Followers

Thursday, June 13, 2013

Majlis Perkahwinan Nurul Izza Safar

Sambung cerita perkahwinan anak buah auntie
Nurul Izza Safar (wartawan melodi)

Auntie tidur nyenyak bangun subuh Sabtu
dengan tenang dan solat.
Bersarapan Roti Canai dan air nescafe
Roti Canai telur 15 keping dan nescafe 7 bungkus
Yang dibeli oleh menantu (suami Peej).
Lama benar dia pergi dengan Ayol mencari
kedai mapley kat Bukit Katil, lebih sejam lamanya..
katanya banyak restaurant tapi tutup, nasib ada kedai
yang buka. Alhamdulillah

Pinggan mangkok yang auntie basuh tu dipakai
dan hidang diatas meja
Kami bersarapan anak beranak
Alhamdulillah..

Dalam hati terkenang cucu dan menantu sebab auntie
dah ada di Melaka, menyuarakan pada Ayol pergilah
ambil isteri dan anak kau tapi  Ayol menjawab
"apakan daya mama, orang tak kan mahu 
saperti pepatah 'hidung tak mancung, pipi tersorong2'
baik tak payahlah, buat sakit hati..biarlah"
Jadi kami matikan hasrat.
Kehidupan diteruskan walaupun pahit melanda
amanah Allah dipegang kuat2..Redha

Pija ada bawa iron tapi diHomeStay tu 
tiada ironing board, jadi auntie clearkan
meja makan, alaskan towel dan kain pelikat
auntie iron semua sampin dan baju anak2 dan menantu
last barulah baju auntie dan selendang.
(kena bulilah tu..hik3x)

Mandi2 dan bersiap.
Auntie sampai kemajlis tu masa kemuncak
pukul 1:30 tengahari..memang ramai..
Jom layan gambar2..






Meja kudapan
Kelisin jeruk2 dalam mangkok2 
Tin Biskut tu auntie suka sebab dah diplated silver

Biskut gula icing pun dah separuh tin jalan dalam tin biskut tu..hik3x



Meja recepsi
Buku Pelawat yang tak sempat auntie tinggalkan jejak..huhuhuhu

Auntie tak naik ke dalam rumah lansung pada majlis tu
bila sampai disitu auntie hanya duduk di bawah khemah
tak larat lansung..

Anak2 dan uncle yang naik keatas mengambil gambar2




Ibu Pengantin Perempuan bertudung hijau pucuk pisang






Crew Melodi TV3 - Sebelah kiri Nurul Izza tu adalah ketua departmentnya


Auntie dibawah khemah sepanjang masa
panas terik, auntie keletihan tapi masih mengukir senyuman
bila berjumpa sedara mara uncle







masing2 berkata mata hitam, 
auntie pun keluarkan spec mata hitam auntie tapi....


Entah masa bila screw satu tercabut..
boleh repair ke idak brand Gucci? 
Hadiah dari uncle

Makanan Hidangan
Nasi Minyak
Rendang Ayam
Daging Kerutup
Acar Mentah
Dal
Air Oren & Mineral


Sedap masakkannya..Alhamdulillah


Manisan
Tapai dan buah Oren





Centre Piece disetiap meja

Auntie difahamkan Rumah Melaka tidak membenar katering dari luar
so makanan2 diatas adalah inhouse katering
Rm 16 sekepala without hot drinks
tapi rezeki Nurul Izza amat murah
ada lori Kopi Jantan buat promosi disitu
Alhamdulillah

Ada hot and cold




Tak pernah auntie minum Kopi Jantan sebelum ni
walaupun auntie betina auntie minum 3 cawan yang panas
sebab sedapppppp..hik3x
Takut auntie mencakar rimau..malam nanti..hahahahaha



Adat Melayu membuka kasut bila naik kerumah
Masih dipraktikkan dimajlis ini...
sebab bertangga kot..boleh aja pakai kasut kedalam rasanya

Auntie dan uncle diajak utk merenjis
Uncle saja yang pergi, auntie tetap melekat dibawah khemah
menikmati Kopi Jantan..hik3



Pengantin turun bermesra dengan para tetamu

Cantik betul baju pengantin yang ditempahnya dari Tessa
Pilihan warna dan kain with minimum beading..lovely

Alhamdulillah, sempat auntie bergambar sebelum balik..

Sebenarnya auntie dah tak payah bawa handbag, 
kesian uncle yg kena usung sejak auntie sakit

Ishhh..tudung auntie pun dah senget benget

Meja door gifts

Bunga Pahar Pengantin Perempuan - Telur rebus


Bunga Pahar Pengantin Lelaki - Telur Pindang

Dua Macam Door Gifts 

Beg kecil - Tin berisi gula2 dan sapu tangan


Beg besar - Towel muka, Mug yg berisi Marshmallow

Ahamdulillah...
majlis selesai dengan meriah 

Doa buat anak buahku Nurul Izza

Baarak-allaahu laka, wa baaraka ‛alayka, wa jama‛a baynakumaa fee khayr






21 comments:

  1. Salam Auntie,
    muka peej ngan izza dah macam kembar pulak...ada iras2

    ReplyDelete
    Replies
    1. menantu auntie kan yang tinggiii tu?? pemain basketball ke?


      New Entry "Percutian ke Hong Kong - Macau Day 5 Part 5"

      Delete
    2. Satu rumpun Miss Jazzy sudah tentu ada iras2..hik3x


      Shin Chan Comel, hehehehehe betul, menantu auntie menggalah kemain tinggi, tapi idaklah pula jadi pemain basketball, jika di US possible..hik3x

      Delete
  2. majlis perkahwinan yang meriah diiringi ucapan selamat, semoga semua doa dimakbulkan Allah & pengantin kekal bahagia sehingga ke hujung nyawa, Aminnn.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima Kasih SKTJ atas ucapan dan doa diatas. Aamiin

      Delete
  3. sian auntie smpi senget benget tudung tu..hikhik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aaah..panas, letih membuat auntie comot..hik3x

      Delete
  4. Semoga berpanjangan jodoh mereka dan berbahagia hingga ke syurga. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima Kasih Kakcik atas doa tersebut

      Delete
  5. Amin, semoga keberkatan dalam rumahtangga mereka..

    Anty pon take care ya... :)

    ReplyDelete
  6. Pengantinnya nampak simple tapi berseri2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betu JunAina, memang Nurul Izza simple tapi cantik sebagai pengantin hari tu

      Delete
  7. Bestnye tengok majlis tu. Makan pon mesti sodap ( ni orang puasa la ni duk menaip). Yang paling menarik saya tengok Kopi Jantan tu. Alangkah bestnye dapat kopi o panas time2 ni. Astaghfirullah. Dugaan puasa kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehhe bawa bertenan Dils,

      Nikmat berpuasa adalah ketika saat berbuka.
      Selamat berpuasa. Alhamdulillah

      Delete
  8. oh dia ni ke?
    slmt pengantin baru,moga bahagia hingga ke syurga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima Kasik Irfa atas ucapan dan doa utk anak buah auntie.

      Delete
  9. salam auntie
    selalu tengok iza ni dlm melodi
    anak sedara auntie rupanya.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kembali muis,

      Aah, anak kakak uncle

      Delete
  10. Salam MM,

    Meriah majlis perkahwinan anak saudara MM ni. Semoga pengantin bahagia ke akhir hayat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kembali MLKK,

      Terima Kasih atas doa utk anak buah nani

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...