Followers

Friday, June 14, 2013

Menuju KeGerbang Ketaqwaan


Mustahil seseorang manusia itu mencecah kaki kegerbang ketaqwaan 
tanpa mempunyai kesabaran yang tinggi. 



Sabar adalah menahan diri daripada sesuatu yang sukar. 
Sabar terpuji yang dituntut oleh Islam ialah
Sabar dalam mentaati Allah SWT, 
Sabar dalam meninggalkan larangan-Nya serta 
Sabar dalam musibah yang ditakdirkan.

Ayat al-Quran berbicara mengenai sabar.

Antaranya, Allah SWT berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 155 yang bermaksud:

Dan sesungguhnya akan Kami berikan cubaan kepadamu dengan sedikit ketakutan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. (Iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan, Inna lillahi wa inna ilaihi raaji’un (sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepada-Nya kami kembali). Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhannya dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk.

Ucapan inna lillahi wa inna ilaihi raaji’un 
adalah ucapan istirja’ ketika ditimpa musibah.




Sesungguhnya sabar di atas musibah menjanjikan penghapusan dosa

Rasulullah s.a.w mengingatkan kita tentang hakikat ujian dan musibah yang melanda hidup kita bahawa ia sebenarnya adalah suatu proses pembersihan dosa-dosa kita yang disusun indah oleh Allah SWT. 

Kita perlu menyedari hakikat ini untuk kuat menghadapi segala musibah dengan sabar dan redha.

Hadis daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda : 

"Tiada seorang mukmin yang ditimpa musibah, samada kepayahan, penyakit, kebimbangan, kesedihan, kesakitan mahupun dukacita sehingga duri yang dipijaknya melainkan semua itu pasti akan menjadi sebab Allah menghapuskan dosa-dosanya".  (Riwayat Ahmad)


Kita selalu mendengar dan membaca kata-kata ini, 

“Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat, kita menangis dan tertanya-tanya ke mana hilangnya sinar itu, rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi.”








Rasulullah SAW bersabda : 

“Siapa yang mengucapkan 

La Haula Wala Quwwata illa billahi, 

maka ia akan menjadi ubat kepada 99 penyakit. 
Yang paling ringan adalah kebimbangan”. 
(Hadis Riwayat Tabrani)



8 comments:

  1. Assalamualaikum Aunty

    Insyaallah
    kita semua antara orang2 yg sabar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusallam Warahmatullahi Wabarakatuh atuk,

      Mudah2an

      Delete
  2. Alhamdullilah auntie, terima kasih mengingatkan kami.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2 kasih dan sama2 ingat mengingati Ai

      Delete
  3. Replies
    1. Salam kembali brutal solo,

      sama2 thankQ

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...