Followers

Friday, June 7, 2013

RAMAI PEREMPUAN MASUK NERAKA !! KENAPA ?

Ketika baginda melihat Neraka baginda bersabda kepada para sahabatnya: 
“ … dan aku melihat Neraka maka tidak pernah aku melihat pemandangan seperti ini sama sekali, aku melihat kebanyakan penghuninya adalah kaum wanita. 

Para sahabat pun bertanya : “Mengapa (demikian) wahai Rasulullah?” 
Baginda s.a.w menjawab : 
“Kerana kekufuran mereka.”

Kemudian ditanya lagi : “Apakah mereka kufur kepada Allah?” 

Baginda menjawab : 

Mereka kufur terhadap suami-suami mereka, 
kufur terhadap kebaikan-kebaikannya. 
(Hadis Riwayat Imam Al-Bukhari)


Peristiwa Israk Mikraj - muhasabah buat wanita ...

1. Perempuan digantung rambutnya dan otak kepalanya menggelegak disebabkan tidak menutup rambut daripada kalangan lelaki dan bukan muhrimnya.

2. Perempuan digantung lidahnya, dijadikan lidahnya sepanjang 70 zira’ (hasta) kemudian diikat di belakang tengkoknya, tangannya diikatkan ke belakang dan timah cair dicurah ke kerongkongnya (tekak), akibat daripada menggunakan mulutnya (kata-kata) untuk memaki dan menyakiti hati suaminya.

3. Perempuan yang digantung dengan buah dadanya dari balik punggung sedangkan air getah kayu zakum dituang ke kerongkongnya adalah perempuan yang menyusukan anak orang lain tanpa izin suaminya.

4. Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka kerana ia memperkenalkan dirinya kepada orang asing dan bersolek serta berhias supaya kecantikannya dilihat lelaki lain.

5. Perempuan yang digantung sambil kedua kakinya dan tangannya diikat ke ubun-ubunnya, disuakan ular dan kala jengking kepadanya; disebabkan ia boleh solat tetapi tidak mengerjakannya dan keluar dari rumahnya tanpa izin suaminya.

6. Perempuan yang memakan dagingnya sendiri dan di bawahnya dinyalakan api neraka; disebabkan tidak mahu mandi wajib daripada suci haid dan nifas.

7. Perempuan mukanya hitam dan memakan tali perutnya (ususnya) sendiri. kerana ia suka berhias untuk lelaki bukan suaminya dan suka membicakan keaiban dan mengumpat orang.

8. Perempuan yang telinga pekak dan matanya buta, diisikan ke dalam peti yang diperbuat daripada api neraka, darah dan otaknya keluar daripada lubang hidung, badan bau busuk kerana penyakit kulit, kusta dan sopak; adalah akibat daripada dia mampu mengerjakan solat dan puasa. Tetapi dia tidak mahu berwuduk dan tidak solat serta tidak mahu mandi wajib.

9. Perempuan yang kepalanya seperti babi, badannya seperti himar (keldai) dan mendapat berbagai kesengsaraan; disebabkan dia suka berbohong dan melaga-lagakan orang lain.

10. Perempuan yang rupanya seperti anjing, sementara kala dan ular masuk ke mulut, kemaluan dan duburnya. Malaikat memukulnya dengan corong api neraka; disebabkan dia suka membuat fitnah dan marah-marah serta membenci suaminya.

11. Kebanyakan ahli neraka adalah perempuan kerana mereka mengingkari suaminya dan mengkufurkan ihsannya serta mereka sering rasa tidak berpuas hati dan tidak cukup walaupun suaminya telah banyak berbuat baik kepadanya.

Berat sungguh wanita yang bergelar isteri..

Taubatlah dengan Allah tetapi kesalahan dengan sesama manusia terutama suami, 
mestilah datang mengadapnya dan meminta ampun darinya sebelum terlambat.

Redha Ilahi  Redha suami.


4 comments:

  1. Ya Allah, Auntie, beratnya, takut saya tanpa sedar melakukannya, terima kasih auntie, mintak share boleh.

    ReplyDelete
  2. Silakan..

    'SEBARKANLAH AJARANKU WALAU SATU AYAT PUN' (Sabda Rasulullah S.A.W)
    'Nescaya ALLAH S.W.T memperbaiki bagimu amalan-amalanmu..

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum,
    Memang mudah wanita masuk neraka, tapi....mudah juga untuk mereka masuk syurga kan?

    terpulang kepada kita nak pilih yang mana.

    ReplyDelete
  4. Salam Kak Nanie
    Terima kasih selalu ingat2kan.. kita ni selalu terleka

    Orang perempuan nak masuk syurga pun sangat senang... tapi sebab selalu lalai & leka tu yang penghuni neraka ramai orang perempuan...
    Semoga kita tak termasuk dalam golongan ahli neraka..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...