Followers

Wednesday, July 17, 2013

Maaf, Jika TerKecur

N3 tertangguh auntie sebelum Ramadhan

Auntie dan Uncle pergi keMajlis Kahwin
pada 6/7/2013 (sabtu)
Jemputan dari Encik Yunus Badawi ,
kenalan blogger dan fbook,  di alam siber.

Auntie pernah berjumpa sekali dengan beliau dan isteri
ketika kenduri kahwin peej dulu.

Majlis diadakan tidak jauh dari rumah auntie
hanya berjiran Taman seberang jalan aja.

Anggota2 Rela membantu
menjaga trafik lalu lintas dan parking kereta..
hehehehehe uncle dapat masuk terus kekawasan khemah
Alhamdulillah, tak jauhlah auntie berjalan.

Wahhhh...auntie terkejut
bila melihat khemah2 yang tersedia
Bila auntie kira khemah2 tu
16 khemah???
Hebat betul YB, ramai betul kenalan
tambah pula ini adalah kenduri putera sulung beliau.







Bersalaman dengan YB dan isteri
uncle carikan meja dan kerusi kosong utk auntie
Kemudian uncle terus berbaris nak ambil makanan
heheheheh betul2 lapar

Huishhhh..bila uncle letak pinggan depan auntie
Lauk pauk yang amat mewah terhidang
untuk para jemputan dimajlis ni

Nasi Minyak
Daging Rendang Tok
Ayam Masak Merah
Sambal Tumis Sotong
Ikan sweet Sour
Nangka Lemak cili api
Acar Buah
Acar Rampai
(7 mcm lauk tu)
(Rezeki Allah dari 7 petala langit, dan 7 petala bumi
utk YB yang berniaga sebagai ketua keluarganya)



Auntie punya

Alamak terkecur dan terliurlah
 nengok lengkaran sotong belengkau tu..

Uncle punya
Nampak tak? Nangka masak lemak cili api tu..
Aduhai, nak gi param petang ni



hehehehehe semua lauk2 tu uncle ambil
sebab memang auntie pesan
supaya dapat diambil gambar kenangan
Ikut arahan punya pasal, nampaklah kami ni kuat makan
memang kuat makan ponnnn...hik3x


Kenapa berkerut dahi?
Ketika tu Gusi auntie bengkak tapi auntie makan pelan2 
habissss licinnnn


Tu gambar auntie 'mengemap' makanan pelan2..

Lepas makan main course
Uncle gi merayap kat khemah santai
banyak kuih muih disitu












Uncle ambil untuk auntie
Cendol, Rojak Buah dan Cucur Udang



Kuih Muih
Koci, Cucur manis, karipap,
pau, apam dan kek lapis sarawak
hehehehehe ada auntie jeling2 kat pinggan 
orang lain, samosa uncle tak ambil





Laksa Penang

Tersedia dimeja 3 macam kerepek
Ubi, Sukun dan Siput

Uncle gi merayap lagi
tapi bukan nak ambil makanan
perut kami dah ketat sangat2 dah
dengan jamuan yang amat2 mewah

Kali ni uncle nak ambil gambar pengantin pula


Barisan keluarga pengantin perempuan 




Tibalah masa kami mohon beredar
Sempat bergambar dengan
Tuan Rumah Majlis



Door Gift




Tamar Yusuf Taiyoob
Air Kotak

Sesuai sangat mengedarkan buah tamar pada kenduri tersebut
sebab dah nak sambut bulan Ramadhan 3 hari lagi
memang boleh dibuat berbuka puasa dan bersahur
Ahamdulillah...

Akak dan Abang Mengucapkan
ribuan terima kasih kerana sudi mengundang kami
dan juga mengucapkan Tahniah mendapat menantu pertama.

Doa kami mengiringi kedua mempelai

Ya allah ya Tuhan kami, 
kurniakan rahmat kepada pengantin agar kekal abadi, 
aman damai yang berkekalan di alam rumahtangga, 
sihat walafiat, dimurahkan rezeki 
dan dilanjutkan usia 
dengan mendapat zuriat yang soleh 
serta mendapat syafaat daripada junjungan besar Nabi Muhammad saw.

~ Amin ya Yabbal Alamin ~





4 comments:

  1. semoga pengantin berbahagia hingga ke syurga... melimpah betul rezeki dikongsikan pula dengan tetamu, Alhamdulillah..

    ReplyDelete
  2. Fuhhh auntyyy....entri menduga air liok ni...sedapnyaaaaaaaaaaaaaa....!!!

    ReplyDelete
  3. Goodies bag tu sama dengan baju mak bapak pengantin, lawan pengantin nampakkk...

    Aina lama tak masuk FB dapat jemputan pun tak tahu, ruginya...

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum, auntie.

    wahh kecur air liur tengok lauk kenduri. sy suka pergi kenduri kahwin sebab selain meraikan dan tengok pengantin yang lawa *hehe*, sy jugak suka makanan lauk-pauk kenduri (lagi-lagi ayam masak merah atau dading dendeng! yum!)

    ingatkan YB tu macam YB wakil rakyat kan.. rupanya namanya YB. hihi.

    ok salam ramadhan buat auntie sekeluarga! :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...