Followers

Wednesday, June 19, 2013

Duit mana boleh duduk diam2 kan?


Tukar Kipas dua biji,
Satu dah berbunyi bising bila berputar
Yang kedua pula, berputar tapi tak ada angin

Memang dah patut diganti..sebab
bill elektrik..kus semangat bila dua2
bilik tu pasang aircon setiap malam.
Memang sedap tidur,  bil datang hujung bulan
terkejut Rm500++??
dan bila nak bayar senak perut..



Brand KDK dah berumur 20++ tahun
Abaikan habuk2 tu..hik3x


Duit mana boleh duduk diam2 kan?



Pandai terbang..hik3x


Panggil electrician kebiasaan kami
suruh bawak 2 kipas dan pasang
Alhamdulillah..

Aircon jika perlu saja, yea anak2..






22 comments:

  1. skarang ni da start panas sangat auntie. da nak puasa kan... boleh ke tengok je ekon tu..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah pasal, dah ada ekon tak kan tengok jer kan? Pasang dan set timer, subuh off.

      Delete
  2. Salam auntie..sejak bulan lepas pon kerap saya guna aircon..kalau x, xdpt tdo..anak pon siap basah bantal dia berpeluh..tp bil sakit jugak laaa nak bayar..hohoh..anyway brand KDK mmg terbaik..brg lama jugak yg tahan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kembali Wani,

      Betul, bantai sampai lembab peluh jika x pasang aircond.
      Bil auntie tinggi sebab ada 5 aircon..huhuhuhu
      Ruang tamu dan masterbedroom power 1.5, aduhai memang tinggilah bil.
      Sayang duit.
      Haah, barang lama boleh pertahan sampai 20 tahun, memang berbaloi

      Delete
  3. Salam Auntie,

    lama pB tak berjalan jalan melawat blog blog kawan kawan.
    Sejak dua menjak ni sibuk. Sibuk dengan kerja baru.

    pB doakan Auntie dan Uncle sihat walafiat sokmo.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kembali pB,

      Tulah, auntie perasan dah lama x tinggal jejak, sibuk rupanya.

      Terima kasih atas doa utk auntie dan uncle.

      Delete
  4. Cuaca panas skrg ni auntie. Dah dekat ramadhan agaknya .. kami kat rumah oun kalau weekend curi curi psg ekon kat hall

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang betul, cuaca amat panas.
      Air sinki pun panas macam pasang water heater, berwudhuk terasa air tu panas.

      Haah, hingga kat hall pun kena pasang aircon sebab berbahang.

      Delete
  5. assalamualaiku, auntie.

    sekarang mmg cuaca bahang sangat. kalau everyday tak bukak aircond, tak sah. kipas tidak memadai.. hihi. tapi tu la, jenuh nak membayar bil.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusallam Warahmatullahi Wabarakatuh wani,

      Betul, kipas siling, kipas berdiri + aircon kat living hall auntie..
      Ishhh...macam orang gila angin gayanya...hik3x

      Delete
  6. Musim panas ni mmg ekon sangat perlu
    Rimas tak pasang
    Kipas tak ckp sejuk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Rahmah,

      Tengok tv berpeluh2..
      Mandi sampai 5 kali sehari bila nak solat.
      Memang kipas x memadai utk lawan angin bahang

      Delete
  7. sekarang memang panas auntie. bila bukak aircond, tak sah tak cecah 2-3 ratus bil rumah saya tu. nasib baik 2 je aircond. kalau 1 bilik 1, memang terkentut nak bayar huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehehe auntie kata senak bila nak bayar bill,
      sebab segan nak mention terkentut2..
      tapi bila senak, memang keluar angin kentut2lah..hahaha

      Delete
  8. aduhhh..senak nak bayo bil 5oo lebih....aduhh auntie..tolong...heheh~

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehe tulah pasal, sayang duit tu dah lah raya nak pakai duit lebih.

      Delete
  9. erkk.. skarang musim jerebu camne aunty?? dlm umah pakai kipas pon panas sgt tuh.. huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, bahang, tak ada makna pakai kipas siling dan berdiri, masih x cukup, nak tidur pasang aircon baru nyenyak.

      Delete
  10. Duit saya singgah pun tidak... macam mana nak duduk diam-diam?

    huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena rancang utk duit singgah, jom fikirkan cari duit lebih utk Raya nanti..hik3

      Delete
  11. Salam kak nanie

    Zaman maju.. duit pun ada enjin turbo.. Laju ja terbang...
    Klu dulu RM500 cukup makan sebulan, la ni banyak tu setakat bil letrik ja...

    Barang lama memang durable... Dulu2 tokeh2 tak pandai sangat, depa buat brg tahan lama.. La ni baru sedaq, buat barang cepat rosak, cepat la orang beli baru nak ganti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kembali makchaq,

      Bil letrik rm500 tu sebab xpandai jimat, membazir, kipas dan lampu tak ditutup bila tinggalkan bilik.

      Haahlah, barang dulu2 memang durable.

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...