THANK YOU TO ALL MY FOLLOWERS

Friday, April 19, 2013

Selamat Hari Lahir Suami ku

Sudah 41 tahun mengenali insan ini
dari umur auntie 17 tahun dan uncle 19 tahun
ketika itu
Kini sudah 37 tahun berkahwin dengannya..
Pada 16hb April yang lalu adalah hari lahirnya yang ke 60



 Amat Penyayang


Perjalanan yang penuh dengan ranjau duri2
sepanjang kehidupannya dari muda hingga lah kini
Ujian yang hebat2 belaka
Dari aspek kerjaya , kesihatan,
kewangan, kawan2 dan juga famili sendiri
Disebalik segala ujian,
kehadiran hikmah dariNya..

Alhamdulillah..uncle melalui setiap
ujian dengan kesabaran dan keredhaan
Tidak mengeluh dengan ujian2
yang dihadapinya..
malah menjadikannya seorang insan
yang lebih bertawakal

Kata kawan2 yang mengenali auntie
Auntie mempunyai sifat kesabaran yang amat tinggi
Yang sebenarnya..
uncle lah insan yang mengajar auntie apa itu kesabaran
dan kini satu2nya anak yang mewarisi
kesabaran yang tinggi adalah Ayol anak sulung
tiga anak yang lain sedang dalam process..hik3x
Alhamdulillah...

Anak belikan sebiji kek dari secret resepi
Sambutan yang simple dirumah peeja


Mencecah angka 60
(6 batang lilin)

Wajah yang terharu bila angka 60 mencecah dirinya


Auntie berasa amat terharu
sampai menangis terisak2
rasa amat bersyukur bersuamikan insan ini
yang telah menyayangi auntie seadanya
dari
muda hingga tua
dari
sihat hingga sakit
selalu auntie memikirkan siapakah yang akan 'pergi' dulu

pasrah...


uncle sedang menenangkan kesedihan auntie

Ada auntie menanyakan apa yang dihajatinya..

Uncle hanya mahu melihat anak2nya
bersedia untuk mengharungi kehidupan
kerana kehidupan adalah suatu medan perjuangan
katanya..

Manusia dicipta Allah SWT untuk menerima ujiannya
dari masa kesemasa, tanpa kita ketahui bagaimana
bentuknya dan bilamasanya.

Allah SWT menguji manusia supaya mereka sedar
bahawa segala apa yang ada didunia tidak kekal
sebaliknya ia adalah milik Allah SWT yang dipinjamkan
hanya sementara sahaja. Allah SWT boleh mengambilnya
pada bila2 masa.

Moga anak2nya tenang mengharungi kehidupan
dalam kesenangan atau kesusahan, dalam sihat atau
sakit..apa saja adalah ujian kehidupan
jangan kesal, jangan sombong, mesti sentiasa bersyukur..
ber'ingat'2 lah..
pesan uncle

Happy Birthday dear..



42 comments:

  1. Selamat hari lahir uncle! Hari tu ada gak baca kat blog peeja.

    Semoga dipanjangkan usia dlm kebaikan, dikurniakan kesihatan yang baik, berkekalan dgn auntie hingga ke syurga, dirahmati dan dilindungiNYA selalu. Aamiin... =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. AsSalam ita,

      Terima Kasih sudi tinggalkan ucapan dan doa utk auntie dan uncle.

      Aamiin

      Delete
  2. terharu mimie baca entry ini...uncle is such a loving husband to auntie and loving dad to anak2...Alhamdulillah...happy birthday again uncle bob..

    ReplyDelete
    Replies
    1. AsSalam shuweet,

      Haah, uncle memang amat penyayang.
      Terima kasih atas ucapan utk uncle

      Delete
  3. Rabbim hayırlı uzun ömürler versin:) cumanız mubarek olsun. :)

    Baik Tuhan memberi anda sepanjang hayat :)cumanýz mendapatkan diberkati

    ReplyDelete
    Replies
    1. AsSalam Saadet,

      Thank you dear for the doa's

      Delete
  4. Selamat menyambut ulanghtahun Uncle!!..Walaupun wish agak lewat, tp saya tetap wish. Auntie tolong sampaikan wish saya ni ya, walaupun uncle tak kenal saya.

    " Semoga Uncle dan keluarga berada didalam lindungan olehNYA. Dipermudahkan segala urusan olehNYA. Diberikan rezeki yang tidak terhingga atas kemahuanNYA. Disihatkan tubuh badan dalam menjalankan segala urusan. Dijauhkan segala malapetaka dan Dihindarkan oleh fitnah manusia, fitnah kubur serta dari fitnah Dajjal al-Masih."

    ReplyDelete
    Replies
    1. AsSalam Ai Artkid,

      Terharu akan doa yang dipanjatkan utk uncle.
      Thank so much dear, the doa's are so great. Aamiin

      Delete
    2. Doa saya sentiasa diberikan kepada golongan mukmin seperti auntie dan keluarga.
      Insyallah, mudah2an ia dipanjatkan dan diperkenankan atas kerelaanNYA.

      Delete
  5. Happy Birthday Uncle....sy terharu tengok aunty nangis...kasih sayang isteri...nak nangis jugak nengok nya

    ReplyDelete
    Replies
    1. AsSalam Mimy,

      hehehehehe auntie memang kememeh mimy, apa2 yang tersentuh baik happy or sad, my tears will flow.

      Delete
  6. salam aunty, terharu sgt tgk aunty menangis kat keek peeja n pics kat sini..

    tahniah untuk 41 tahun bersama, juga 37 tahun perkahwinan,semoga berkekalan ke akhir hayat, Insya Allah..

    juga didoakan aunty n uncle sihat sentiasa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. AsSalam kembali doll,

      Thank you dear for the wish and doa's.

      Delete
  7. Happy birthday uncle! Aunty jangan sedih-sedih ye..senyum please:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. AsSalam Kayrul,

      Thank you for the wish..hehehehehe masa menaip ni auntie sedang senyum

      Delete
    2. syukur alhamdulillah auntie senyum:) ingat lagi nama saya ye auntie:)

      Delete
  8. Selamat Hari Lahir uncle, Bila tgk pic uncle, terus teringat arwah ayah saya,...

    Semoga aunty & uncle bahagia ke akhir hayat :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. AsSalam PLSB,

      Alfatihah utk arwah ayah

      Terima Kasih atas doa utk uncle dan auntie.

      Delete
  9. Salam, Auntie.. saya teringat kisah2 uncle yg dipaparkan di sini sejak berkenalan dengan auntie. Sy juga tengok video yg dipostkan Peeja dalam blognya, terserlah kasih sayang uncle pada auntie. Siapapun yang akan pergi dahulu, kalian berdua pasti akan bersua kembali di syurga abadi...

    Salam sayang dari saya untuk auntie...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kembali SKTJ,

      Mudah2an, Aamiin.

      Salam sayang juga from auntie to you dear.

      Delete
  10. Happy birthday uncle..6 btg lilin & 6 biji magkuk epal..semoga auntie & uncle terus bahagia..amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. AsSalam intandayani,

      Terima kasih atas ucapan utk uncle dan auntie

      Delete
  11. sanah helwa buat uncle..semoga auntie dan uncle sentiasa di bawah rahmat Illahi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. AsSalam ummi_kalish,

      Terima Kasih atas ucapan utk uncle dan auntie

      Delete
  12. Selamat hari jadi untuk abang bob, semoga diberikan kesihatan dan sentiasa dalam rahmat Allah.. begitu jugak buat kak nanie sekeluarga... memang bertuah kak nanie dapat abang bob yg kasihnya tak pernah pudar...

    ReplyDelete
    Replies
    1. AsSalam makchaq,

      Terima kasih atas ucapan dan doa utk akak dan abg bob.

      Delete
  13. Salam...Moga Allah berikan kesihatan yang terbaik buat Uncle& Auntie... berbahagia dunia dan akhirat..Semoga kami merasai kebahagian dan ketenangan melayari mahligai cinta seperti Uncle & auntie (^_^) Aju doakan yg terbaik untuk auntie sekeluarga sepanjang hayat....

    ReplyDelete
    Replies
    1. AsSalam kembali syarqiah75,

      Wah..cantik doa Aju utk auntie dan uncle.
      Auntie Aamiinkan.
      TQ dear


      Delete
  14. Happy birthday uncle bob...

    Umur uncle sama dgn ayah saya.he was born on 25.1.1953

    Sayangnya arwah mama pergi dulu.ayah menderita kesunyian dlm diam selama 2 thn sehinggalah dia bertemu ummi.kini dah hampir setahun ayah n ummi bernikah.Alhamdulillah..ummi adalah wanita ke dua yg kami sanjung selepas arwah mama.menjaga makan pakai ayah dgn cukup sempurna.

    Semoga auntie n uncle bahagia sehidup semati.siapapun yg pergi dulu...semoga bertemu di syurga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. AsSalam Myzura Kamarulzaman,

      Alfatihah utk mama Myzura.
      Eloklah ayah kawin lagi utk penemannya utk sisi2 hidupnya.

      Terima Kasih atas doa utk auntie dan uncle.

      Delete
  15. salam Aunty,
    Ape khabar? dh lama tak tinggal komen.
    hari tu ade tengok keek peeja, sambut birthday uncle.
    dapatlah tengok aunty walaupun bukan secara live.
    btw, Happy birthday uncle! semoga diberi kesihatan yang dan gembira selalu.
    amin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. AsSalam Kembali fathen yaya,

      Auntie kabar baik fathen, terima kasih bertanya kabar.

      Terima kasih sekali lagi atas uctapan dan doa.

      TQ dear.

      Delete
  16. selamat hari lahir buat uncle. semoga uncle dan auntie bahagia dunia dan akhirat.amin

    maaf terlambat wish :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. AsSalam Eliss Mie,

      Terima Kasih atas doa dan ucapan untuk uncle dan auntie.

      Its okay dear, better late than never..hik3x

      Delete
  17. Happy anniversary. Let us enjoy what we have, and show our gratitude by making a few others happy.

    ReplyDelete
    Replies
    1. AsSalam Uncle Hassan,


      To make a few others happy, requires giving others of our time by writting good articles ..hik3x

      Thank you for the wishes.

      Delete
  18. Air mata saya bergenang saat membaca entri untie ini. Semoga di permudahkan segalanya buat untie dan uncle dan sentiasa jadi loving couple.

    Hepi bufday buat uncle.

    ReplyDelete
    Replies
    1. AsSalam JunAina,

      Terima Kasih atas doa dan ucapan untuk auntie.

      Auntie rasa Jun juga seorang yang penyedih macam auntie.

      Delete
  19. salam aunty,

    I dah tengok celebration nih kat blog peeja...I pulak over tengok aunty menangis dalam videoklip....syahdu rasanya.

    semoga jodoh aunty n uncle hingga ke akhir hayat... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. AsSalam kembali ummisara,

      Terima Kasih ucapan dan doa utk auntie dan uncle.

      Ohhh dah tegok kat keek yea..hik3x

      Delete
  20. syahdu pula baca entry ni, bergenang air mata. huhuhuh
    Happyy belated birthday to uncle ye.
    semoga aunty di berikan kesihatan yang lebih baik.

    ReplyDelete
  21. sweetnya.. sebak baca.. happy belated birthday uncle. semoga uncle dan aunty dikurniakan kesihatan yang baik, amin. :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...