THANK YOU TO ALL MY FOLLOWERS

Monday, May 6, 2013

2013 Mengundi dan Menziarah

Selepas Zohor baru auntie keluar rumah
untuk mengundi semalam bersama uncle

Anak auntie Ayol, dah mengundi awal pagi
jadi dialah membawa kereta hingga ke
perkarangan gate sekolah



Berselipar ke nak berkasut tanya uncle pada auntie
Selipar dah lah..kata auntie


Sekolah tempat mengundi dekat benar dari rumah auntie
Sebenarnya belakang rumah aja
Kalau auntie sihat boleh berjalan kaki
tapi disebabkan tidak mahu berpeluh dan tak kuat
jom kita naik kereta..hik3x


Terhoyong hayang juga lah berjalan
dari kereta ke bilik darjah sebab
lupa bawa tongkat.

Tak ramai, tak perlu beratur..
rezeki dipermudahkan
Alhamdulillah



Gambar Kenangan dakwat kekal dijari

Masih ada lagi dakwat dijari auntie hingga hari ini..hik3x
dah basuh pinggan dah mandi dan berwuduk masih ada..

Teringat pula auntie, masa pakai ubat luka kecik2 dulu
tapi berwarna purple..
Arwah mak selalu palit kat lutut dan siku bila
terjatuh luka, hehehehehe main galah panjang dengan kawan2

Process pengundian tak lama utk auntie suami isteri
Tak sampai 15 minit selesai
Alhamdulillah..

Auntie jenis amat berahsia ttg memilih pucuk pimpinan
Walaupun dengan uncle, tak suka nak gebang2 pasal politik ..
auntie pernah berada di situasi dimana adik beradik
berlainan pendapat hingga berlaku pertengkaran
sengit..Ishhh..
Itu sebabnya auntie tidak pernah nak masuk campur
komen mengomen, hal2 politik baik dalam fbook atau blog
Auntie hanya membaca dan terus membaca
terlalu banyak perkara2 keji berlaku disekeliing..
Ishhhh..dari membaca auntie dapat tahu
banyak duri dalam daging
gunting dalam lipatan
fitnah, tukang karot, macam2lah..

Yang Menang penuhilah janji2 untuk rakyat
Jalankanlah amanah utk Allah dan Bumi Allah



Tunjuk apa tu?


Takut gambar bergegar, auntie ambil sekali lagi 



Cantik betul kawasan Sekolah Setiawangsa
Bersih dan lanscapenya cantik sekali
pokok2 dijaga rapi.
Dah lama auntie tak kesekolah ni
dulu2 anak2 auntie semua disini



lantai sekolah pun berceramic tu
longkang2 pun ditutup supaya budak2 tidak 
tergelincir jatuh



Ayol tunggu dalam kereta depan gate sekolah

Selepas mengundi, kami terus ke Hospital Kuala Lumpur (HKL)
Anak auntie Peej masuk wad
Keguguran, Womb dia infected.

Kali akhir auntie ke HKL ni, tahun 2005
masa uncle kena angin ahmar
memang belambak saman parking kereta 
yang auntie kena bayar ketika itu
Dari dulu hingga sekarang parking masih bermasaalah
tapi rezeki Allah yang menentukan
Kami dipermudahkan semalam
Ada kereta berundur, jadi kami terus masuk..
Alhamdulillah

Belum makan tengahari jadi kami kekantin
terletak di tingkat satu


Uncle makan soto, auntie dan Ayol nasi ayam

Bersih
Dah pukul 4 ptg, kantin lenggang


Jari berdakwat auntie balut dengan tissue

Dah habis makan kami ketingkat lima
Peej demam, amat panas badannya
Saperti biasa auntie nangis dan nangis
sebab anak ini tak pernah masuk wad
tapi semangat dia kuat 
asyik berkeek kerja dia..

auntie bertanya dimana dia letak handphone, maklum sajalah, wad terbuka
bawah bantal katanya


Auntie bertanya kenapa dia tak pakai dua insurance yang dia langgani
Kata peej dia tak ingat nombor account dan tiada diberi kad insurance
Itulah, bila sihat tak tentukan perkara2 yang mustahak
kata auntie..

Dia hanya merugut bilik air jauh dan makanan tak sedap
selebihnya dia kata
apa2pun tak per..dia redha
tapi bilalah boleh balik mama? tanya peej

Auntie kata biarlah duduk disini, supaya doktor boleh
monitor tekanan darah tinggi dan kadar gula yang tinggi tu..
Dah sihat nanti, discharge lah

Yealah, bila? tanyanya lagi..
Yang mama tahu, minimum 5 hari atau lebih..



Dah kememeh..bila auntie kata 5 hari atau lebih..

Hati auntie masih berdebar2 ketika menaip ni
memikirkan kesihatan dia
dan kesihatan auntie yang sukar utk melawat dia disana

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim
Peliharalah anak ku..
Tabahkanlah semangatnya akan ketentuanMu




34 comments:

  1. salam untie..te kejut nya dpt tau peej x sihat..semuga anak untie peej sembuh cpt2 n sihat cpt2..tabah kan hati..bla kta sakit tu tanda nya Tuhan syg kan kta..

    untie cntik nya sekolah tmpt mengundi tu..jauh beza dgn sekolah2 d sabah..apa lg sekolah anak sy yg dkt dgn pusat bandar..sgt2 jauh beza 200% berbeza..keadaan sekolah anak sy sgt daif..bangunan dr zmn british..kantin yg kotor dgn meja kerusi pjg..ibarat sy berada di sekolah zmn sy 20 tahun yg lalu x byk beza pn..sedih nya..knp???
    kelas kecik..muat tuk 40 org murid..berhimpit mcm sardin budak2 tu..wat to do..hopefuly lps nie ada perubahan..insyaallah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kembali Qaseeh,

      Haah, memang cantik sekolah tu,
      entahlah peruntukkan dari kerajaan atau duit sumbangan dari PIBP auntie tak pasti sebab sekolah ni ditempat kediaman orang2 elit.
      Ramai menteri kat situ.

      Harap2 gitulah, semoga kerajaan lebih perihatin terhadap keselesaan pelajar2 diluar bandar.

      Delete
  2. Moga pwja cepat sembuh auntie jgn susah hati insyaallah tak de apa apa jaga diriauntie

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima Kasih radiah atas doa utk pija dan auntie

      Delete
  3. Semuga peej segera sembuh...
    Dan segera menimang baby...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehehe TQ Rahmah,
      tulah akak pun tak sabar nak menimang cucu dr Pija.

      Delete
  4. peej tak sihat? cian peej..semoga cepat sembuh peej...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima Kasih Capt Lalok atas doa utk kami

      Delete
  5. Replies
    1. Terima Kasih Rapunzeel atas doa utk kami

      Delete
  6. aunty sabar ye.. kesian peej... moga dia cepat sembuh dan dipermudahkan Allah s.w.t segalanya .. InsyaAllah.. aamiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin, Terima Kasih rhayaroy atas doa utk kami

      Delete
  7. moga peej cpt sembuh n aunt pon moga tabah hadapi dugaan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima Kasih annapeje atas doa utk Peej

      Delete
  8. Semoga Allah SWT memulihkan kesihatan Peej seperti sediakala. Amin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin, Terima Kasih Kakcik atas doa utk anak akak

      Delete
  9. Assalam Kak Nanie,
    Kesian tgk peej dudok atas hospital bed.hope she gets better soon
    and gets discharged.
    selalu dia lah yg bubbly,up n about....ni tgk dia tak sihat .kesian kami
    tengok pulak.
    Pasni pesan peej jgn angkat bende bende berat,makan pun jaga,jgn makan bende
    bende tajam like tapai,air tebu etc.
    Dont worry ya Kak Nanie...she ll be fine.In Syaa ALLAH.

    ReplyDelete
    Replies
    1. W/salam Cicik Ann,

      Pija kuat semangat, walaupun dihospital, main keek boleh, menulis blog boleh.

      Dia anggap sakitnya main2 gitu, bila dah reading bp tak turun2, reading gula mencanak tinggi, baru tersedar akan bahaya penyakitnya. Ishhhh

      Delete
  10. Salam aunty,
    apa khabar?
    btw, semoga Peeja cepat sembuh. insyaAllah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kembali,

      Aamiin, Terima Kasih fathen atas doa utk Peej.

      Delete
  11. assalam auntie...salam ukhuwah...syafakillah buat peej..moga dia sihat kembali....

    ReplyDelete
    Replies

    1. W/salam ummi khalish,
      Terima Kasih atas doa utk pija

      Delete
  12. AnonymousMay 06, 2013

    Salam Auntie, Moga peeja cepat sihat and auntie jaga kesihatan ye.

    Salam dari saya yang bernama Noorghafura

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kembali Noorghafura,

      Terima Kasih atas doa utk kami

      Delete
  13. AnonymousMay 06, 2013

    Salam Aunty

    Harap Peej cepat sembuh!!! Patutlah hari tu saya gi amik Ephyra dia nampak mcm tak sihat..........Jaga diri aunty jgn sedih2 ok! Sayang Aunty.......

    ReplyDelete
    Replies
    1. W/salam,

      Terima Kasih atas doa utk pija.

      terimakasih sekali lagi kerna menyanyangi auntie..huhuhuhu

      Delete
  14. Auntie.. sabar yer.. semua apa yg terjadi ada pengajarannya.. apa yg hilang mungkin akan di beri dgn yg lebih baik lagi.. tentuan allah kan sangat cantik dan teratur.. semoga auntie dan keluarga tabah menghadapi dugaan. amin.. semoga pija cpt sembuh juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima Kasih NB atas doa dan nasihat utk kami

      Delete
  15. Auntie, saya doakan Peej dipelihara Allah dan pulih semula. Dan semoga Allah beri rezeki pada Peej untuk hamil lagi. Amin. Sabar ya, auntie, dugaan Allah memang untuk orang yang baik2 macam Peej dan auntie juga. Saya percaya Allah sangat sayangkan keluarga auntie ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin


      Terima Kasih Aidah atas doa utk kami

      Delete
  16. Assalam auntie, ceria n berserinya muka auntie n uncle nk pergi mengundi tu.
    Kemain tau uncle nak pergi mengundi pun siap tanya nk pakai kasut ke selipar.
    Bagus tu, penampilan kena ada. Hebat lah uncle. Hehe. Auntie pun lawa sangat, lembut je.

    DIA maha mengetahui apa yang terjadi pada semua hamba-hambanya.
    Insyallah, peej akan diberikan kesihatan dan juga rezeki yang berlipat ganda olehNYA.
    Untie jgn stress dan runsing memikirkan keadaan peej tu ok.
    Auntie pun kena kuat demi anak-anak. Dia tengok auntie runsing, nanti anak-anak pun runsing.


    Dah...dua2 sakit...kami yang pembaca ni pun akan terasa sakitnyna juga (hehe ni gurau ya auntie..)

    ReplyDelete
    Replies
    1. W/salam Ai Artkid,

      Haah, uncle memang cam gitu, dia jaga penampilan dia dari muda, dan auntie memang suka uncle kemas sentiasa.

      Haah, tulah yang auntie sedih, bila anak2 sakit, auntie tak dapat memberikan 100% support..sebab auntie sendiri pun sakit...huhuhuhu

      Delete
  17. muka auntie mcm muka pija..hehe
    sy reader blog kamu berdua!
    semoga tabah hadapi dugaan eh, sy doakan semua selamat, Allah nak kasi rezeki lain..

    ReplyDelete
  18. oo.. baru terbaca pasal peej. semoga dia tabah dengan ujian ini.

    aikk macam mana auntie punya sekolah boleh lenggang nih.. hihihi saya beratur panjang tau.. :)

    ReplyDelete

Pada yang terbuka hati utk tinggalkan komen disini..
Didahului dengan ucapan Ribuan Terima Kasih

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...