Followers

Monday, June 17, 2013

Cucu Ke Pusara Arwah Atok Abah & Arwah Mak Tok

Hari Sabtu hari Pasar Tani
Membeli ikan dan sayur
Kali ini auntie kesitu awal, pukul 7:30 pagi
Beli apa yang patut utk peti sejuk
dan sarapan.


Utk bertiga


Nasi Ambeng 

Auntie teringin makan nasi ambeng
mengalahkan orang jawa pulak hik3x
Last makan Nasi Ambeng bulan puasa tahun sudah
Alhamdulillah..sedap nasi ambeng ni
hanya 3 henggit saja tanpa ayam atau daging..


Pulut Kuning dan rendang daging

Pulut Kuning kegemaran uncle
Rendang pedas tapi ada juga sedikit rasa gula
me not loike
rm5 henggit saja sebekas

Selepas sarapan pukul 9:30 pagi auntie dan anak auntie 
melawat pusara arwah abah dan arwah mak auntie
ditanah perkuburan Danau Kota Setapak.
Uncle,  auntie suruh rehat dirumah, kesian nampak
dia tak berapa sihat kebelakangan ni..banyak tidur.

Menziarah kekuburan, salah satu sebab ialah untuk menginsafi diri 
dan untuk mengingatkan diri betapa satu hari nanti, kita akan ke situ juga

Ziarah pusara juga mendatangkan rahmat kepada arwah yang meninggal dunia.






Disunatkan : 

memberi salam samada dalam keadaan berdiri atau duduk.

berwudhuk dan membaca Al-Quran dan sebaik2nya dalam keadaan duduk. 

Kemudian terus berdoa kepada arwah sekalipun tidak mengangkat tangan.



Dua tempat  duduk yang tersedia ada utk membaca Yassin


Menaburkan hirisan daun pandan



Memakai pakaian yang bersesuaian dan menutup aurat.




Sesudah selesai dipusara arwah abah
kami naik kereta semula utk pergi kepusara arwah mak pula
Walaupun ditanah perkuburan yang sama tapi jauh untuk meredah
dipenghujung tanah perkuburan.

Kedua2 pusara arwah hampir dengan pintu pagar.
Jadi auntie tak perlu berjalan jauh.













Alfatihah
Semoga kedua2 arwah ditempatkan bersama orang2 yang beriman. 
Aamiin




14 comments:

  1. alfatihah utk mereka yg telah kembali ke alam abadi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima Kasih Irfa,

      Sama2lah kita fatihah yang sudah kembali terlebih dahulu

      Delete
  2. ooo...

    sempena nak puasa la ni...

    ReplyDelete
  3. sejuk je tengok Ayol, tetiba terdetik di hati, apa yang kurang lagi,sehingga di lakukan begitu terhadap dia.

    Assalam..
    Ujian kan auntie,moga ada rahmat di sebaliknya, saya hanya dapat mengunjungi kubur arwah ayah saya setahun sekali atau dua, sebab duduk di utara,kubur ayah di selatan.

    hanya doa dan Al-fatihah yang diberkalkan kepadanya.

    Semoga roh di cucuri rahmat.

    amin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ermmm...tak mengapalah, dah rencanaNya gitu.

      Wassalam Capt Lalok,
      tak mengapa, walaupun x dapat mengunjungi pusara, dibacakan doa dan sedekahkan Alfatihah setiap kali selepas solat sudah memadai.

      Aamiin.


      Delete
  4. Al-Fatihah. Semoga ditempatkan bersama orang-orang yang beriman...Amin..

    New Entry "Percutian ke Hong Kong - Macau Day 6 Part 1 (Macau Outer Harbour Ferry Terminal) "

    ReplyDelete
  5. Al Fatihah buat kedua-dua arwah..

    auntie pulut rendang dgn nasi ambeng mmg fav sayaaaa...adoi kecur air liur ni...

    harap2 tahun ni ada jual kat bazaar..hrp2 dpt mkn before beranak...nyamm... ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima Kasih Wani,

      Ins Syaa Allah ada dijual dipasar ramadhan nanti.

      Delete
  6. alhamdulillah... mmg itu kan auntie harapan ibu ayah.. nak anak2 soleh.. Suya pun selalu kalau balik klatey mmg akan g mlwat pusara arwah ayah.. g bca yasin etc..rindu membuak2 setiap kali pun singgah ke pusara..pasti terlukis semua yg pernah kami lalui bersama-sama.. Ya allah, moga mereka ditempatkan di kalangan muslim yang dikasihi Ilahi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul suya,

      Rindu pada arwah ayah atau ibu membuak2 tapi kita meredhai akan kembalinya mereka dengan pencipta.

      Aamin atas doa utk mereka yang dah kembali dulu.

      Delete
  7. Semoga roh mereka ditempatkan dikalangan orang2 beriman...
    Harap abang bob kembali sihat nak sambut ramadhan nanti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin.

      Betul, ramadhan dah hampir, moga diberi kesihatan yang baik utk menunaikan amanah Allah SWT pada ramadhan nanti.

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...