Followers

Wednesday, July 3, 2013

Hobby Baru


Pasang hobby baru pulak anak auntie ni
macam budak2..nak main toys
tapi toys untuk orang dewasalah..
helikopter kawalan jauh/remote control (RC)

Dah siap pasang

Auntie geleng2 kepala bila nengok dia pasang gadgets tuh


Sedang belek2 bila dah siap dipasang


Bila anak auntie nak terbangkan helikopter ni
dia pergi depan rumah..masa tu lepas Isyak
hehehehehehe cantiklah pulak siap ada lampu2 lip lap lip lap
terbang dalam cerahan cahaya bulan

Auntie tanya dia,
bila pulak nak main nih?
Kaukan sibuk kerja
kerja sampai malam2 kebelakangan ni
sampaikan hujung minggu pun kerja..

Nantilah bila senang2, nanti nak join kelab
helikopter kawalan jauh..

Ohhh..mama ingat kau beli, nak main dengan anak kau
kata auntie

Anak?
Biarlah dia main dengan atok dia disana!
kata anak auntie

Sedih auntie dengan jawapan gitu

Hati2lah, bila main helikopter RC
kena pakai helmet tau
kata auntie..

Pasal pulak? tanya anak auntie
Yealah, kalau ada masaalah teknikal, rosak ketika main
tak boleh kawal heli tu, macam mana?
Ada tau kejadian, heli rosak dan langgar kepala sampai kecederaan
boleh membawa kematian

Ishhh..mama ni, macam2lah..
Kematian telah ditentukan mama,
dimana, bila masa dan bagaimana
semuanya Allah swt yang menentukan..

Dalam hati auntie, Alhamdulillah
ada pengertiannya..

Itu blade besi mama
Yang ni blade plastik..
Beli yang ni dulu, cuba2 dan belajar sikit2..
tak semestinya, hobby ni bertahan lama..
kata anak auntie

Apa2lah nak oii..
Mama tumpang suka tengok kau bahagia




9 comments:

  1. Betul tu untie tak ada apa yang lebih membahagiakan bila kita lihat anak2 hepi dan bahagia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gitulah perasaan mak ayah, tumpang gembira bila anak2 bahagia

      Delete
  2. sekarang banyak jenis mainan untuk orang dewasa
    tapi mahal jugaklah
    sekadar mengisi masa oklah tu kan mama?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entahlah, bila masa anak mama nak main mainan tu, asyik sibuk kerja aja.
      last2 mainan tu terperuk aja..hik3x


      Delete
  3. sama la dgn husband saya aunty..mainan remote dr kereta sampai lori..heli ada yg kecik je dia bli tapi da patah blade coz accident..bukan sng nak control heli tu..

    semoga suatu hari hak anak aunty dipulangkan semula...amiin...

    ReplyDelete
    Replies

    1. hehehehehe tulah, biarlah suami2 pasang hobi2 dirumah aja kan Wani?

      Hanya Allah swt yang mengetahui.


      Delete
    2. haha...double meaning tu aunty..

      Delete
  4. assalam untie

    Lama x ada n3 terbaru...untie x sihat ker? Apa pun selamat menyambut ramadhan al-mubarak yer.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...