Followers

Tuesday, June 18, 2013

Pokok2 Kesayangan Ku

Mee Goreng bersotong utk sarapan
Ada yang minta resepi
bila nengok mee goreng dari n3 yang lepas

Mee Goreng Udang

katanya macam mana nak buat
mee goreng warna macam gitu
tapi alahai! malulah pula
sebab mee goreng auntie biasa2 aja

Auntie faham sebab mostly pembaca auntie
adalah golongan muda2, anak dara duduk merantau
belajar/ kerja didalam dan diluar negeri
Yang baru kawin, nak jamu suami tercinta



Mee Goreng Sotong

1. Setengah peket mee
2. Udang besar 10 ekor atau sotong 5 ekor
Auntie suka udang berkulit, sebab kemanisan
kulit udang boleh 'nyoyot' bila makan..hik3x
3. Sayur suka hati
auntie apa yang ada dalam peti sejuk
mee dalam gambar tu
sawi 2 pokok, karot 1 batang, kauliflower sikit dan kacang buncis 5 batang
auntie dan anak2 adalah penggemar sayur mayur,
uncle pula bila makan kuis2 sayur2 tu
Jika ada fish balls, fish cakes, silakan guna
4. Bawang merah 2 biji
5. Bawang besar 1 biji
6. Bawang putih 3 ulas
7. Cili kering 10 biji
Telur 2 biji
Blend no 4 hingga 7

Panaskan kuali
tuang minyak dan tumis bahan yang diblend tadi
masukkan 2 sudu sos tiram dan 2 sudu tomato
garam xyah, sebab mee dan sos2 dah bergaram
tapi kalau ada yang kaki makan masin buhlah sikit. hik3x
masukkan sotong/udang dan sayur2 tadi
goreng half cook (jgn lama) masukkanlah mee
buat bulatan tengah2, pecah telur,
bila nampak telur dah setengah masak
kacau sebatikan dengan mee, goreng sekejap dan
padam api
Done

Masakkan dalam kehidupan auntie yang simple2
aja, asal boleh makan, kena dengan selera, udah.
Alhamdulillah...

Dah bersarapan jengok pokok2 kesayangan dalam pasu pula
Pilihan pokok kalau yang berbunga
adalah warna putih yang wangi2, oren dan merah
dan pokok daun2 hijau
dan daun2 basic untuk memasak
limau perut, kunyit
kaduk, pandan, kari dan selasih
daun kesum dah berkali2 cuba tanam
mati selalu..entah kenapa?
Auntie suka pokok2 kesayangan auntie
sejuk mata memandang..
Kebanyakkan nama2 pokok, auntie tak tahu, hik3x













Ada ikan kecil yang bersuai 
dengan takungan kolam yang comel lote ni..hik3x


Abaikan dinding2 tu
nak raya nanti..boleh buat project cat mengecat..huhuhuhu




Asalnya sepasu selasih dan sepasu daun kari
tapi kini selasih meumpang hidup dipasu kari
Auntie biarkan aja..




Masak nasi auntie memang ambil daun pandan sehelai
dan bila nasi mendidih..awwww..wangi seisi rumah
tu yang buat selera nak makan sebelum waktu ..hik3x


Pandan

Hirisan daun kunyit auntie buat jemput2 tepung untuk minum petang
selain digunakan untuk masakkan
Wangi dan sedappp..

Daun Kunyit

Limau perut

Kaduk dan bunga melur



Ada pokok tumpang
Heran auntie,  boleh hidup dicelah2 batu pagar
memang tiada tanah disitu..
dengan izinNya hidup sampai berbuah..
Alhamdulillah..



Pokok Mengkudu

Hukum alam
Ulat dan siput akan memakan daun2 kegemarannya..
Patutkah dibunuh?
Beli racun (pesticide)? 

Auntie googles
untuk racun yang mengguna bahan2 pokok yang terdapat
disekeliling
Daun Neem, daun tembakau dan daun bunga kekwa
payahlah auntie nak dapatkan daun2 ni..

Lagi satu
Bawang, cili padi dan air diblend
Spray pada pokok2 untuk menghapuskan ulat2 tu..

Wah! guna cili padi? 
belum pernah pula auntie buat lagi..
nanti2 bolehlah auntie cuba spray pada 
Ulat yang dah mula naik bulu..
ulat2 tu akan terkedu bila kena spray cili padi..

Terima kasih pada En googles


30 comments:

  1. Assalamualaikum,
    Saya suka tanam pokok tapi...dlm pagar yg sempit ni tak banyak yg boleh tanam.

    -----> tengok mi goreng auntie, tetiba lapoooo

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusallam Warahmatullahi Wabarakatuh anyss,

      Tanam dalam pasu. Lapor? sian...hik3x


      Shin Chan Comel,

      Aduhai, kenapa komen tenggek kat sini, susah auntie nak reply sebab x teratur jadinya.

      hehehehe cubalah memasaknya.

      Delete
  2. Bestnya rumah auntie. macam-macam pokok ada. senang nak masak apa. Auntie apa khabar?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pokok2 basic jer utk terapi mata dan keperluan masak memasak.

      Alhamdulillah..kesihatan agak stable

      Delete
  3. Pagi ini saya 'dihidangkan' dengan mee goreng. Malangnya, mee itu tersangatlah pedasnya... :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hidangan, terlalu pedas dan masin memang potong selera dan mengecewakan.

      Delete
  4. assalam...lepas mkn mee yg enak ronda2 keliling rumah tengok taman yg indah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasallam,

      Haah..untuk kendurkan perut yang kekenyangan..hik3x

      Delete
  5. Untung la aunty, tanam pokok ape pun menjadi. Segar bugar. I ni beli pokok dh besar pun akhirnye mati. Mak ckp sbb tangan tak bedung. Haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, bila menanam dan mengeluarkan hasil, auntie happy sangat.

      hehehehe tak bedung masa kecik2 dulu?

      Delete
  6. Zar pun sjka tanam.pokok herba daun pokok masakan.. senang nak dapat anak pokok sbb kat opis banyak.. daun pandan mmg banyk gunanya .. kalau lps hujan mmg wangi sgt bau pandan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aahkan, pokok herba ditanam supaya senang nak masak apa aja.

      Daun pandan memang wangi sangat bila letak dalam boot kereta.

      Delete
  7. Nani,
    Ingat nak berkebunlah bila dah pencen betul betul...Alahai..tangan pula terpeleot.Dah hutan rimba kat belakang rumah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohhh..yea ker, tangan terpeleot, rehat dulu.
      Minta bantuan pada tangan2 yang sihat..hik3x

      Delete
  8. sy skrg pun da mula minta tanam pokok.asalnya beli kaktus dgn aloe vera.Kelas aloe vera pun siap nak beli sepasu rm15..Hjg bulan 6 ni floria di Putrajaya.Nak pegi serbu tgk mane2 pokok yg berkenan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hobby yg bagus, menanam pokok terapi mata dan minda.

      Ohhh auntie tak pernah pergi expo floria dimana2. Harapkan nursery ditaman auntie ajer.

      Delete
  9. Salam kak nanie..
    inilah yang org panggil 'green finger'..
    subur menghijau...
    cantik dan menyejukkan mata...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kembali Rahmah,

      Ermm...green fingers, Alhamdulillah, akak buatlah sikit2

      Delete
  10. teringin jugak nak bercucuk tanam...daun pandan,kari,kesum..tp rumah sempit..duduk flat.. :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wani, duduk flat susahlah sikit utk bercucuk tanam.

      Delete
  11. berkenan tengok mee goreng auntie. time kasih sudi kongsi resepi. kat pokok2 pun saya berkenan habis... sapau pun baru start tanam pokok dalam pasu.... nak ngetes tangan sajuk ker tak heheheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheheheh ngetes tangan?

      In Syaa Allah,
      hidup tanaman bila rajin menyiram, berbaja, cukup sinaran matahari.

      Delete
  12. assalam unti..

    rumah saya byk tanah kat luar pagar ..tpi sayang nya berbatu jdi susah pokok pokok nk hidup..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasallam zulaikha,

      Ohhhh..tanah berbatu, kena projek pelan2, mengeluarkan batu, buat petak berlubang dan gantikan dengan tanah berbaja, barulah tanam pokok2.

      Delete
  13. banyak nya pokok2 rumah auntie. auntie mesti tangan sejuk semua tanam menjadi je
    autie, tengok mee goreng udang tu lapo le. udang beso2 tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah lama auntie berhobi tanam pokok2 berpasu.
      Dulu2 lagilah banyak tapi sejak sakit auntie kurangkan bilangan.

      hehehehehe udang besar puas makan.

      Delete
  14. salam aunty, saya nak try resepi aunty mlm ni. tp saya takda cili kering, ada cili giling yg beli kat kedai.
    kalau ganti dgn cili giling, nak guna berapa sudu besar ya?

    tq aunty!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kembali narcissus,

      Cuh buh 3 sudu besar utk setengah peket mee

      Delete
  15. Menjadik betul tangan ... kalau saya tanam selalu pokok nak mati walau hari2 siram huhuhuu

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...