THANK YOU TO ALL MY FOLLOWERS

Friday, May 3, 2013

Pasal Makan Pun Boleh Berkecil Hati?

Auntie makan mee segara amatlah kurang
Sebungkus memang tak habis
bukan tak suka tapi auntie cuba kurangkan
kadang kala dua tiga sudu dah cukup..

Auntie perasan jika makan mee segera,
keesokkan hari akan jadi haus/dahaga
memang tak sesuai untuk jadikan makanan sahur

Auntie terasa lapar, jadi auntie masaklah dua peket
Indo Mie goreng..
Goreng telur mata dan daging,
celur mee dan hirisan sayur kobis
Gaul semua bahan dengan sos yang sudah tersedia
Asingkan dua pingan
hias dengan daun sop dan bawang..Siap

Auntie pelawa anak auntie Ayol,
dia ambil satu pinggan
Uncle ambil yang satu lagi..


Auntie pesan uncle tinggalkan dua tiga sudu mee tu dah lah
telur daging, tak mahu..

Ishhh...auntie pun layan fbook
Toleh2 sebelah..
licin pinggan uncle..
Huhuhuhuhu..automatic meleleh air mata auntie..
uncle terlalu asyik makan sampai lupa pesanan auntie..
Saperti filem lama...
Ku kepunan telur temakul..

Uncle terus minta ampun pada auntie
sebab dia terlupa nak tinggalkan sikit..
Auntie kata..
sampainya hati, macam mana boleh terlupa?
Jawab uncle
Lapar punya pasal
Terlalu sedap punya pasal
Bukan buat2 terlupa, memang terlupa..
Sorrylah sangat2..

Auntie bangun terus kedapur dan celur lagi mee
dan buat satu pinggan untuk auntie makan..
Duduk makan sambil mengalir air mata..kesedihan
huhuhuhu

Tanpa daging dan telur mata

Dah auntie kata auntie bukannya makan banyak
hanya dua tiga sudu saja
selebihnya auntie buh bawah tudung saji


Bila dah sudah makan auntie terus
dapatkan tangan uncle..
mohon maaf sebab auntie berkecil hati dengan uncle tadi..
Kami berdua bersalaman dan berpelukkan..

Dah larut malam dan malam jumaat pulak tu
tak baik simpan2 dan berkecil hati..
Gitulah amalan kami suami isteri selama 37 tahun kahwin
selalu bermaaf2an..







30 comments:

  1. sweetnya auntie n uncle..resipi 37 thun prkahwinan buat kami yg baru sebulan dua kawin ni ;)..smoga brbahagia ke syurganya auntie

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin.

      Begitu jugalah hendaknya utk pink suami isteri

      Delete
  2. assalam auntie..dil pula yg sebak memalam ni...huhuhu.....indahnya berkasih sayang jika saling memaafi dan mengakui kesalahan diri.....auntie..semoga kita sama2 bahagia sampai syurga..
    p/s:dil teringin nak jumpa auntie...jika ada rezeki dil balik bercuti tahun ni,insya Allah akn dil usaha untuk bertemu....salam kasih sayang auntie....:-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam ummi,

      In Shaa Allah jika dengan izinNya kita bertemu jua.

      Memang saling memaafi membawa bahagia

      Delete
  3. very sweet:) anyway, kalau makan maggie esp perisa kari untk sahur..alamat esok cepat la haus..huhu

    New Entry "Tips Melancong Ke Luar Negara Part 7"

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah betul, memang perisa2 mee segera membuat kehausan keesokkan harinya.

      Delete
  4. Ilmu kasih sayang ni untie untuk kekalkan rumahtangga bahagia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang elok dipraktikkan,
      supaya bisikkan iblis tidak meresap dihati.

      Delete
  5. alhamdulillah... suka amalan auntie..Suya pun nak ikut mcm auntie.. nak selalu mintak maaf ng suami :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. elok suami isteri amalkan,
      pada isteri memang suami tempat kita bermanja, kan??

      Delete
  6. Sy pun kdg camtu auntie.Konon nk berkongsi mknn skali kite leka sikit je abis da mknn..Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang lelaki memang kuat makan,
      sebab banyak tenaga mereka gunakan..hik3x

      Delete
  7. wah untie, leh k=jadi panduan saya ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat jangan tak buat..
      bermaaf2an setiap hari

      Delete
  8. sweet sangat. boleh jadi pengajaran untuk pasangan2 muda zaman sekarang hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entahlah, yang auntie perati, pasangan muda2 ada ego masing2..

      Delete
  9. tips berguna untuk kekal bahagia.. InshaAllah akan diamalkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehehehe
      Amalkan lah, ianya membawa bahagia..

      Delete
  10. AnonymousMay 03, 2013

    Sweet sngat. Jrang sy nmpak mcm ni cz parent sy becerai..may happiness always be with u n family.so.sorry I dun hv blog jz luv ur writing-nina

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima Kasih nina.

      Jodoh ditangan Allah, lama atau singkat,
      kita berikhtiar kearah kebaikkan, In Shaa Allah

      Delete
  11. Alahai auntie..comel sungguh merajuk sbb mee segera. hihi...

    ReplyDelete
  12. Kalo wani bkn usop mkn abis..wani yg abiskn..hehe usop plak kecik ati..tp weolls xsimpan lam ati kalo apa2 cpt2 say sorry..nk ikot bahagia cam uncle n aunty ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehehe auntie tahu wani dan usop memang penyayang kedua2nya

      Delete
  13. so sweet... saya pun auntie memang tak pandai sangat makan maggi ni.. dari dulu lagi..tapi hubby suka.. jadi tak gaduh pasal maggie lah.. pasal lain pulak..hheeee..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehehe biasalah, bukan senang nak jaga 'hati' masing2.
      Yang penting ada salah seorang yang penyabar dan memulakan utk bermaaf2an

      Delete
  14. Assalamualaikum kak nanie..
    memang kekadang ada jerler perkara yg kecik jer pun yg boleh buat kita suami isteri jai sayu sangat.... alangkan lagu p ramlee pun ada mengatakan 'sedangkan lidah lagi tergigit... ini pula suami isteri..." kan kak nanie...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam Warahmatullahi Wabarakatuh Rahmah,

      Memang benar, perkara kecil boleh jadi besar, iblis meniup api kecil hingga marak dihati.

      Jadi yang penting kita padamkan dengan kasih dan sayang.

      Delete
  15. setuju tu auntie..pasal menda2 kecik kalau simpan dalam hati boleh meletop jugak satu hari nanti. baik kita clearkan hati kita sebelom tidur.. nice n3..

    ReplyDelete

Pada yang terbuka hati utk tinggalkan komen disini..
Didahului dengan ucapan Ribuan Terima Kasih

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...