ayam kampung
yang betul2 sedap dan terbaik


Lauk2 selebihnya auntie beli ditempat lain

Lemak Putih
Pucuk Manis, karot dan keledek, 

Kegemaran auntie masakkan kelantan 'percik'
Tak kiralah, kuah putih atau merah 
tak jadi masaalah..memang sukerrrr percik

Percik Ikan kembong
tak hanyir, ikannya segar dan kuahnya..terbaik



Sayur goreng jawa


Tak jemu2 uncle menyedut siput setiap hari
Ishhh...

Peej menghulur kurma/tamar pada auntie

'Dari customer peeja untuk mama' katanya

Sapa bagi? tanya auntie

mama tak kenal..kata peeja

Terima kasih banyak2..
syukur rezeki dari Allah swt
tak putus2 pemberian anak2 siber untuk auntie
Alhamdulillah





Rasanya esok2, auntie tak perlu letak lagi gambar lauk pauk
pembelian diparam..
Lauk pauk auntie masak sendiri, auntie upload
hehehehehehe
jika auntie masaklah..


16 comments:

  1. hehehehehe.. hari2 ada siput sedut ya, auntie makan siput gonggong tak? Tak payah sedut, pakai tarik jer :-))))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Auntie tak pernah pulak makan siput gonggong, nanti nak google nengok rupanya

      Delete
  2. Br saya tau yg param tu pasar ramadan..heee.

    Sedap auntie ikan percik tu. Cam terhingin lak ari ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehehe oh yea ker?

      Memang sedap percik, beli lah

      Delete
  3. Kalau sihat bolehlah masak untie, kalau tak terpaksalah membeli.

    Saya teringin siput sedut tapi bila pergi param tengok ja terus tak jadi memasak siput tu jauh sekalilah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Auntie kira mood,
      kadangkala, tak sihat pun nak masak juga.

      Kenapa geli yea?

      Delete
  4. Kat sebelah utara ni susah nak carik ikan percik/ayam percik kuah puteh
    mcm tu..alaaaa kecor tgk gambo ikan tu.
    Betul kata seri kandi.....everyday mesti ada siput sedup.
    Ann pun boleh makan tiap tiap hari..bestkan kak nanie.
    Kueh takde?...
    Selamat berbuka...Abam Jubah tak balik lagi ke.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh yea ker, utara susah nak cari percik?
      Kena buat sendirilah kalau nak makan.
      Siput sedut, hari2 ada dimeja, boss besar suka sangat.
      Kueh memang ada tapi dah malas shoot lah tu..hik3x

      Abam Jubah dah balik dah, hari Jumaat lepas

      Delete
  5. lauk2 pilihan kak nanie kegemaran saya juga...
    masa tinggal di keramat permai (tahun 94-98) takjumpa pun lauk2 sedap cenggitu...
    alahai.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehehehe akak tahu,
      pilihan lauk pauk akak adalah lauk pauk minang.
      Ohhh..Keramat Permai tahun tu, tak banyak orang menjual lagi.

      Delete
  6. assalamualaikum, auntie.

    haha sy tak pandai sedut siput sedut! alkisahnya tak pernah try, lepas tu satu hari kwn sy perkenalkan siput sedut ni kat sy. terkial-kial sy cuba sedut siput tu keluar tp xdapat2. hanya orang hebat je yg boleh sedut dgn teknik yg betul.. :P (berjaya makan seekor saja!)

    selamat berbuka, auntie!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusallam Warahmatullahi Wabarakatuh wani,

      Betullah tu, memang ada teknik yang betul baru boleh berjaya sedut menyedut..hik3x

      Selamat berbuka juga pada wani.

      Delete
  7. terliur tgk gambar laksa tue auntie hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Annapeje, tak berap kick sangat laksa tu
      Auntie kena buat sendiri masa bulan Syawal nanti..InsyaAllah

      Delete
  8. haaaaa..nampak sedap laksa tu..rasa cam nak plak..hehehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...