THANK YOU TO ALL MY FOLLOWERS

Tuesday, April 23, 2013

Sebak Bila Hadiri Jemputan Perkahwinan

Hari Minggu 21/4/2013
Ada majlis kahwin di Wardieburn Kem
Dewan Dato' Othman Harun
Ayahnya ExArmy Officer, kahwinkan anak lelakinya
juga saorang pegawai tentera

Pagi tu, badan auntie tak berapa sihat
Auntie dan uncle berbual..
Auntie : Nani tak larat nak pergi, you gi sorang2 boleh tak?
Uncle : Suka you lah..kata nak jumpa kawan2 tentera
Auntie : Tulah..kalau pergi mesti ramai, dapat cium2 pipi
wifey2 diorang..
Uncle : Telan lah pain killer sekarang, kita pergi bila badan you lega sikit
Bila uncle bersungguh nak bawak
Terfikir juga dihati, sementara uncle masih hidup, adalah jemputan2
jika uncle tak ada memang akan terputus hubungan dengan kawan2..
jika auntie tak ada, ketika itu bolehlah uncle pergi sorang2..

Auntie terus kedapur telan pain killer, masak nasi dan
masak kari daging kentang sebab Ayol dan PG tak pergi
apa pulak dia orang nak makan tengahari nanti..

Dah siap masak, cari baju dibilik atas
ermmm...banyak yang dah lama tak pakai
ambil satu, turun dan gosok sebab keredut, lemari padat

Pukul 12:30 tghhari kami bergerak
badan auntie masih tak berapa baik
tapi kuatkan semangat..

Perkahwinan pasangan

Kapt Mohd Gaddafi Bin Hj Mohd Akram
 dan
Nurafidah Binti Haji Abdul Ghani

Tak banyak gambar yang uncle ambil
sebab sibuk berbual dengan kawan2nya 
diantara rakan2 akrab uncle yang ada
Panglima Angkatan Tentera
General Tan Sri Dato' Sri Zulkifeli Mohd Zin
yang menarik2 tangan uncle suruh duduk semeja

Ketua Pengarah
Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM
Major General Dato' Zulkiflee Mazlan

Yang dah bersara pula
Dato' Megat Yusoff
Dato' Azman Rosli

Mereka semua adalah kawan yang amat rapat
dengan kami, sentiasa dihati kami..
bilamana uncle jatuh sakit ketika
sudah pun bersara mereka tidak lupa menziarah

Kami sampai dah selesai
pengantin berjalan bawah pedang..
dan tiada upacara memotong kek
entahlah..mungkin auntie tak perasan




Major General Dato' Zulkiflee Mazlan
Upacara merenjis



See I told you, when my hubby was busy with his friends, 
auntie was left unattended..hik3x
orang dah start makan, pinggan auntie masih kosong..huhuhuhu
auntie tunggu sampai uncle sendukkan kemudian


Lauk pauk dimajlis
Nasi briani gam
Ayam masak merah
Kari Daging
Dalca
Acar buah
Papadom
Air Siren (sirap+oren)





Panglima Angkatan Tentera
General Tan Sri Dato' Sri Zulkifeli Mohd Zin 
Kerusi sebelah yang kosong dimana uncle malu2 kucing nak duduk bersama







Uncle ambilkan kuih serimuka, tapai, bubur dan teh tarik utk auntie, 
ambik gambar ni
dah tuh terus menghilang..huhuhuhu


Door Gifts


Cupcake dan senaskah Asmaul  husna

Dalam kereta auntie sebak sangat
tapi tak bagi tahu uncle

Sampai dirumah, auntie terburai menangis
depan Ayol..

Kenapa? tanya Ayol
Mama sedih sangat sebab papa banyak berpura2
dengan kawan2 mama..

Berpura2 apa? tanya Ayol lagi
Kata auntie...
Semua kawan2 menanyakan CUCU mama
Soalan2 mereka..
Dah berapa orang cucu?
Masih satu lagi?
Berapa umur sekarang?
Dah keletah lah yea?

Auntie menangis dan berkata lagi
Mama tak boleh nengok wajah papa
bila menjawab soalan2 mereka
Papa berlakon happy untuk menjawab
semua soalan2 tu..
tapi sudut hatinya..mama tahu dia terluka..

Ayol terus dakap dan cium pipi auntie
dan mengusap2 belakang auntie..
Auntie lihat..Ayol juga mengalirkan airmata

Ayol berkata pada Auntie
Banyak bersabar mama
Auntie juga berkata sedemikian pada Ayol..
Entahlah berapa lama lagi kami nak tunggu..

Pada auntie..
Mertua Ayol amatlah tidak bertimbang rasa
membelakangkan hak Ayol sebagai suami dan ayah..
masih tidak mahu melepaskan isteri dan anak Ayol..

Ayol hanya berkata..
Dia berserah....Total surrender pada Allah SWT
Biarlah mertua dia hanyut dengan keputusan mereka..
Kepentingan diri menguasi keputusan mereka 
Kini lapan bulan telah berlalu..
Buat masa sekarang, Ayol tetap menunggu
kepulangan isteri dan anaknya disisinya..
Ayol tidak akan lupa menghantar saraan anaknya setiap bulan
kerana itulah tanggung jawabnya..


Insan yang dianiayai tapi masih memberikan senyuman 
Moga Allah SWT memberi kekuatan pada suami dan ayah ini..



Dahhhhh...auntie tak mahu emo2 pagi ni
banyak kerja yang auntie nak buat..
nak keluarkan karpet dan jemur
nak vacuum dan mob rumah..
Aduhai..manalah weekend maids dah
lama benar uncle tak arrangekan..


34 comments:

  1. salam auntie
    kesian kat ayol. takpe lah Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya. Moga mereka sedar akan kesilapan dan kembali ke pangkal jalan. Sama2 kita doakan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kembali Lya,

      Terima Kasih atas doa Lya.

      Delete
  2. Semoga Kak nanie dan keluarga terus tabah menghadapi dugaan ini...

    ReplyDelete
  3. ya Allah , tak sedar airmata saya mengalir baca entri auntie. diharap , auntie sekeluarga dapat bersabar ye. saya doakan semoga hati mertua Ayol akan terbuka dan berikan semula hak Ayol sebagai suami dan ayah pada anaknya :')

    salam perkenalan dari saya auntie :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Perkenalan kembali Cik Tia,

      Terima kasih sudi tinggalkan komen dan panjatkan doa utk auntie sekeluarga.
      Tak mengapa jika hati 'mereka' tidak terbuka utk jalan yang diredhai Allah SWT terpulanglah..

      Kami redha akan ketentuanNYA

      Delete
  4. jaga kesihatan auntie. take care

    ReplyDelete
  5. Moga Allah membuka pintu hati mereka, suatu hari doa untie sebagai ibu akan makbul juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima Kasih atas doa utk kes ini.

      Doa orang yang teraniaya jika Allah SWT tidak kabulkan didunia, kemenangan diakhirat adalah perjanjianNYA.

      Kita sebagai manusia tidak akan terlepas dari pengadilan dipadang mahsyar nanti.

      Delete
  6. AsSalam aunty,

    tabahkan hati aunty, Saya doakan agar keluarga mentua Ayol, lembut hatinya dan dibukakan pintu hatinya.

    Seoarang isteri wajib mentaati suami.banyak saya dengar ceramah agama kata macam tu,harap mereka sedar akan keputusan mereka.

    sayu hati saya aunty,lagi sedih bila tgk gamba ayol ni.In Shaa ALLAh aunty, disebalik kepahitan ini, ada kemanisan nya nanti.Allah sedang menduga.memang berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.
    Saya cuma boleh mendoakan kebahagian aunty dan anak-anak.

    sedihnyer aunty,..

    tetiba teringat mak saya dan mak mertua.

    aunty hepi2 yer... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. AsSalam Kembali Capt Lalok,

      Terima Kasih sudi mendoakan khusus utk kejadian ini utk keluarga auntie.

      Memang benar hukum syariah meletakkan isteri mentaati suami, bukan sebaliknya, entahlah...mereka sedar atau tidak

      Memang sedih dan sayu bila auntie melihat Ayol dipinggirkan oleh mertua, isteri dan anak.

      Tak mengapa suatu ketika nanti pembalasan keingkaran hukum Allah SWT akan terNYATA tidak didunia diakhirat nanti.

      Yang penting keredhaan atas ujian ini..
      selagi ada nyawa dikandung badan,
      teruskan kehidupan memegang amanah Allah SWT..



      Delete
    2. In Shaa Allah, Aunty, Doa ibu yang terinaya di dengari Allah.

      Amin.

      Delete
  7. terburai jugak air mata saya. semoga isteri dan cucu pulang ke pangkuan jaminan syurganya, iaitu suaminya..amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. AsSalam Eliss Mie,

      Terima Kasih atas doa mu. Aamiin

      Tahukah mereka akan tindakkan memisahkan suami, isteri dan anak itu adalah ZALIM.

      Kenapa tidak melepaskan anak perempuan mengikut suami?
      Apalah erti bilamana kedua2 mertua membaca taklik ketika upacara nikah?
      Setakat baca tapi ingkar utk memahaminya, ramai saksi ketika itu tapi Allah SWT jua akan menentukan segala pembalasan.

      Delete
  8. sebak baca entry aunty nie, dlm gembira perkahwinan anak kawan, tentu uncle takmau bukak cerita hal2 sedih keluarga kan..faham tu..

    uncle tu bukan sengaja nak bohong, cuma menjaga air muka family jer tu, aunty faham kan..

    Insya Allah perkara2 baik akan datang kepada orang2 yang teraniaya dan orang2 yang sabar..apapun Ayol nie jenis suami yang penyayang dan penyabar masih bertahan kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. AsSalam Doll,

      Yea benar, uncle tidak mahu majlis kegembiraan bertukar jadi sedih pada kawan2.

      Auntie faham tindakan uncle, auntie juka senyum sumbing ketika itu.

      Memang auntie tertanya2 kenapa Ayol dianiaya begitu, sedangkan dia seorang lelaki, suami dan ayah yang baik dan penyabar.

      Moga Allah SWT pelihara 'jiwa' anak ku dengan ketenangan. Aamiin

      Delete
  9. assalam,aunty..
    jangan sedih2 ye. inshaallah ada rezeki aunty jumpa dgn zara nnt.

    take care :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasallam n pija,

      Terima Kasih sudi meninggalkan kata2 penyejuk hati disini..

      Delete
  10. Assalamualaikum,
    Saya yg bacapun nanges gakkk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam Warahmatullahi Wabarakatuh anyss..

      Jangan nanges..biar keluarga auntie ajer yang nanges..huhuhuhu

      Delete
  11. Sedihnya zu baca entry untie..sabar banyak2..Allah ada..
    Ayol seorang suami serta bapa yg sangat2 kuat..
    Ya Allah kau bukakanlah pintu hati mereka supaya keluarga Ayol dan untie bahagia bersama menantu dan cucu mereka..Janganlah kau sesekali memisahkan keluarga ini..tetapkan iman dan kesabaran yang tinggi pada mereka..Amin..

    Sayang untie..hugs n kiss..jgn sedih yer..anak zu bleh jadi cucu untie..nama dia Nur Auni.

    Zu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. AsSalam Zu,

      benar apa kata2 Zu disini..Allah SWT wujud (sifat 20 yang pertama)
      kerana itulah kami redha akan ketentuanNYA.

      Pesan auntie pada Ayol takutilah akan pembalasan Allah SWT kerana kita pasti kembali

      Terharu auntie bila Zu hulurkan kata2 kasih utk anak Zu (Nur Auni) menjadi cucu auntie..bergenang airmata

      ThankQ Zu

      Delete
  12. huhu sedih pulak bila baca apa luahan auntie tu..lebih2 lagi gambar ayol tu sesuai dengan ayat2 yg auntie luahkan. sabar ye auntie,uncle & ayol!!!

    ReplyDelete
  13. Salam aunty,

    Allah tidak akan menzalimi hambanya...semua yang berlaku adalah ujian kepada ayol dan aunty sekeluarga....allah uji kerana saying...Allah tahu kemampuan ayol, aunty , uncle sekeluarga menghadapi ujian ini...ayol seorang anak, suami n ayah yang baik....

    insyallah, hikmahnya sangat besar aunty.

    sabar ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. AsSalam Kembali umisara,

      Benar,
      Kalimah Bismillah yang dibaca setiap perlakuan,
      yang membawa erti
      ALLAH YANG MAHA PEMURAH YANG LAGI PENYAYANG.

      Memang benar ada hikmah disebalik segala ujiannya.

      Delete
  14. Auntie & Ayol bersabar lah ye... Allah swt kan ada, setiap sesuatu yang berlaku ada hikmahnya...

    Mertua auntie mmg x patut betul ler... Diorang xde hak ke atas anak dia sbb Zetty & baby hak Ayol...

    Sedih bila baca post harini... Kami semua sentiasa mendoakan agar perkara ini akan selesai dengan baik tidak lama lagi In sya Allah...


    ReplyDelete
    Replies
    1. AsSalam Lola,

      Begitulah harapan kami supaya kedua2 mertua Ayol mendapat taufiq dan hidayah dari Allah SWT akan kebenaran mutlak suami terhadap isteri dan anak.

      Delete
  15. Auntie, besar sungguh dugaan ayol...allah akan memberi dugaan kepada umatnya yg kuat, tabah dan cekal...pesan pada ayol setiap dugaan itu dtg dr allah...dan dia jugalah yg akan ganti kan dgn hikmah yg amat besar satu hari nanti untuk ayol....

    ReplyDelete
    Replies
    1. AsSalam noris,

      Terima Kasih sudi tinggalkan pesan untuk Ayol.

      Delete
  16. Salam untie, sayu saya baca. Kesian nya ayol, sy doakan allah permudah kan semua nya. Semoga ayol dpt menjadi suami dan ayah pada anak dia.. Dan untie pula sihat2 selalu sabar yer untie dan ayol ada hikmah nya di sebalik semua ini insyaaAllah..

    ReplyDelete
  17. If you recal I told you over a year ago, that the likeness of name to Marilyn M attracted my attention, and then the tragic conditions you went through life. This posting is not about something to cheer about. It can only draw sympathy. Hope you and family will sail through all the trials and tribulations in life with success.

    ReplyDelete
  18. AnonymousMay 03, 2013

    Aunty i really understand what you're going through sebab abg sy pun in the same situation tapi bezanya mak sy still lg dpt tgk cucu dia hari2 sebab perempuan tu kerja, and mak dia dh tak kuat. and mahkamah syariah skg mempermainkan hukum Allah kes abg sy nak dpt balik custody anak dia still tertangguh nak dekat 4 tahun, walhal abg sy dgn isteri dia masih lg suami isteri yg sah. Hukum nusyuz pun dipermainkan oleh isteri abg sy. Perempuan skg jahil dgn hukum Allah. Syurga isteri bawah tapak kaki suami. Seorang perempuan terputus segala hubungan dgn keluarganya apabila telah lafaz akad ijabkabul. Tak dpt cium bau syurga kalau derhaka dgn suami. Bila fikir balasan yg dia akan terima dh cukup buat sy takut. Aunty sabar and im sure you have been the greatest support system for your son, kalau bukan sebab parents saya support abg sy, tak tahu la ape nak jd dgn abg sy. Hopefully anak aunty jumpe perempuan yg boleh buat dia happy again. Salam :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...