Followers

Wednesday, June 26, 2013

Sup Ikan Merah

Auntie masukkan gambar Sup Ikan Merah di fbook,
Ada juga yang mintak resepi..
Aduhai..kan auntie dah kata auntie bukannya
chef bertauliah tapi dah ada anak2 siber minta resepi
auntie buh ajerlah kat sini.

Resepi yang mudah style auntielah

Bahan:

A
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
(jika suka bawang merah lebih lagi sedap)
sebesar ibu jari halia

hiris semua

B
1 batang Kulit kayu manis
10 batang cengkih
3 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga
1 sudu biji lada hitam
Jika nak senang
beli 2 sup ponjot..masa nak tumis bukak kain pembalut
tapi rasa auntie dalam sup ponjut xde biji lada hitam
3 sudu besar sos ikan (optional)
air,  ikut size family yang nak makan

3 biji kentang
2 batang karot
daun sup dan daun bawang
garam secukup rasa

Ikan merah
kepala boleh, badan boleh dan ekor pun boleh..hik3x
kegemaran auntie kepala dan ekor

Tumis hirisan A sampai kuning
masukkan bahan B, tumis lagi
masukkan air dan sos ikan
menggelegak, masukkan kentang
bila separuh empuk, masukkan karot
dan lastly masukkan ikan dan simmer selama 10 minit
Jangan lupa garam..hik3x
Done




Semangkok ratahan auntie yang dipaparkan di facebook


Bila nak makan masukkan hirisan daun sup dan bawang..
Jika suka bawang goreng silakan.

Nih nak tanya anak2 siber auntie..
ada ker yang tak kenal herba2/rempah ratus yang auntie sebut diatas?
Yang auntie tahu, anak2 perempuan auntie pun mesti
tak tahu..hik3x

Okay auntie buh kat sini..



Kulit kayu manis



cengkih


Bunga Lawang


Buah Pelaga


Biji Lada Hitam


Sos Ikan dalam botol
Sila cari di pasaraya, tak rugi kalau beli
boleh digunakan bila masak ikan sweet sour, ikan steam dan ikan bakar
menaikkan lagi rasa masakkan

Silalah cuba..

37 comments:

  1. Terancam Syura ni kalau kakak masuk masterchef .... ngeeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang tak ler YB, gerun nak masuk tv..hik3x

      Delete
  2. tgk aunty masak sup ikan merah, terus rasa nak makan, dah lah time tak sehat nie, nampak sedap je sup, hehehhe


    -p/s-, aunty saya kenal semua rempah-rempah/herba yg dekat resepi tue,yeah!, hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah, time x sihatlah time best hirup sup2 kan?
      Ohhhh..baguslah bila kenal rempah2 tuh, Alhamdulillah

      Delete
  3. Ada sejarah bila tengok sup ikan ni...
    gelihati bila sup yang dibuat berlendir .Entah ikan apa yang diguna.Sampai sekarang suami tak mahu saya masak sup ikan.Tapi bila tengok resepi Nani,terasa nak cuba balik.Redeem balik kegagalan lalu.
    Satu langit kenangan asam pedas terlebih asam..mengamuk bapa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. berlendir? heran jugak tu
      paling sedap ikan buat sup, ikan merahlah, ikan haruan pun sedap juga, masa suami buat bypass, kawan nani buatkan sup haruan, amboi suami xhabis makan nani pulak yg tolong perabihkan..hik3x

      Delete
  4. Lama betul aunty menyepi ye...sihat ke aunty?

    Saya kenal rempah tu dr belasan tahun dah...tapi sejak kawen br belajar masakan yg ada guna rempah tu..especially buat ayam masak merah n nasi minyak..nyummm...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wani auntie menyepi sebab kurang sihat, jerebu membuat kepala weng sikit..hik3x

      Betul rempah ratus tuh banyak gunanya, memang elok sentiasa ada didapur, senang nak masak apa2 yg teringin.

      Delete
  5. Salam auntie, faveret sy masak bersup ni
    Btw sy pun kenal semua rempah ratus tu, hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kembali muis,

      Alhamdulillah..kenal rempah ratus, mesti muis rajin masak.

      Delete
  6. tak pernah pakai sos ikan...

    rasa nak cuba satu hari nnt...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sos ikan - perisa ikan, stock ikan
      cubalah

      Delete
  7. excuse me mother. i kenal ok rempah ratus tu semua

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehehe jika kenal, well and good for you.

      Delete
  8. Saya sgt suka sup ikan merah ni aunty. :-D dan sy kenai rempah ratus tu..mak saya agak garang bab dapur ni..makanya, kena la hapai jenis rempah ratus nihhh hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedapkan sup ikan merah? auntie suka dari kecik2 lagi.

      hehehehehe mak garang bab dapur supaya coklat vanilla pandai masak.

      Delete
    2. Tulahh....baguih gak mak garang bab dapur ni..kalo x mesti sy malas nk belajaq..:-P

      Aunty, panggil saya ana or hana jerr..saya fren ngan aunty kt fb..yg nama rohana kassim tu..hihi.

      Delete
  9. assalamualaikum auntie.

    apa khabar jerebu2 ni? hrp xde batuk2 / selsema sbb ramai yg demam kena jerebu.

    sedap nmpk sup ikan merah auntie tu ^^ sy dlu kerja di perantauan, jd nk xnk mmg bljr msk sendiri.. kdg telefon mak mintak resipi.. selebihnya google atau youtube.. hihi. sos ikan sedap juga kalau campur dlm masakan tomyam atau padprik. baunya best kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusallam Warahmatullahi Wabarakatuh wani,

      Jerebu So far auntie, no selsema, no batuk and no demam. Cuma perit tekak ajer. Alhamdulillah

      Ohhhh..wani biasa makan sos ikan? thats good.

      Memanglah, auntie dulu2 pun gitu talipon mak dari kluang kl nak masak macam maner..hik3x

      Delete
  10. salam aunty, selalu SR je baca blog aunty..
    sedapnya sup ikan merah ni. dah lama sgt rasanya tak makan sup ikan..arwah atok perempuan saya selalu masak dulu2. nak masak sendiri,entah bilanya nak rajin. ehehee..jaga diri ye aunty. jerebu2 ni senang batuk n selsema.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kembali b3nz, tq for leaving yr comments here.

      Aah, sup memang sedap, tak kiralah, ikan ker, daging atau ayam. sup sayur pun sedap juga..

      Rajin2kan diri memasak, sebab masakkan sendiri terbaik dari membeli diluar.

      Aah, jerebu memang pembawa penyakit.

      Delete
  11. Salam kak nani
    Perut okay hari tu beli jenahak
    Perut sebu hari ni beli ikan merah pula
    Nak buat sup..
    Terimakaseh bg idea

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kembali Rahmah,

      hehehehehe perut okay ker, tak okay ker
      makan tetap nak makan..
      selera pula tak pernah berkurangan, akak ler..hik3x

      Delete
  12. anak siber datang komen kikiki. suka sup ikan merahhh.sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheheheh terima kasih anak siber ku kerana sudi mengomen kat blog auntie.

      Betul sup ikan memang sedap.

      Delete
  13. salam ukhuwah salam jumaat dari bunda...

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam ukhuwah dan salam jumaat kembali Bunda

      Delete
  14. Aunty, kebanyakkan yang aunty tunjuk saya tahu namanya. Tapi tak tahu apa rasanya. So tak pernah guna. Maksud saya, kalau daun pandan = bau wangi. Liamu purut = bau limey2 dsb. Kalau lada hitam saya tahu = pedas. Yang lain macam pelaga, dia bagi rasa apa sebenarnya, pedas ke, ke pelaga beri bau. Jintan-jintan saya kurang kenal sebab terlalu banyak. Sama jugak, saya tak faham yang jintan manis tu beri rasa manis ka? Jintan putih beri bau atau rasa. Rasanya golongan muda (muda ke?) macam saya tak faham bila nak guna rempah2 tersebut. Thanks lah aunty share maklumat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheheheh okay auntie bagi penerangan sikit kat sini, jintan2 buah, pelaga semua memberi aroma, rasa dan khasiatnya yang tersendiri.

      Jika nafas berbau disebabkan gusi bengkak atau gigi berlubang, bolehlah kulum2, buah pelaga atau cengkih, nafas berbau hilang dan tinggalkan kesan berangin dalam mulut.

      Rumah meninggalkan kesan berbau harum jika rebus kulit kayu manis.

      Kesemua spices ada rasa dan aromanya tersendiri, masakkan tanpa spices2 akan rasa hambar.

      Betul golongan muda ramai yang tak ambil kisah ttg spices..hehehehehe
      sebabnya, dah banyak makanan yang dapat dibeli sekarang, masa auntie muda2 dulu mana ada jualan makanan ditepi2 jalan dan pasar juadah pun tak ada. Auntie belajar masak memasak dengan mak. Segala kelengkap spices mesti ada dirumah auntie.

      Delete
  15. maaf aunty terpost banyak kali. Pc hang, tadi.

    ReplyDelete
  16. Saya ni bila nak start masak untuk anak baru la belajar sikit guna rempah, sebab masak banyak sup kan untuk budak tadek gigi lagi. Hehe. Baru la tahu rempah 3/4 sekawan. Saya guna 3 tu la, kayu manis, cengkih dan bunga lawang, tertnggal satu lagi rupanye.

    kalau dulu tekak sendiri punye lauk masak yg goreng je.

    ReplyDelete
  17. sedapnya sup ikan, saya paling ske makan ikan sekarang ni :)

    ReplyDelete
  18. tq sharing..

    tgh cari resepi sup ikan ni..ekekeke :)

    ReplyDelete
  19. selalu masak sup ikan merah ni lupa letak buah pelaga... huhu...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...