Followers

Monday, July 1, 2013

Pergi Dua Tiga Tempat Bila Keluar Rumah


Hari Khamis yang lalu 27/6/13
Auntie ke Hospital Pakar Tuanku Mizan
tanpa breakfast sebab tak sempat makan
walaupun auntie dah buat nasi goreng kampung
Bila doktor refer result darah berpuasa
kata doktor
BP : bagus
Kolestrol : naik sikit
Gula :  naik sikit
Buah Pinggang :  Bagus
Hati : Bagus

Auntie kata pada doktor sambil bergurau
Hati saya memang bagus doktor sebab selalu mengamalkan
'Hati Baik'..
~doktor senyummm~

Auntie tambah lagi
kolestrol naik sebab ubat kat pharmacy sini selalu kehabisan
jadi saya selalu putus ubat
ini tak bagus utk pesakit mcm saya.
~auntie pulak senyum~

doktor jawab
Ohhhh...mereka order ubatan2 ikut monthly budget
habis budget, tunggu bulan berikutnya

Auntie tak terkata dengan jawapan doktor tu
dalam hati kesian kat pesakit yang duduk jauh
untuk berulang alik ambil ubat bila stock sampai

Auntie puas hati bila dapat sessi checked up
dengan Brig General Datuk Dr Noor Azmey
Kali ketiga auntie dengan dia.
Dia akan ajukan soalan2 dan nasihat2.
Pesakit sudah tentu terasa caring dan ambil berat.
Berbeza dari doktor2 lain disitu yang selalu tahu
nak cepat panggil pesakit seterusnya.

Habis checked up auntie dan uncle ke kantin
untuk bersarapan walaupun dah pukul 11 pagi
Lauk pauk untuk makan nasi dah berderet2 tapi
auntie belum mahu makan tengahhari lagi
so..
Mee Kari dan teh ais utk uncle
MeeHoon Kari dan nescafe ais utk auntie
dan tiga biji karipap

Selesai makan
Kami ke CIMB
anak2 minta tolong banked in duit ASB
Alhamdulillah, nombor giliran menunggu sorang aja.
Selesai tugasan nak bergerak
ada perempuan menegur dan memegang tangan auntie..

Auntie terus menyebut namanya
Rinaaaaaaaa dan kami berpelukkan dan cium2 berlaga pipi
Pertama kali berjumpa, selalunya auntie ditegur sapa di facebook
Punya lah happy dapat bertemu muka..
Alhamdulillah

Badan auntie (Mak Dara) lebarnya, 
Rina anak dara slim melim dan putih kulit orangnya


Rina bertanya
auntie sihat? Lepas ni nak kemana?
Auntie jawab
Sihat, lepas ni nak ke Wisma Yakin nak cari kitab
utk bahan bacaan bulan puasa nanti.

hehehehe kami bergurau senda bila uncle buat2
terkejut dan kata 'No' bila auntie nak ke Wisma Yakin
time peak hours (lunch time) mestilah jem teruk..kata uncle
Auntie pula, getikkan badan pusing2 kiri kanan 90 degress
dan buat2 merajuk..hahahahaha auntie
tunjuk perangai depan anak2 dara tu
(ada kawan rina juga disitu)
Mereka tergelak2 nengok aksi auntie

Selepas tugasan bank, auntie dan uncle
terus menuju ke Wisma Yakin.

Alhamdulillah, jem tak teruk
sambil2 tu, auntie nengoklah bangunan2 lama dan baru
sepanjang Jalan Tuanku Abdul Rahman
Ada bangunan lama sejak 1950,
sebelum auntie lahir 

Terpandang pula Restoran Nasi Kandar P Pinang
berderet2 orang beratur nak makan
Huishhh..sedap kot

Nasib dah kenyang
kalau tidak, mahu juga auntie try
beratur sama..hehehehehe



Kata anak auntie Ayol yang dah pernah makan disini, 
masakkannya sedap giler..



Dapat parking betul2 tepi bangunan Wisma Yakin.
Alhamdulillah, dipermudahkanNya

Pergi kedai yang dah biasa utk beli kitab2
auntie bagi dua nama kitab yang nak dibeli
tapi kata jurujual tu, belum ada lagi,
masih dalam process percetakan
auntie teradvance lah pulak
Tak ada rezeki

Kami menuju pula kedai alat2 jahitan
auntie nak cari lace ela2 nak jahit
kat jubah auntie yang kosong
barulah glams sikit
cari punya cari
tak ada yang berkenan
Tak ada rezeki lagi

Kemudian ada penjual bangsa India pakai kopiah
menjual putu mayam dan kuih muih india
Auntie beli lah sikit utk makan dan minum petang.

Terus perjalanan,
Pergi pula kedai gunting rambut
Auntie trim rambut setiap dua bulan gituh
 Hair Stylist auntie tegur tang uban yang baru tumbuh
"sudah ada"..katanya sambil tersenyum
memang rambut auntie lambat beruban
sebelum ni xda
hik3x

Auntie tidak akan mewarnakan rambut dan mencabut uban
bila pernah terbaca hadith..

Dari Abu Hurairah, 
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

“Janganlah mencabut uban kerana uban
adalah cahaya pada hari kiamat nanti.
Siapa saja yang beruban dalam Islam 

walaupun sehelai, maka dengan uban itu 
akan dicatat baginya satu kebaikan, 
dengan uban itu akan dihapuskan satu kesalahan,
juga dengannya akan ditinggikan satu darjat.”


~Wallahualam~



12 comments:

  1. Salam, auntie... semoga dapatlah kitab tu sebelum Ramadan bermula nanti ya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kembali SKTJ,

      Tak mengapa, rasa auntie tak dpt sebelum Ramadhan.

      Delete
  2. Satu perjalanan yg penuh pengisian Auntie. Moga auntie terus sihat. Kalau happy insya-allah dapat membantu juga, syukurlah uncle is very caring dan understanding.

    Hubby kakak pun dah ada uban sikit-sikit walau umur belum 50 tahun.

    ReplyDelete
    Replies

    1. Aah, jauh perjalanan, luas pemandangan
      kalau terperap kat umah, jadi katak bawah tempurung..hik3x

      hehehehehe uban, sekarang dah ramai beruban walaupun umur masih muda, faktor persekitaran pun yea.

      Delete
  3. Rambut saya dah lebih banyak yang putih dari hitam! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amboi, kakcik banyak tercatat kebaikkan, InsyaAllah

      Delete
  4. Kak nani..
    Kudu nasi kandar tu antara yg terbaek kat KL
    Wajib cuba...
    Memang saya selalu cari peluang pergi situ jika dah rindu nasi kandar Penang.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohhh yea ker Rahmah,

      Iseyyy..dah dekat puasa ni, kena pi try dlm sehari dua ni..hik3x

      Delete
  5. Jelesnye ada reader dpt jumpa aunty...hihi

    *terliur plak ckp pasal nasi kandar*

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rezeki terjumpa, mungkin satu hari nanti kita juga boleh berjumpa dgn izinNya.

      Betul, terliur bila menyebut ttg nasi kandar..huhuhuhu

      Delete
    2. InsyaAllah..mudah2an..amiin

      Delete
  6. Salam aunty..

    Adoiii...busy sgt lah rina ni ye sampai lambat baca entry aunty ni..betul la aunty, saya rasa bertuah sgt dpt jumpa aunty tanpa dirancang mcm ni..semuanya pasal nak activekan account cimb yg dah lama asik tangguh tu..masa tunggu no giliran saya dah mcm rasa kenal je..tapi nak settle kan dulu urusan..lepas tu saya tenung je aunty dari jauh nak tgk betul ke tak aunty nanie tu..haha..serius aunty mmg sgt cute tambah lagi masa buat2 merajuk dgn uncle tu..InsyaAllah raya ni saya berkunjung ke rumah aunty plak ye..maklum la dah tau kat mana kan..hehe..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...