THANK YOU TO ALL MY FOLLOWERS

Saturday, May 4, 2013

Bila Nak Tukar Kepala?

Tajuk ini,
boleh diolah membawa banyak erti
tapi auntie hanya nak cerita
kepala tong gas jer..hik3x

Setiap rumah ada tong gas kan?
Dah lama auntie simpan dua tong gas
Kiranya tak mahu terputus bila memasak

Dari semenjak kawin sampailah sekarang
Dah berumur 60 tahun, memang kerja uncle
menukar tong gas yang kosong
Cian...berat tu


Trolley yang digunakan dari dapur kekereta

Trolley kecil ini
memudahkan kerja2 angkut mengangkut 
dirumah auntie..

Gas 14kg ditempat auntie RM28.60
boleh guna sebulan lebih utk masak memasak
Masak nasi dan jerang air guna elektrik

Ermmm...
bila nak guna tong gas baru,
kena pasang kepala tong gas ke dapur
auntie masih tak reti2..kena mintak tolong uncle 
dari muda sampai ke tua ni ha..hik3x

Ada jurujual lelaki datang tekan2 bell
nak periksa kepala tong gas
Woishhhh..tak berani auntie nak bagi masuk
walaupun dia ada tag dan pakai uniform
Lain kali lah..jerit auntie dari dalam rumah..hik3x

Dia pulak kata..
Kepala baru banyak babot..
gelenti selamat punya

Eleh..cakap BM pun tak betul lagi..
Ada hati nak jual kepala baru..

Auntie ada beli dapur hotplate guna elektrik
tapi rasa macam tak puas memasak 
jadi auntie simpan ajer, tak pakai pun

Alangkah senangnya zaman sekarang
bila nak memasak, tak macam dulu2

Dulu2 nak kena cari kayu api
Periuk belanga berjelaga hitam
dinding dapur juga turut gelap mcm arang
tapi susah dulu, hasil masakkannya
sedapppp dan tak mudah basi

Dapur minyak tanah pula
Nak kena tukar sumbu 
jika tak ditukar, masakkan
akan berbau minyak tanah

Kayu api yang kering,
sumbu dapur dan kepala tong gas
perlu utk menghasilkan penyalaan api
untuk memasak..
diamanahkan begitu sifatnya..

Apa2 pun auntie memang tidak mahu

tukar kepala..tong gas..hik3x

Apa yang ada sekarang
sudah cukup memberi masakkan yang enak
disetiap hidangan diatas meja kami..

Alhamdulillah..


10 comments:

  1. sm, kt pon x reti tuko. ha8

    ReplyDelete
  2. AnonymousMay 04, 2013

    Salam auntie,
    Saya pun tak tukar tong gas jugak. Bersyukur dgn apa yg ada sekarang ni
    ;-):-):-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kembali,

      Alhamdulillah, memang elok sentiasa ada sifat bersyukur.

      Delete
  3. Nanie,
    Saya juga tak pandai nak tukar kepala tong gas. Hu Hu Hu...sampai bila ye? Dalam musim-musim 'raya' ni, memang tajuk dan isi posting boleh membawa banyak erti. Selamat mengundi!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehehe Hjh,

      tak reti tukar kepala tong gas tu, sampailah tak ada orang yang sanggup tukarkan utk kita kot..hik3x

      Delete
  4. AnonymousMay 05, 2013

    xmahu tong gas. byk menyusahkan. dah beralih ke dapo letrik kini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dapur elektrik jadi pilihan? tapi bila blackout??
      Dapur gas jadi second alternatif.

      Delete
  5. that is the trouble with oold folks ( not excluding your goodself ) not willing to change. If I had it my way I want my old tyewriter, paper, envelop and stamp; or an old album with real pictures on paper that I can feel with my finger and flip the album from one page to another forward and backward, and all with full satisfaction.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehehe Pakcik Hassan,

      Betullah, old folks memang payah utk bertukar.
      Tapi kita hidup mengikut peredaran zaman,
      Pissttt Pakcik Hassan, kita tidak ketinggalan dgn techno baru..Alhamdulillah

      Delete

Pada yang terbuka hati utk tinggalkan komen disini..
Didahului dengan ucapan Ribuan Terima Kasih

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...