THANK YOU TO ALL MY FOLLOWERS

Wednesday, May 15, 2013

Anak2 dilindungi dari sekecil tapak tangan

Hari Ibu Sedunia
Setahun sekali
tiada bermakna jika kasih dan sayang
anak2 hanya untuk hari tersebut sahaja

Menyambut Hari Ibu Sedunia
bukan budaya orang melayu
hanya kepada generasi muda sekarang
Auntie dulu2 tak pernah menyambutnya
pada arwah mak auntie.

1.    Ciuman dipipi setiap hari 
       sebelum keluar rumah dan masuk rumah
2.    Meringankan kerja2 dirumah
3.    Berbual2 dimeja makan
4.    Selalu bertanya sihat atau tidak
5.    Ambil tahu perasaan suka duka ibu
6.    Bawa berjalan2 keluar sekali sekala
7.    Membeli makanan kegemarannya sekali sekala

Perkara2 diatas sudah cukup bagi auntie
untuk anak melahirkan kasih dan sayang
terhadap seorang ibu. Auntie bahagia begitu.

Itulah yang auntie lakukan utk arwah ibu auntie
sepanjang hayatnya bersama auntie.


Hayat berakhir pada umur 84 tahun
Alfatihah 

Noy belikan auntie hadiah pada hari tersebut
dihulurnya dengan sulaman ciuman dipipi
Ucapan ribuan terima kasih pada anak bungsu auntie..

Moga sejahtera kehidupan mu
dunia dan akhirat
Status : Single

Apa yang berisi dalam kotak ini?





2 helai blouse yang dibelinya 
di boutique FLOW, KLCC

Dia memang tahu auntie suka pakai blouses Flow
nipis, ringan dan potongan besar


mama pakai dengan tudung biru tau..katanya

corak blouse dari dekat 


Baju ni mama pakai dengan seluar dan tudung warna beige
cantik mama nanti..katanya lagi


Ada bersulaman dan berlubang2


Bertambahlah koleksi baju2 Flow lagi
Alhamdulillah

Anak auntie yang sulung pula
sedang auntie menonton tv
dia terus peluk dan cium auntie
Selamat hari ibu mama..
Ayol sayang mama dunia akhirat
Ayol akan berada bersama mama
dan jaga mama sampai akhir hayat
katanya..sambil menitis air mata

Yea..kamu anak sulung
bukan hanya pada mama saja, papa jgn lupa
jagalah adik2 kamu
jika mama dan papa tiada nanti..kata auntie


Anak yang sedang melalui ujian
yang masih belum berakhir lagi
Status : Complicated


Anak kedua pula
tak ada makna nak sambut2 hari ibu
perangai sempoi habis..pendiam
bila dia teragak, teringin nak sayang auntie
dia akan cium pipi bila2 masa
walaupun dah pukul 3 pagi..hik3x


Masih dengan aktiviti muziknya
Status : Single

Anak ketiga Peej
Baru keluar wad
kesihatan dah stable
Ucapan diberi melalui message facebook..
konon nak beli kek untuk auntie
tapi auntie tak mahu..no more cakes please kata auntie

Selalu bawa makanan untuk auntie
Status : Married


Gambar yang tersentuh hati bila melihatnya..


Anak2 dilindungi dari sekecil tapak tangan


Pesanan






Pada anak2 cyber auntie yang mengucapkan Hari Ibu pada auntie
auntie terharu..
Ribuan terima kasih





32 comments:

  1. Selamat Hari Ibu Auntie ^______^
    Semoga Diberi kesihatan yg baik utk Auntie, amin..

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum,
    Moga keluarga auntie bahagia selalu dunia akhirat

    ReplyDelete
  3. memang menarik gambar tangan tu auntie..:)

    New Entry "Cara Letak Gambar dalam Entri di Blog"

    ReplyDelete
  4. Salam mama
    Membaca entry ni sebak sya rasa
    semoga mama di beri kesihatan yang baik amin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kembali,

      heheheheh auntie tahu hati mu selembut sutera, penyedih.
      terima kasih atas doa kesihatan mama. Aamiin

      Delete
  5. terharu baca ucapan ayol tu
    selamat hari ibu buat auntie
    semoga Allah berikan kesihatan yang baik untuk auntie

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang Ayol anak yang baik, percakapan hariannya pun
      penuh dengan kesopanan.

      Terima kasih atas ucapan dan doa kesihatan untuk auntie. Aamiin

      Delete
  6. Doa yang terbaik buat anak2 ye untie walau dalam apa keadaan sekali pun, walau apapun mak tetap no 1 di hati selain suami.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, doa ibu yang baik2 utk anak,
      mak juga membimbing anak utk perkara2 baik,
      maka ibu lah ratu hati selain dari suami tercinta.

      Delete
  7. hmm suka dengan tulisan auntie..

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah.. Hari-hari adalah hari ibu.. Selamat Hari Ibu Auntie

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima Kasih atas ucapan utk auntie.

      Delete
  9. Selamat Hari Ibu..moga untie diberkati didunia dan diakhirat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima Kasih atas doa yang tertinggi dan ucapan utk auntie.

      Delete
  10. AnonymousMay 15, 2013

    selamat hari ibu ...

    ReplyDelete
  11. Selamat hari Ibu Auntie.

    ReplyDelete
  12. selamat hari ibu auntie..

    kali pertama terjah blog auntie ni.. bestt.. cikda akan baca n3 sebelum2 ini.. hehehe.. boleh???

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ Cikda

      Silakan, especially label History

      Delete
  13. selamat hari ibu auntie... saya silent reader auntie.. dari tahun 2010... daripada mengandung sampaila anak lelaki saya dah nak 3 tahun, saya masih setia baca blog auntie..
    take care auntie :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahhhhh...TQ TQ TQ

      Selamat Hari ibu juga utk Farina.

      Delete
  14. AnonymousMay 16, 2013

    Selamat Hari Ibu Aunty!

    I love yr writing since the first time i read it!
    Keep on writing aunty! Mana tau nanti ada rezeki boleh buat buku....Take care!

    From your loyal reader:
    Mashy

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ Mashy

      In Shaa Allah, selagi diizinkan kesihatan yang sihat, auntie terus akan menulis.

      Delete
  15. salam aunty,
    apa khabar?
    walaupun dh terlambat nk jugak ucap selamat hari ibu.
    semoga ceria dan sihat selalu. amin.

    ReplyDelete
  16. Selamat Hari Ubu Auntie,
    I am an avid reader of ur blog, Auntie. In fact Zie anggap Auntie macam Ibu Zie di alam maya ini.

    Happy Mothers' Day Auntie and may Allah bless you always.

    Auntie, nanti pls e-mail me your address ya, tengah mengusahakan something untuk Auntie. Pls e-mail me at azizahmohdghani@gmail.com

    ReplyDelete

Pada yang terbuka hati utk tinggalkan komen disini..
Didahului dengan ucapan Ribuan Terima Kasih

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...