Followers

Thursday, July 11, 2013

Bulan Ramadhan Bulan Mendidik Diri

Semalam semuanya tak mahu makan nasi masa berbuka
first time 'phenomena' itu berlaku,
dalam keluarga auntie
hahahahahaha

Abam Jubah beli kuih muih, balik dari kerja

Kuih2 manis (2 ketui setiap jenis)
Seri muka
Kasui
Talam lapis
kuih bakar
Kacang kole

Kuih Pedas (5 gulung setiap jenis)
Popia basah
Popia goreng
Samosa

Semua berbuka dengan kuih muih
Mereka balik dari Terawih, sambung
makan kuih muih..
Alhamdulillah habis kuih muih abam jubah

Nasi dan lauk pauk dipanaskan dan dimakan masa
sahur tadi..

Agaknya semua ahli keluarga nak turunkan berat badan
Auntie tak kisah, ttg berat badan lagi tahun ni
sebab setiap tahun hanya 3 ke 4 kilo ajer turun
Bila Hari Raya, open hse sana sini
naik double dari yang turun..hik3x
cuma peringatan yang berpanjangan
makan ala kadar setiap masa
berhenti makan sebelum kenyang
amalan yang terbaik
mendidik diri dalam kesederhanaan

Hari ni dah beritahu uncle dan dia setuju
Auntie nak masak nasi goreng ayam
Udah lah..
Kuih? Entahlah
Mungkin auntie rebus lengkong (agar2) jap lagi

Bila dah berumur dan dah penghujung,
gelora nafsu makan dah berkurangan
Ada auntie makan,
Bila tiada,  auntie tak mencari..
Alhamdulillah, 




Berlatihlah diri berbuka segera dengan tamar 
dan air kemudian terus menunaikan solat Maghrib.









13 comments:

  1. selamat berpuasa auntie. ingat nak buat puding karamel hr ni dan masak sendiri kalau boleh spjg puasa ni tp hubby suka beli jugak kadang2 lauk yg dia teringin tapi isteri x reti buat. hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat berpuasa juga Eliss.

      hehehehehe biasalah, masa muda macam2 teringin bila nak berbuka.

      Delete
  2. selamat berpuasa...

    lagi ringkas lagi tak membazir kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat berpuasa juga untuk Rapunzeel,

      Ringkas cepat dimakan, cepat habis..hik3x

      Delete
  3. Replies
    1. hehehehehe musim puasa, tekak dan perut bermusim bagi setengah2 orang tapi auntie tidak.

      Delete
  4. salam ramadAn mak nani.
    semoga sehat srntiasa terutama dibulan ramadan ini. sedap gak menu buka maknani.
    masakan rumah sedapnya mengatasi segala..

    teringat pd makcik yg saya kenali dulu, dia jenis suma benda dia reti makan ..

    dimasaknya asam tumis pedas melaka yang pekat pastu taruk daun limau purut kesum etc. diletaknya paru lembu dihiris nipis nipis.. campur paru juga..
    cubala..sedap. kalau ada buah krluak letak sketul dua..
    selamat beribadat .

    salam untuk keluaga.

    rgds

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ramadhan buat Nor juga,

      Alhamdulillah dah tiga hari berpuasa setakat ni, terasa ringan.

      Betul, masakkan rumah sendiri memang terbaik.

      Tak pernah pulak, maknani masak asam pedas paru, tapi lemak cili api ado..hik3x

      Delete
    2. cubola maknani. sodap. asampodeh yg poket tu. kek molako yang buek.hiriz paru dan hati lombu nipisnipis garam kunyit. siat daun limaunipis kesum kotuk sorai sebtg duo.asam jawo poket poket. cili tumis poket sikit .lotak longkuas sikit mcm masak asam gerang.

      wasalam

      Delete
  5. Hello Marina, long time no see. How you doin'? Dropped by to wish you and family selamat berpuasa.
    Apa menu hari ni?
    You have a nice day and keep a song in your heart.
    Best regards.
    Lee.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hello Uncle Lee,

      TQ for the wishes.

      Delete
  6. salam auntie....saya suka baca blog auntie...bila baca entry ni terus teringat kat mak..usia mak saya rasanya lebih auntie juga (58 umur mak saya)....bila bulan puasa ni langsung tak lalu makan katanya....buka puasa ke sahur ke...sama juga...nasi langsung tak lalu makan...sampai saya naik risau...saya ckp mak kena makan....kalau tak mcm mana nak ada tenaga (mak saya ada kencing manis)....saya cuba usahakan beli apa yg dia suka...sbb tak tau sampai bila umurnya kan....walaupun saya bukan anak yang terbaik....tp saya tetap cuba jadi anak yang baik. wallahualam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kembali,

      Betul, masa muda macam2 selera, dah berumur dah amat kurang.

      Aah, auntie sahur makan oat.

      Tak mengapa, niat dah dipasang dihati utk cuba jadi anak yg baik sudah memdadai, Allah swt tahu.

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...