THANK YOU TO ALL MY FOLLOWERS

Monday, April 22, 2013

Masakkan Orang Tua Lagi Sakit

Kebelakangan ni  auntie
yang tak berapa kuat tenaga
masak  2 mata lauk saja utk
setiap kali hidangan
kami bersyukur dan berselera aja
anak2 makan dan tak merungut

Set Satu
entah tak ingat hari apa (minggu sudah)

Kari Ikan + lobak putih


Goreng2an ikan selar, tahu dan tempe

Buncis goreng


Bila nengok tv sampai larut malam perut auntie terasa lapar
Huishhhhh...terasa nak supper
tak yah ajak uncle keluar,
mesti tak mau punya
auntie jengok peti sejuk
Ada bebola ayam..auntie jadikan stew chicken balls
Kami hirup2 anak beranak dan makan dengan roti
hehehehehe ada aja anak2 yang menumpang


Auntie punya bowl

Auntie dan PG demam
Rebus nasi buat bubur
makan dengan kicap sambal yang memang dah tersedia dalam peti seju

Bubur Nasi, 

Campak sotong karot, buncis entah apa2lah lagi lah
main buh jer...

Pengat keledek, auntie malas potong dadu
Tak ingat dah hari apa entah..

Pengat keledek tanpa sago

Semalam pergi kenduri kahwin
Auntie masak kari daging tapi lupa nak snap
Ishhhhh...
Masakkan yang tertera adalah masakkan
kehidupan orang2 pendapatan yang sederhana
masakkan air tangan orang tua
Dah lah tua..sakit pulak tu...

Apa2 pun Alhamdulillah..masih ada tenaga
yang dibekalkan utk diri dan keluarga...



35 comments:

  1. Assalamualaikum,
    hishhh! nasib baik rumah auntie jauh...kalau taman sebelah, haruuuusss setiap hari ada org dtg bwk mangkuk tingkat ;)

    air tangan orang lama tiada tandingannya wpun hanya goreng telur dadar ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam Warahmatullahi Wabarakatuh anyss,

      Tulah, auntie terpikir juga sapa bawak mangkuk tingkat kesini, boleh tapau balik..kih3x

      Delete
  2. Hamboiii juadah orang sakit, memang menyelerakan. Siap ada pencuci mulut lagi.

    Moga2 Auntie dan anak sembuh seperti sediakala.

    ReplyDelete
    Replies
    1. AsSalam Ai Artkid,

      Pencuci mulut auntie rajin buat bila tidak ada apa2 nak berbuka puasa senin khamis.

      Auntie dah sembuh dari demam tapi anak auntie belum lagi.

      Delete
  3. rindu masakan my ma. hari tu sebulan balik berpantang, merasalah makan masakan air tangan mak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. AsSalam Eliss Mie,

      Selalu gitulah, kesiankan anak2 bila berjauhan dgn ma. Memang gitulah hukum berumah tangga, ikut suami tercinta.

      Delete
  4. Masakan org tua tu yg sedap untie, ringkas tapi bila makan ada umphhh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. AsSalam JunAina,

      Tulah, kata anak2 pada auntie, org tua2 masak, nengok main campak2 jer tapi kemain sedap.
      Banyakkan berselawat.

      Delete
  5. slow-slow auntie...buat apa yang termampu:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. AsSalam SCC,

      hehehehehe slow2 lah tu..laju2 dan cepat2 dah tiada dalam kamus auntie bila sakit mcm ni

      Delete
  6. assalamualaikum ... sedap semua lauk pauk kat atas tuh . manusia bila dah lapar , tak kira apa ada depan mata , mmg ngap jer . yg ptg dpt isi perut ... heheheee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam Warahmatullahi Wabarakatuh vee,

      kena nengoklah dulu apa yang nak dingapkan..hik3x

      Delete
  7. rajin nya aunty, dlm x sihat masih gagah memasak wlupun simple tapi gerenti sedapkan!

    kita yg sihat nie bercinta2 nak masak bila balik kerja..kena pinjam semangat aunty nie..semangat ibu/isteri sejati..

    ReplyDelete
    Replies
    1. AsSalam doll,

      tidak juga gerenti sedap, kadangkala bila terlalu sakit, masakkan auntie tawar atau termasin..sebab terlupa

      huhuhuhu

      Delete
  8. Salam auntie, semuanye nampak menyelerakan auntie..nyamm!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kembali Alwanez,

      Meh makan ngan auntie kat sini

      Delete
  9. ini la yg sy makan setiap hari samapi besar gini auntie..biarpun sederhana asalkan kenyang..betul x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. AsSalam intandayani,

      Betul, auntie dibesarkan makan cam gini, dah jadi ibu, ajar anak2 pula makan cam gini.

      Delete
  10. Asalamualaikum..aunty,
    wah..aunty,kalau saya sakit nak check in kat umah aunty boleh..sedapnya lauk orang sakit tu.

    thanks aunty, saya tak tau,lobak putih tu boleh masak dalm kari..ilmu ni, terima kasih aunty share...

    terliur tgk bubur nasik tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam Warahmatullahi Wabarakatuh PLSB,

      Nak check in sini, boleh..boleh..boleh..hik3x

      Lobak putih tu dibuang kulit,potong2 dan rebus/celur sekejap sebab nak buang rasa maungnya.

      Delete
  11. yg penting air tgn isteri yg sediakan mknn suami & air tgn ibu yg sediakan makanan anak2 :) betul tak, aunty?

    ReplyDelete
    Replies
    1. AsSalam LaLaLOLa,

      Aah, bila makan masakkan sendiri, kepuasan tak sama bila beli lauk luar

      Delete
  12. Assalamualaikum Auntie

    masakan macam tu yg anak2 suka

    ReplyDelete
    Replies
    1. AsSalam atuk,

      hehehehehe rumah auntie, masaklah apa pun, pasti licin

      Delete
  13. bg la resepi simple ni aunty. kt pon pendapatan sderhana. baru kawin ni, npk sng je resepi aunty. so, elokla bru kawin ni blaja masak simple cani. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. AsSalam cik chinta,

      heheheheheh ni kes berat, resepi macam gini malu auntie nak tulis kat blog, resepi so simple.

      Delete
  14. sedap tu aunty.rajin aunty masak. Mak saya pun terpaksa masak sbb orang lain masak tak kena tekak dia. Saya lagi suka tolong Mak saya masak kalo saya masak katanya terlebih minyak, terlebih masin terlebih manis. kalo buat kek biskut xdelah dikomplen sbb katanya zaman baking die dah byebye. xreti nak adjust rasa lagi, padahal dah 20tahun lebih training.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. AsSalam Chique Malek,

      Betul juga, tekak orang tua memang ada jer tak kena dgn masakkan org tapi auntie tak lah komplen sapa2 masak auntie makan ajer.

      Haah, auntie baking2 memang bye2 dan faill... dari muda pulak tu, asyik lah order dan order tiap2 tahun bila raya, nak makan kek beli ajer..
      nak kena cari menantu pandai bakinglah nampaknya..

      Delete
  15. assalam auntie..
    selama ni saya SR je kat blog auntie ni.. btw suka baca .. especially bila auntie letak gambar apa yg auntie masak...
    teringat arwah mak.. masakan orang tua.. walaupun simple.. tapi sedapnya tiada tandingan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. AsSalam Kembali Laila,

      Terima Kasih sudi meninggalkan komen kali ini dan terima kasih sekali lagi kerna sudi membaca blog auntie.

      Alfatihah utk arwah mak laila.

      Delete
  16. asm. masakan orang sakit pun dah tersangat sedap dan rajin berbanding saya ni yg relatifnya muda skit....bravo auntie

    ReplyDelete
    Replies
    1. WWW-Waailaikumusalam Warahmatullahi Wabarakatuh NBK,

      Auntie 'kaki' suka makan maka masak memasak menjadi kemestian setiap hari..hik3x

      Delete
  17. salam auntie
    auntie sakit2 pon bleh masak sedap2
    saya doakan auntie diberikan kesihatan yg baik. amin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. AsSalam Kembali Lya,

      Terima Kasih atas doa utk auntie. Aamiin

      Delete
  18. semuanya nampak menyelerakan..
    sedapnya la hai..
    take care auntie..
    terima kasih sajikan gambar² makanan yang auntie masak kat sini.
    terubat rindu saya dgn masakan mak-mak.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...