THANK YOU TO ALL MY FOLLOWERS

Thursday, May 9, 2013

Siapa Lu? Nak dapat Projek?

Masuk dapur agak awal utk masak tengahari
Kul 9:30 pagi, perut lapar
sarapan 4 keping biskut jacob aja

Kul sebelas dah siap..

Rendang ayam
yang belum masukkan kerisik lagi


Sebelum anak fly
auntie berkata
Mama tinggalkan dua ketul yea
balik besok pagi boleh makan dengan roti

Tak yah mama,
Buatlah sambal daging kata anak auntie

Wahhh..betullah lama kita tak makan sambal daging
In Shaa Allah, kita buat sambal, rebus nasi impit
dan buat lontong weekend ni..kata auntie

Tersenyum berlalu kekereta terus hilang
dari pandangan..

See You tomorrow my daughter..In Shaa Allah

Emmm..
kali kedua auntie gi melawat Peeja
dua hari sudah
Auntie bawakan nasi dan..

Kari Sotong

Katanya boleh makan kendian sebab dia baru jer makan 
tengahari..
Selain dari tuh
Bawakan thermos, mug, mangkok, sudu dan garfu
Milo, Boleh dia bancuh dan minum sebelum tutup lampu
dan tidur bila malam hari..

Ishhhh...dia tak mahu,
yang diambilnya, sudu garfu dan mangkok
selainnya dia suruh bawak balik
Katanya dia tak suka minum air panas
Setakat ni masa di wad dia hanya gogok air mineral saja
Dahsyatlah..turun sampai 7 kg
dengan diet HKL..hik3x

Ohhh..masa nak cari parking kat situ
banyak betul kereta kena clamp
rasanya baru implement
sebab alat clamp tu baru2 belaka..

Kete ni parking kat parking motosikal


jadi kena betul2 cari parking lot
tak boleh nak suka2 tinggalkan kete
dimana2 walaupun tidak mengganggu lalu lintas
Tawaf HKL tiga round masih tiada tempat
akhirnya uncle berkata
You turun depan entrance nih,
naik lift pelan2lah keWad,
biar I cari parking..

Alhamdulillah, sampai juga auntie kekatil
Peej, berjalan berpegangkan dinding2..
Terkejut Peeja bila auntie sampai sorang2..
Tak yah datang lagi kata Peej
tak nah nyusahkan mama dan papa
dia okay katanya..

Kami berbual dan auntie bercuci mata nengok keliling
Doktor muda2 dan misi muda2
orang2 spetal kerja mereka mulia tu..
melayan kerenah pesakit2
baik2 belaka, tak saperti dulu..
pekerja spetal gomen garang nak mampus..hik3x

Punyalah lama auntie tunggu sampai sejam lebih
uncle masih tak naik2..huhuhuhu
Peej cuba talipon tapi tak berjawab
rupa2 uncle tertinggal h/phone kat rumah

Akhirnya uncle dapat parking kat Hospital Bersalin,
Jauhhhhhhhhhhhhhhhhhh....
Rasanya ramai yang stress mencari parking diHKL..

Dengan slogan Utamakan Rakyat
please do something about it..
dah lama benar problem ni
dah berbelas tahun..
Moh kita masukkan proposal dan sebut harga
untuk parking bertingkat diHKL...
Siapa lu? nak dapat projek tu? hahahahaha

27 comments:

  1. hehe...nak projek kena ramai kawan, jangan ramai musuh =) kalau tak suka pun simpan dalam hati jangan sampai bergaduh jangan sampai bermasam muka. sebab rezki tu selalu datang daripada sumber yang tak disangka-sangka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jadi rupa uncle lepas parking jauh tu stress tak auntie? ke cool je..hehe

      New Entry "Banjir di Mekah"

      Delete
  2. Assalam,

    Sedapnya sambal daging kan dgn lauk sotong tu... hmm... pagi ni saya pun masak rendang ayam nak makan dgn lemang NONA...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam mamawana,

      Haah, selalu guna brand nona utk lemang dan nasi impit..hik3x

      Delete
  3. memang HKL susah nak parking...

    paling kesian bila bawak atok dan nenek kat sana.

    bayangkan kite turunkan atok ngan nenek. lepas tu pegi parking kat ward bersalin.

    die tggu kite kat bawah ward sorang-sorang pun susah jugak kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Rapunzeel,

      Masa uncle nak amik kereta, auntie duduk sensorang, tapi auntie tidak bawa handbag, jadi x risau akan berlaku kes ragut.

      Delete
  4. Assalamualaikum Auntie

    moga Peej cepat sembuh

    #dah terlalu lama pasal pakir di HKL, mereka orang utama ada parkir khas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam Warahmatullahi Wabarakatuh atuk,

      Ohhh..yea ker? Tak nampak pulak singnage utk VVIP.
      Yang auntie nampak signage utk OKU dan para2 doktor.

      Delete
  5. jgn kata visitor je de problem cr parking auntie..ktrg yg staf ni pun ari0ari dok ngadap benda ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohhhh..lagilah stress jika para pekerja disitu juga bermasaalah parking.

      Ishhhh...memang patut mereka lihat akan masaalah itu.

      Delete
  6. mana-mana hospital gov memang akan hadapi masalah yang sama.. Masalah parking.. Auntie sihat? Hopefully Peej pun cpt sihat.. Suya pun sama cam peej, baru lagi alami keguguran pertama..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah, suya auntie masa gi melawat sedara dihospital melaka pun macam tu jugak.

      Auntie sihat2 orang sakit suya.

      Ohhh yea ker baru keguran juga? Bersabarlah..In Shaa Allah, ada rezeki nanti 'sangkut' lagi, semua atas ketentuanNya.

      Delete
  7. kesian peej.semoga cepat sembuh ,Aunti,saya pun dulu,masa sebelum kawen kalau tak sempat makan ..mesti pesan kat mak..tinggal..kalau takde..muncung sedepa..tapi bila dah kawen duk jauh..takut sgt..kalau benda yang dikirim mak tak dapat beli..

    tiap kali baca entri untie ni..terus teringat mak kat kg.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima Kasih atas doa utk peej.

      Betul, masakkan mak memang akan dirindui bila berjauhan...
      begitulah juga auntie masih teringat2 masakkan arwah mak

      Delete
  8. salam singgah.....
    kerja diorg memang mulia.. 12 mei ni jugak hari jururawat sedunia :) sekali harung ngan hari ibu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohhh...hari jururawat sedunia? auntie tak tahu pun.
      Kalau gitu, auntie ambil kesempatan utk mengucapkan selamat menjalani tugas2 yang mulia bagi semua jururawat.

      Delete
  9. AnonymousMay 09, 2013

    apa kata auntie call 0380008000 dan buat cadangan kat situ. mungkin boleh membantu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehehe..auntie tak boleh nak buat call sebab auntie hilang pendengaran dah 4 tahun sudah

      Delete
  10. assalamualaikum, auntie. skrg ni ada milo dlm kotak besar, namanya 'milo sejuk' kalau xsilap. boleh bancuh terus dgn air sejuk, rasa macam milo ais dr van milo tu :) semoga peej cpt sembuh & dapat keluar wad awal. ahad ni dah hari ibu, jadi sempena hari ibu, semoga dia dapat keluar and dapat celebrate sama2 dgn auntie. amiin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam wani,

      Ohhh..auntie nak reckie kat supermarket kalau gitu.

      Terima Kasih atas doa utk peej.

      Delete
  11. Salam Auntie...sedapnyer sambal daging makan ngan lontong...nakkkkkkkkkkkkkkkk..heheheh...owh ya...semoga peej cepat sembuh..mimie pun miscarried last year...takpe lom rejeki...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kembali shuweet,

      Ohhh..shuweet pun pernah alamai keguguran, tak mengapa, In Syaa Allah ada rezeki nanti ngandung lagi atas keinzinanNya jua.

      Delete
  12. AnonymousMay 10, 2013

    maaf ye auntie...cuba2lah carikan juga air penawar utk peeja..moga2 cepat sembuh dan semangatnya pulih semula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang auntie ada juga terfikir utk carikan air penawar tapi masih belum buat lagi..huhuhuhu

      Delete
  13. aunty saya dah puas stress dgn parking hkl ni..masa preggy dulu mmg checkup situ...menangis cari parking..sudah nya kalau nak kesana sy naik teksi..lagi senang dari bawa kete

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul saranan mimy tu, terfikir jugak auntie jika susah2 naik teksi utk next visit

      Delete
  14. salam auntie, alamak..cikda kalau sakit dapat makan sambal daging mak bikin rasanya terus sihat.. hehehe

    emm keyel memang asik jem.. cikda tak suka masuk keyel.. huhuhu..

    naper peej auntie.. moga dia cepat sembuh.

    ReplyDelete

Pada yang terbuka hati utk tinggalkan komen disini..
Didahului dengan ucapan Ribuan Terima Kasih

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...