THANK YOU TO ALL MY FOLLOWERS

Tuesday, May 14, 2013

Hadiri Dua Majlis Kahwin Sehari


Dalam draft n3 hari ni dah
2 minggu yang sudah,
Hari Sabtu 2 undangan majlis kahwin
Auntie masak satu mata lauk
untuk yang tak pergi, kari Ayam dan Nasi

Auntie bergerak awal pukul 11:30 pagi
ke Dewan Perdana, Felda

Jemputan dari kawan uncle juga
Majlis kahwin sekali harung, double wedding
2 anak lelakinya

Disebabkan bergerak awal
gambar pengantin tiada
Entahlah rasa kecewa pun yea
gambar semuanya gegar2
Uncle dan Ayol tak boleh harap
ambil gambar ala2 kadar..

Jom kita tour..


AJK majlis tempatkan kami bertiga di meja reserved.


Gambar bergegar

Auntie korek2 lemari cari baju dan tudung lama..
memang pasang niat nak pakai baju2 lama
masih muat..Alhamdulillah


Sedap2 lauk2


Lauk pauknya
Kurma Ayam
Rendang Daging Tok
Ikan daun kantan (signature dish Felda)
Pajeri Nenas
Dalca
Papadom
Nasi Minyak


Ni gambar hasil tangan auntie yang bergegar juga


Kuih Seri Muka dan Akok


Buah Tembikai Merah, Tembikai Susu
dan Anggor


Air Laici Biru, mineral
Teh tarik belum sampai lagi


Satu meja ni ada 3 style kepala licin  
Uncle, Ayol dan Kol Ramli Bandung,
mantan Panglima Tentera Darat General (B) Tan Sri Shahrom 
(berbaju melayu)


Auntie dah suruh uncle senyum,
tapi kedekut juga


Ayol tersenyum simpul


Lt General Dato' Zulkiple Kassim 
( Panglima Medan Tentera Darat)


Kerusi utk sepasang pengantin saja, Kek kiri kanan (2 set)
entahlah macam mana atur cara majlis?
Jika dua2 pengantin datang serentak,
dimana sepasang pengantin lagi tu duduk,
Ermmm....auntie tak sempat nak nengok


Dua High Table beradap 
utk dua keluarga pengantin perempuan


Jalan laluan masuk ke Dewan Felda Perdana


Yang sudah2 majlis auntie hadiri 
ada terbentang karpet merah sepanjang laluan ni,

Disebabkan lantai ni membukit nak kedewan dan tanpa karpet merah
auntie jalan menyusur memegang railing kat tepi2 tu, takut terjatuh sebab licin

Door Gift mereka

Uncang Songket
tak pasti songket dari India, Thailand or Msia?


Cokelat 5 butir


Tak seronok pergi majlis awal dan balik awal
tak dapat jumpa kawan2 auntie yang datang kemudian
Dah tu gambar2 pula banyak yang rosak
Gambar pengantin pun tarak
Ishhhh...

Bergegas pula ke majlis di Kajang
Majlis buat dirumah
Kawan uncle ni, kawinkan puterinya yang bungsu

Redup bawah khemah tapi panas berdenting cuaca hari tu



Tema Turquoise


Kebanyakkan yang hadir auntie tak kenal


Barisan lauk pauk


Ayol tak makan dimajlis ni, 
Auntie dan uncle makan lagi..hik3x


Ada sambal sotong


Bubur kacang, cendul dan macam2 kerepek
diatas meja


Kuih Muih...
Mewahnya makanan sebab ini majlis akhir
tiada anak lagi nak kawinkan


Bapa Pengantin
peratikan butang baju melayu
besar duit 10 sen tuh..hik3x


Sempat auntie bergurau dengan kawan uncle
Boleh pinjam butang baju melayu tak selepas majlis?...hik3x


Pasal baju uncle basah tu?


Pelamin bawah porch 


Sayang gambar auntie semuanya merah cam gini
disebabkan bumbung yang berwarna tapi transparent
Ishhhh..tak tahu apa namanya, yang boleh masuk cahaya tu..








Nasib uncle sempat ambil gambar pengantin di bawah khemah


Door gift





Tuala Muka


Bila pergi dua majlis dalam sehari
Wehhhh... auntie tak sihat sampai 3 hari
sebab makan macam2 pun yea..
penat pun yea..
sampai auntie kata kat uncle
"lepas ni, tak nak lagi lah kemajlis2 makan mewah.."
hik3x..

Hujung bulan ada majlis kahwin lagi..
lagilah jauh..
diMelaka pula..
majlis nikah dan majlis lansung 
tak balik hari, dah booking Homestay utk berihat disana

Setiap kali auntie kemajlis kahwin
berkata2 disudut sanubari..

Moga datangnya ahli keluarga baru 
dalam setiap perkahwinan membawa
silaturahim yang berpanjangan..
bahagia dan mendapat zuriat 
Aamiin

Tidak saperti apa yang auntie dan uncle lalui..

Auntie rasa sungguh



Ermmm....



pentingkan taraf kedudukkan dan kepentingan diri
hingga sanggup ranapkan mahligai perkahwinan


Retak lalu Terpecah

dan apa2 alasan pun...
jangan sekali2 jadi tak jujur





Hanya Allah SWT yang Maha Mengetahui..
Setiap Ujian ada Hikmah disebaliknya..



9 comments:

  1. Betul kak nanie
    Setiap ujian ada hikmahnya

    ReplyDelete
  2. AnonymousMay 14, 2013

    TABAHLAH AUNTIE, DAH TAKDIRNYA BEGITU TENTU ADA HIKMAH NYA.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yea kami redha dan tabah selama ujian ini.

      Delete
  3. Assalamualaikum Auntie

    Alhamdulillah
    Auntie sihat

    pertemuan dan perpisahan ketentuan Ilahi
    kita tetap berdoa agar bahagia hingga ke Syurga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam Warahmatullahi Wabarakatuh,

      Aamiinkan doa yang tercatit disini.

      Terima Kasih

      Delete
  4. Cenderahati yg simple tapi lebih baik macam tu tak membazir.

    Tengok untie bercerita bab makan nampak macam untie makan betul2 banyakkk...Aina pun terasa lapar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehehe memang terlebih makan pada hari tu.

      Makanan auntie disenduk oleh Ayol atau Uncle, memang portion banyak selalunya..

      Delete
  5. salam auntie, bila dapat undangan perkahwinan ni kita wajib pergi, tu yg kena gagahkan pergi kan.. cikda cukup tabik pada yg gagah menhadiri 2-3 majlis dlaam satu hari.. cikda memang serender.. tapi tu la dh atas jemputan tu yg kena gagah kan.. harap auntie dah oke.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...