Followers

Tuesday, June 11, 2013

Baru Terhegeh2 Nak Citer Pernikahan Anak Buah

Citer dah tiga minggu yang lalu
baru auntie terhegeh2 nak citer..
kebelakangan ni, tiada hati utk berblog
entahlah kenapa rasa begitu..

Blog memang ramai yang membaca
tapi respond dari pembaca? memang hancuss
Ramai yang prefer jadi silent reader
walaubagaimana pun, auntie amat2
ceria dan ucapkan ribuan terima kasih bila ada yang sudi tinggal komen
sudi berinteraksi dan mendoakan kesihatan auntie
rasa tidaklah bercakap sorang2 dan meluah  kat sini..hik3x

Jom flashback pada 24/5/2013
Selepas solat Jumaat
Uncle, Ayol dan auntie
bergerak ke Melaka.
Anak2 yang lain gerak dengan kereta Noy..


P G drive all the way





Perjalanan meletihkan auntie
sebab highway banyak sangat kenderaan tapi tak jem
hanya slow flowing.
Ishhh...empat jam baru sampai
ke destinasi Home Stay yang uncle booking.


Kat Bukit Katil
Taman yang masih baru diduduki


Tertera harga sewa
RM250 semalam
Kami sewa 2 malam







Fully Airconditioned, tiga bilik tidur dan dua bilik air
Fully furnished, ruang tamu, sofa, tv dan tempat kasut

Ruang Tamu

ruang makan ada meja makan
didapur pula ada fridge, kettle dan dapur gas
Towel mandi pun ada disetiap bilik,
Katil dan tilam yang tebal, bedsheet dan pillowcase
semuanya putih, selimut berquality
Pingan mangkok dan segala sudu semua ada
masih dalam kotak
auntie buka dan basuh kesemua pinggan mangkok tu

Ini hasil mr googles
design yang sama macam dirumah HomeStay tu

Kiranya amat2lah selesa bermalam disitu..
Alhamdulillah

Sempat pula uncle bergambar depan HomeStay malam tu
cuma tanpa songkok 


Kami menyewa disini sebab dekat ditempat majlis

Majlis nikah Nurul Izza Safar (wartawan Melodi)
dia adalah anak buah kami, anak kakak uncle.
Satu2nya puteri dalam keluarganya.

Mereka buat majlis di Rumah Melaka
untuk kedua2 majlis, nikah pada malam Jumaat
dan majlis perkahwinan keesokkan hari Sabtu siang.




Good choice.
Cantik kawasannya, inhouse parking dan landskap pun cantik.
Rumah Melaka fully air conditioned.

Majlis nikah malam tuh lepas Isyak
Walaupun Home Stay kami hanya 5 minit dari Rumah Melaka,
kami beredar lepas maghrib sebab risaukan 'sangkut'
dalam perjalanan sebab ada perhimpunan 'Blackout'
betul2 depan Rumah Melaka malam tu.
Punyalah sesak dengan gerai2 instant,
jualan makanan dan minuman
barang2 pakaian, baju dan mainan kanak2.. dan macam2 lagi lah

Alhamdulillah..kawasan Rumah Melaka tertutup utk para
perhimpunan masuk parking.
Ada auntie dengar cerita penganjur perhimpunan minta
kebenaran utk berparking disitu tapi di tolak oleh
urusetia Rumah Melaka.
Kalau tidak memang menyusahkan.

Uncle dan Ayol sibuk membetulkan sampin
Auntie bertongkat sorang2 sebab tak sabar
nak jumpa pengantin dan mak pengantin
tapi terhenti di depan tangga..hik3x



 bertangga? Berapa mata tangga? pelan2lah naik kata2 pujuk hati kecil ku

Penat dalam perjalanan yang memakan masa 4jam 
berjuntai kaki dalam kereta membuatkan kaki auntie kejang,
bertongkatlah malam tuh

Sempat juga uncle ambil gambar khemah dan sekeliling






Uncle bertanya dimanakah pengantin
pada salah seorang kamera man disitu
katanya sedang mekap lalu dia tunjukkan
biliknya...






Makeup dan baju2 majlis ditempah 
oleh anak buah auntie dengan dua beradik ni dari KLumpur, 
Yang sama makeupkan menantu auntie dan Pija dulu



Bilik agak gelap, auntie kata kat Pija pasal tak pasang lampu2 yang lain?
Kata mereka tak jumpa suis..Ishhh, auntie kata tolong cari sampai dapat
pada salah seorang kamera man
Jumpa pun panel suis..
legalah sikit dan terang,  baru nampak batang hidung dan wajah masing2 dengan jelas..hik3x

Uncle snap hantaran2 yang tersusun di atas meja
9 dulang hantaran dari sebelah perempuan












Selepas tu sessi auntie pula nak bergambar buat kenangan

Puteri2 auntie Pija dan Noy



Auntie terperasan
apa hal uncle bergambar tanpa songkok?
Ermm...resnap okay..pakai songkok please..kata auntie


Muka ketat kenapa?

Alhamdulillah..tersenyum dua2



Entahlah kamera man asyik fokus nak ambil gambar auntie dan uncle
punyalah banyak..
Auntie rasa ada udang disebalik batu..
bila melihat puteri bungsu auntie malam tu..hik3x


Dua abang kuat jadi pemerhati adiknya..hik3x



Baju Pembawa Dulang ditaja oleh pengantin, upah jahit, sendiri2 lohhh..









Auntie minta uncle tolong snapkan gambar kasut pengantin utk malam tuh

 Auntie tindihkan kasut macam tu
Ada seni sikit..hik3x


Jambangan bunga hidup utk dipegang oleh pengantin malam tuh


Aunte ajak uncle untuk kedepan pelamin sebelum majlis dimulakan

Simple dan menarik


Para tetamu dah mula datang memenuhi ruang pelamin

Auntie duduk dibangku panjang barisan belakang


Kadi dan saksi2 majlis pun dah sampai


Dah nak bermula akad nikah


Pengantin perempuan dah tersimpuh atas pelamin
Pangkin kiri tu hantaran2 dari pihak pengantin lelaki


Ayah Pengantin Perempuan dipanggil duduk utk 
mewalikan dan menikahkan
puterinya


Membaca doa setelah selesai pernikahan


Ibu Pengantin Perempuan pula dipanggil oleh Kadi ke Pelamin


Ibu Ayah Pengantin Perempuan dikehendaki membaca Lafaz Sakinah 
"lafaz Penyerahan" bila anak perempuan bernikah
Setahu auntie memang wajibkan diNegeri Melaka dan Johor sahaja



Lafaz Sakinah oleh Ibu Pengantin Perempuan
yang disaksikan oleh para tetamu dan juga keluarga
pihak pengantin lelaki.


Bila dibaca disaksikan oleh para tetamu dan juga keluarga
pihak pengantin lelaki.


Kedua Ibu Bapa selesai membaca dan terukirlah wajah sedih mereka


Auntie bersedih ketika itu sebab majlis pernikahan anak auntie dulu, kedua2 besan membaca 
Lafas Sakinah tapi mereka ingkar akan perjanjian tersebut..
Nauzubillah


Wajah seorang gadis yang sudah bergelar Isteri
Gembira dan Bersedih dimasa yang sama
Auntie terharu sebab Nurul Izza, 
Patuh pada pesanan bakal suaminya 
supaya tidak mencukur kening dan memakai bulu mata palsu
Alhamdulillah..sesudah bergelar isteri maka wajiblah patuh dengan suami mu..

 Batal wudhuk dan menyarung seutas gelang emas


Ahli keluarga bergambar dengan pengantin tapi auntie terlalu letih untuk bergambar






Santapan majlis nikah
Auntie diheret oleh anak2 auntie kemeja mereka




Uncle pula diheret oleh kakaknya untuk makan dimeja pengantin





Cenderahati malam tu Senaskah Yassin


Alhamdulillah, setelah selesai majlis kami balik berihat di HomeStay kami.


Selingan Video Lapaz Sakinah






45 comments:

  1. Semoga aunty sihat setiasa ya..meriah kenduri..gambar makanan takda ka aunty?hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Nor doakan kesihatan auntie.
      Gambar makanan tak sempat auntie ambil sebab uncle yang pegang kamera, dia pulak makan dimeja pengantin.
      tapi lauk pauk malam tu adalah :
      Nasi Putih
      Asam pedas ikan tenggiri, sayur campur
      Ikan masin, sambal belacan dan ulam
      Air sirap
      memang sedapppp sangat..Alhamdulillah

      Delete
  2. wah, buat kat Rumah Melaka..terasa pulak macam time zaman-zaman klasik dulu..terserlah ciri kemelayuan. Home Stay tu plak auntie bersih dan lengkap..senang la penyewa nak berehat kan;)

    mungkin penat termasuk salah satu faktor buat auntie takde mood nak ber blog kot..takpe, slow2 auntie:)

    New Entry "5 Tips Tanda Awal Kehamilan"

    ReplyDelete
    Replies
    1. Majlisnya simple tapi meriah
      Alhamdulillah Rumah Melaka amat selesa.

      A'ah, memang selesa HomeStay tu, auntie tidur nyenyak..hik3x

      Betul kesihatan auntie membuatkan auntie tersekat berblog..huhuhuhu

      Delete
  3. Alhamdulillah untie semuanya sudah selamat.

    Tak apalah untie biarlah mereka engkar, bahagia itu bukan di tangan mereka. Insyaallah di penghujung pahit akan ada manisnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, dah selamat dan selesai majlis perkahwianan.

      Betul JunAina, auntie dan anak auntie berserah pada rencana illahi.

      Delete
  4. same cantek sama padan pengantin..nampak comey sgt iza nih..unty ngn uncle pun berseri2 muka cam pengantin baru aje...heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, mempelai bagai pinang dibelah dua.

      Auntie dan uncle pengantin lama, dah 37 tahun kawin..hik3x

      Delete
  5. meriah majlis tu ye Aunty.. Dah selamat anak saudara menjadi isteri orang. Apa boleh buat Aunty, lafaz Sakinah ni di buat manusia, melanggar pun manusia. Bersabar lah ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kandungan Lafaz Sakinah termaktub dengan hukum Allah,
      lafas itu hanya utk 'peringatan' buat ayah dan ibu kepada pengantin perempuan dihadapan tetamu majlis.

      Auntie berserah pada Allah swt.

      Delete
  6. Assalamualaikum, auntie :)

    Wahh nmpk selesa betul homestay tu! Dgn RM250 satu mlm, mmg affordable.

    Tahniah kpd pasangan pengantin. Tahniah jgk sbb Nurul Izza xckur kening / pkai bulu mata palsu. Natural beauty gtu ;)

    And suka tgk gmbr auntie & uncle. Nmpk sweet sgt. Patutlah abg jurukamera asyik nak snap. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam Warahmatullahi Wabarakatuh Wani,

      HomeStay amat selesa. Alhamdulillah

      Ermmm...gitulah hendaknya, anak2 perempuan yang soleha, tidak abai hukum Allah, berhijap dan tidak mencukur kening. Alhamdulillah

      hehehehe abg jurukamera tu, fokus kat anak auntie sebenarnya.

      Delete
  7. Salam Aunty

    Kadang-kadang tak tahu nak komen apa..hihi
    Walau selalu je jenguk anty kat sini.. :)
    Semoga anty sihat2 dan cergas selalu..

    Oh, tahniah utk anak sedara baru..^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kembali Fatonah Rahim,

      Terima kasih atas doa kesihatan utk auntie

      Delete
  8. Salam kak nanie...
    Rasanya belum pernah lagi saya menyaksikan majlis pernikahan di Melaka (kalangan saudara mara) terdapat adat Lafaz Sakinah dari kedua ibubapa...
    Rasanya baik jika diperkenalkan.
    Meriah sungguh majlis pernikahan anak saudara kak nanie. Semua saudara tumpang gembira.
    Semuga bahagia hingga ke akhir hayat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kembali Rahmah,

      Ohhhh..gitu ker? Akak dah lihat Lafas Sakinah dilakukan diMelaka sejak 3 tahun yang lalu..

      Lafaz ni bukannya wajib tapi elok dipraktikkan utk peringatan buat ibu2 dan ayah2 bila nak kahwinkan anak2 perempuan mereka.

      Semuga bahagia hingga ke akhir hayat. Aamiin
      gitulah juga doa akak terhadap perkahwinan anak buah ini.

      Delete
  9. Salam Auntie..suka tengok uncle dan auntie...loving couple :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kembali Zalin,

      Alhamdulillah..auntie dan Uncle sudah 37 tahun berumah tangga, macam2 ujian kami tempuhi.

      Delete
  10. Memang.. selalu jadi silent reader je.. hari ni tinggal bekas.. tahniah pada Nurul. Che Mid memang suka dengan personaliti dia, pandai bawa diri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehe terima kasih kali ni Che mid tinggal komen disini.

      Betul, Nurul memang anak yang soleha

      Delete
  11. tahniah utk pengantin baru.semoga auntie dan klurga dbri kshatan yg lbih baik.amiiiin.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ehhh..seram auntie bila 'jerangkong kuruh' menyapa.

      Terima Kasih atas doa yang dipanjatkan utk auntie.
      Aamiin

      Delete
  12. assalam auntie.. mmg lama tak dengar cerita.. i insyallah..i akan tinggalkan comment kat memana blog i singgah... even just one ayat.. mmg kengkadang rasa frust gak.. i suka org comment.. suka sangat..n isyallah i will reply all.

    menarik penginapan auntie di melaka tu. last time we all tinggal di bungalow a farmosa tu.. best gak.. bilik besar.. siap ada pool lagi..

    lafaz sakinah tu actually tak wajib di Johor. boleh buat n boleh tidak.. tapi selalunya ada menangis2 lah.. sedih sangat.. bukan takat pengantin, mak pengantin, semua lahh.. sure meleleh ayaq mata..

    apa2 pun saya dua'a kan auntie sentiasa ceria.. :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasallam Azian,

      Eloklah gitu, tinggalkan komen selepas baca walaupun sepatah.
      Pasti disyukuri oleh penulis.

      Memang lafaz Sakinah akan membuat situasi yang sedih, kena siapkan tissue.

      Terima Kasih atas doa utk auntie. Aamiin

      Delete
  13. saya pun penat kalau duduk lama dalam kereta auntie. Biar jauh berkilometer asalkan kereta bergerak laju. 4 jam KL- Melaka??? Pitammmmm!!

    Selamat Pengantin Baru untuk mempelai, semoga bercinta hingga ke hujung nyawa & bertemu di syurga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang journey tuh 4 jam amat memenatkan auntie, sampai sakit pinggang.

      Terima Kasih atas ucapan dan doa utk pasangan pengantin.

      Delete
  14. sy org Melaka juga.Tapi seingat saya masa nikah 5 thun lepas takde pulak mak sy baca lafaz sakinah tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Intan Lafaz Sakinah baru diperkenalkan diMelaka dalam tempoh 3 tahun yang lalu.

      Delete
  15. Assalam auntie,

    Dulu slalu follow blog auntie..kerap jugak la tinggalkan comment, dulu kan aunti ada letak list pengomen terbanyak..hehe...ada la nama saya..tapi lepas anak mula lasak dan dah pandai rebut tab ibu dia..terus dah xdpt nam berblog dan follow blog fav..

    Sekarang ni baru dapat mula follow balik..oh ye..time tu pija lom kawen..tiba2 folw balek da kawen =_="..dok la terhegeh2 nak baca balik entri lama2..

    Panjang pulak..ok auntie..semoga aunti terus berblog..banyak resepi rumah tangga saya dpt belajar dari auntie ;) suka tgk aunti and uncle..

    Take care..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasallam Wani,

      Terima Kasih sudi baca dan follow blog auntie.

      Haah, memang dulu2 ada widget tu, entahlah kenapa auntie buang, ni nak kena letak baliklah..hik3x

      Tulah tujuan auntie menulis supaya pembaca2 yang muda boleh mencontohi dan dari penulisan auntie disini.

      Delete
  16. Assalam auntie, moga baik rohani dan jasmani ya hendaknya.
    Alaaa auntie jgn lah fikir begitu, saya pun silent reader auntie yang jarang tglkan komen tanya khabar..
    bukan taknak interact dgn auntie, tp biasalah kalau dah nk tgglkan komen sya prefer tulis panjang2 hehehe.

    Dari KL - Melaka 4 jam??..4 jam tu saya dah sampai penang auntie. heheh.
    Ehh..saya sukalah corak baju bridesmaid. Antik dan lawa. Corak tu tak lapuk dek zaman, evergreen.

    Alahai...saya sangat sayu bila orang yg uzur kena turun naik tangga.
    Sb saya membesar dgn atuk. bila atuk uzur ssh nk berjalan, saya sedih.
    Contohnya: - Hati dia nak berjalan, nak pergi rumah anak2 kt bandar, tp rumah anak2 smua double story.
    lps tu anak2 ni td ajak gy makan angin sana-sini, kena lg turun naik tangga. Lutut dia bkn kuat mana.
    Tp xnk kecilkan hati anak2 dh membawa...dia gagahkan diri juga.
    Smpai lah dah berkahwin, mak mertua saya pun sakit lutut - kalau ajk gy mana2, sy akan pikir 2 3 kali ada lalui tangga ke atau ada sediakan kemudahan pda org uzur x.

    Auntie jga kesihatan ok. 1 je, jgn susah hati. Hati susah, automatiknya minda dan badan akan bertambah sakit.


    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasallam Ai,

      Penting menjaga rohani dan jasmani, terima kasih atas doa itu utk auntie.

      Memang baju pernikahan anak buah auntie simple and lovely, sesuai utk dirinya.

      Betul, orang2 tua memang kebanyakkannya sakit lutut. Ni yang membuat kami malas nak berjalan2 outstation, naik tangga especially..huhuhuhu

      Terima kasih atas nasihat kesihatan utk auntie.

      Delete
  17. Salam..sy la tu silent reader untie..hihiks..sori untie..latelyni mood ke laut plus bz sgt2 plus penat sgt2..kepingin nak dgr lafaz sakinah tu life..d sabah we dont have like that..;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kembali Qaseh,

      hehehehe auntie perasan juga Qaseeh ada juga tinggal jejak sekali sekali.
      Terima Kasih yea..

      Ohhh..yea ker, hanya di Melaka kot yg praktikkan Lafaz Sakinah.

      Delete
  18. bersabarlah aunty.. Allah Taala itu maha Kaya.. biarlah besan2 dan menantu aunty pilih jalan mereka, kerana yang menanti mereka adalah janji Allah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah, dah banyak bersabar ttg keangkuhana besan auntie. Kami sekeluarga berserah pada Allah SWT.

      Betul biarlah mereka menang didunia, diakhirat nanti akan diAdili atas setiap perbuatan kita.

      Delete
    2. bertabah la aunty sekeluarga.. bahagia pasti menjelma

      Delete
  19. simple and sweet majlis izza...alhamdulillah semua dah slamat...selamat pengantin baru untuk izza

    ReplyDelete
  20. auntieeeee janganlahh majuk org tak komen hehe. tp betol la kan kalau org komen makin semangat kita nak memblog and please auntie jgn tak update tauu. fieza sukaaa baca :)

    bila tgk pic auntie and uncle tetiba sebak plak sbb my parents now pun baya auntie and uncle jugak. semoga semua akan selalu sihat dan bahagia.

    salam sayang dari kuching
    fieza zaza
    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah, auntie suka sangat bila ada yang sudi tinggal komen barulah ada interaksi..hehehehe

      Ohhh jangan sedih2, bila teringat parents bila ada cuti baliklah

      Salam sayang kembali dari kotaraya metropolitan

      Delete
  21. salam auntie

    auntiee jangan lah majuk kalau org tak komen ye. sbb kadang2 org baca blog auntie kat phone and masa keja heeeehe
    bila busy terus lupa :)
    lepas ni nak selalu komen lahhh so dat auntie sentiasa semangat nak update hehee

    seronok baca cerita auntie sebenarnya.
    sangat seronok.
    suka tengok pic auntie and uncle yg senyum dua2 tu sangat sweet
    semoga kekal bahagia sampai akhir hayat :D

    salam sayang dari kuching
    fieza zaza

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kembali fieza,

      Wah dua kali komen tu..hik3

      Delete
  22. laaaa masok dua kali rupanya. ingatkan yg 1st tu tak masok tu yg gigih komen lagi sekali hehehhehee

    have a nice day auntie!

    ReplyDelete
  23. Asalamualaikum Auntie,

    memang, betul ramai yang prefer jadi silent reader, tp xbermakna xdoakan auntie....saya nak ucapkan terima kasih sbb inspire hidup saya dengan cerita kehidupan auntie,auntie x membebel sorang2, ada yang baca..saya akan tetap doakan auntie terus sihat sejahtera dan diberkati Allah selalu. BAhagia di samping suami, anak2 dan keluarga.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...