Followers

Monday, June 3, 2013

Menusuk Kalbu lagu2 Allahyarham Tan Sri PRamlee

Salam bahagia warga kota metropolitan,
Wah.. hari ni auntie jiwa rasa amat nyaman
dengan cuaca yang panas tapi tidak berbahang sangat elok jer berangin 
pokok2 bergoncang sebab tiupan angin yang melambai
terasa macam cuaca ditepi laut
Ohhh...Bali 
kepingin sangat auntie nak kesana  lagi...
tapi dengan keadaan kesihatan begini 
dah tak sama saperti dulu 
beg disandang, pakai fisherman cap 
auntie mampu berjalan berjam2 diKuta - Legion Street
dari awal hingga kehujung kedai
Sebelum balik ke Hotel di Seminyak
auntie cuci mata diPantai Kuta
dah dah dah..tetiba pulak teringat percutian disana

Kawan perempuan auntie semasa kerja 

dulu datang visit auntie last weekend
huhuhuhu dia ajak auntie bercuti diLondon
katanya tak yah sewa hotel
sebab dia ada family friend disana
mereka sangat alu2kan sapa2 saja yg mahu 
tinggal dirumahnya..
Auntie sambung sambil mengatakan pada dia
nani pun ada kawan diParis
ada 7 bilik dan swimming pool lagi
Aduhai..sungguh tempting utk percutian tapi 
auntie  kata
auntie masih takut untuk naik kapal terbang..
Jadi perbualan terhenti disitu saja..

Malam semalam anakku Pija dan suaminya datang..

membawa makanan untuk makan malam auntie sekeluarga
kiriman kawan dia yang auntie amat kenal


 Satu bekas chicken dan satu bekas lagi mutton


 Masakkan Nasi yang terbaik..


 Roti habatus sauda...


Grilled chicken


Gambar mutton? dimana?..
Uncle dah masuk dalam pinggan dia..Ishhhh

Auntie juga tak nyempat2 
auntie suruh Pija buka makanan di ruang tamu..
Ayol tolong ambilkan pingan dan sudu..
kami ngapp kat situ terus..Alhamdulillah

Pija dan Ben dah makan kata

Sedang auntie makan tu, dia buka account facebook dia
tunjuk gambar cucu auntie yang terbaru dan 
menantu dan besan yang 'kering hati' tu..
menyambut hari jadi gf adik zeity

Auntie pun tengoklah..
Perasaan auntie  dan family tenang, kami tidak menangis..
Kami redha..sebab sudah ketentuanNya begitu
Anak auntie di sisir sebab tidak mahu mengikut telunjuk dan syarat2
yang dikenakan padanya.
"Balik macam biasa2 hujung minggu,
sebulan sekali pun tak per tapi tak boleh bawak tinggal di KL..."
Itulah kata2 ibu dan bapa mertuanya
masih tergiang2 lagi..

Bila nengok gambar2 mereka
Dalam hati auntie berkata2..

Allah SWT itu Maha Adil..
If it’s not now then it will be in the Hereafter 
(Kalaupun tidak sekarang, maka masih ada nanti di akhirat). 
Auntie tidak mahu terlibat dalam permainan kehidupan keji di dunia. 
Walaupun dianggap mengalah di dunia, kami berharap segala usaha yang bersih  
kami tidak menyebabkan kekalahan di akhirat. 
Kemenangan di akhirat yang jauh lebih menyenangkan dari kemenangan didunia
yang penuh dengan dusta dan hina.

Anak auntie teruskan kehidupannya..
Tidak mahu lara2 dan sedih2 lagi..sudah 8 bulan berlalu

Hujung minggu lalu dia ke konsert Jamal Abdillah
yang mendendangkan 30 lagu2 Allahyarham Tan Sri PRamlee

Tiket utk berdua



Kemain lagi dia bersiap utk kekonsert tu
Minyak wangi Dunhill semerbak harum diruang tamu tu..
Auntie mintak nak ambil gambar dia
sebelum dia keluar..hik3x





Ayol balik rumah dari konsert tu pukul 12:30 pagi
salin pakaian dan bercerita pada auntie dan uncle

Mama PRamlee tuh
tinggi ker agamanya?
Lirik lagu dan melodi banyak membawa
pengertian yang mendalam..
Lagu2 Arwah lain pada yang lain..tanya Ayol pada auntie

Auntie jawab pertanyaan itu tapi
auntie tidak mahu kongsi sini

Kata Ayol lagi
Bila Jamal Menyanyikan lagu..
Tolong kami,Bantu kami..
Anak auntie kata dia berghenang airmata
sungguh menusuk kalbu
sebab suara Jamal Abdillah bila dia 'tarik'..
meremang bulu roma..



Yealah..
Lagu dan lirik yang baik dan nyanyian pula dari suara yang unik
sudah tentulah terbaik..kata auntie

Mama...Anak2 Yatim Piatu adalah anak2 yang tidak berayah dan beribu
sudah tentu mereka ketandusan kasih dan sayang kata Ayol

Mama... kalau buat isteri anak yatim piatu, mesti mereka sayang
pada mama dan papa..dan tiada masaalah
dari mertua...Zero kata Ayol

Sedih pulak auntie dengar kata2 Ayol
Sampai gitu sekali dia terfikir, hendakkan isteri dia
berkasih sayang dengan auntie dan uncle..

Ermmm....auntie hanya berdoa pada Allah SWT agar
dia dapat apa yang diingini dalam perkahwinannya nanti..
Aaminn






20 comments:

  1. saya pun terfikir p ramlee beragama ke tidak...

    adooi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Arwah Islam, disemadikan di perkuburan Islam.

      Delete
  2. Sebagai ibu kita mendoakan yang terbaik buat anak2 ye untie. Moga pada pengakhirannya akan ada bahagia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, sebagai ibu mesti tahu membimbing anak kejalan dunia dan akhirat bukan hanya kerana kepentingan diri, bukan kerana adat org tua2 tetapi hukum Allah.

      Delete
  3. seronok baca blog auntie..
    sy doakan auntie sekeluarga beroleh kebahagian dunia dan akhirat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima Kasih yea Ayu atas doa utk auntie sekeluarga

      Delete
  4. Assalamualaikum,
    teringin juga nak tgk konsert tu, tp tgh bz sensangat skrg.

    mudah-mudahan anak auntie jumpa seseorang yg lebih tahu tgjwb sebagai isteri. insha allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam anyss,

      Mungkin masih ada lagi season 2 nanti konsert tu..hik3x

      Begitulah harapan auntie dan uncle utk Ayol, dpt isteri yang mencintai dan menyayanginya, berkorban bersenang2 dan bersusah2 dalam alam rumahtangga.

      Delete
  5. dalam rumah saya ni auntie tak taulah berapa kali cerita p.ramlee dlm seminggu.suami saya peminat fanatik.malah anak saya yg kecik tu pun boleh melangut cerita p.ramlee ni...tunggu sampai habis...tengah2 malam pun dia sanggup.

    p/s:....moga kebahagiaan bakal menjelma utk anak bujang auntie.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehehe samalah ieda,

      Umah auntie pun gitulah, anak auntie yang no 2 asyiklah citer pramlee black & white tu. Bila auntie tanya dah berapa kali nengok citer tuh, jawapan dia
      80 ribu kali dah..hik3x

      InSyaaAllah..mohon pada Allah keperitan akan beralih kepada kemanisan kebahagian. Aamiin

      Delete
  6. assalamualaikum, auntie.

    betul, auntie. tempat isteri haruslah di sisi suami. kena patuh kepada suami dulu, barulah ibu bapa yang seterusnya, as long bukan perkara kemungkaran. semoga dibukakan pintu hati mereka. auntie sekeluarga be strong, ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam Warahmatullahi Wabarakatuh wani,

      Emmm..auntie sangka semua parents tahu hukum hakam bila anak perempuan mereka sudah berkahwin, rupa2nya ada juga yang alpa dan lalai.
      Tak takut lansung pada Allah SWT bersikap begitu.

      Delete
  7. Salam aunty...
    Nasi arab n roti n ayam nmpk sgt lazat huiiyoooo...
    Errr yg keduanye.. nk tauuuu apa jwpn aunty pd ayol...
    Ketiga... moga besan aunty terbuka mata ati utk berikan hak ayol yg sepatutnya... insyaallah..
    Yg keempat.. keep on writing yee.. tetiap ari tunggu entry aunty hihihi love it sooo muchiee...
    Yg kelima.. take care!

    Itu je hehehe babaiiiiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kembali kissz,

      hehehehe jawapan auntie pada Ayol, atas permintaan kissz, auntie terangkan secara ringkas disini.
      Kemahiran dan bakat, adalah anugerah dari Allah SWT.
      Ketika dialam roh yakni sebelum lahir lagi, kehidupan telah direncanakan disana. Rezeki, Jodoh, Ajal dan Maut kesemua adalah atas KehendakNya.

      TQ kissz, InsyaaAllah dengan izinNya, auntie akan terus menulis..

      Delete
  8. salam auntie...

    nak berkenalan dengan anak auntie boleh ? (kalau sudi ler) masih available lagi ker ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kembali nAz,

      hehehehehe nAz orang melaka ker? sebab ada ejaan 'ler'.

      Ehhh..orang lelaki ada quota 4, so masih ada tiga kekosongan lagi..hik3x (auntie bergurau ajer ni)
      Kata anak auntie, apa2 pun dia nak masaalahnya selesai dulu.

      Delete
  9. Aunty,

    sedapnyaaaaa !

    kesian i rasa pada menantu aunty sebab hidup dalam dosa setiap hari. Maaf i cakap mcm nih aunty. Dia taat pada ibu bapa sangat bagus....tapi apabila dia berkahwin, sepatutnya suami yang dia harus taati dan parents kemudian. Itu hukum Allah. bukan buatan manusia!

    dan i simpati pada parents menantu aunty kerana jahil. dan bila jahil, diheret sama anak perempuannya. Kenapalah sampai mcm itu?

    Pada ayol, sabar. Allah uji sebab sayang. Insyallah ada hikmah disebalik semua yang berlaku. Tanggungjawab anak lelaki ada ibunya, kemudian isterinya. Jadi apa yang ayol lakukan sekarang adalah betul.

    Kita doakan semoga kedua mertua ayol dibukakan hati mereka agar sedar akan kesalahan yang mereka lakukan. Insyallah.

    Maaf aunty jika apa yg i cakap diatas kedengaran kasar. Take care.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ermmm...gitulah seorang wanita yang bergelar isteri perlu bertindak, mengikut garisan2 yang telah Allah SWT tetapkan.
      Di sebabkan desakkan dari ibu bapanya membuatkannya hilang pertimbangan..

      Petikkan Ayat dari ummisara

      "i simpati pada parents menantu aunty kerana jahil. dan bila jahil, diheret sama anak perempuannya. Kenapalah sampai mcm itu?"

      Auntie terfikir juga pada mula masaalah anak auntie ini berlaku, mereka sayang anak sampai sanggup heret anak melakukan perkara2 yang dilaknati Allah..Nauzubillah.

      Itu yang Ayol tunggu supaya mereka diberi hidayah kejalan yang benar.

      Apa yang ummisara cakap adalah perkara2 yang betul, tidak berunsur kekasaran lansung..
      Ummisara matang dengan ilmu syariat Allah..
      Alhamdulillah

      Delete
  10. Ujian masing-masing kan Aunty..??

    malah kesenangan hidup pon satu ujian..bagi mereka yg sedar..

    Moga kita semua sentiasa mendapat hidayah dan rahmah dari Allah..

    sabar ya aunty dan keluarga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yesss Fatonah,

      Ujian berbagai bentuk dari Allah, senang atau susah.
      Yang utama ialah sentiasa 'ingat' Allah segala2nya.


      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...