THANK YOU TO ALL MY FOLLOWERS

Tuesday, April 9, 2013

Amat Patut Dicontohi..

Hari minggu 7/4/13
Ada jemputan kesyukuran jiran auntie
Hari Sabtu, auntie bermalam dirumah anak auntie
di setapak, nak tengok2kan pokok2 bunga
yang auntie tanam dirumahnya
Dah tengahari barulah auntie bergegas balik
kerumah auntie untuk pergi ke majlis tersebut

Kami dah berjiran selama 24 tahun
Dari auntie muda sampai dah tua
Daripada anak2 auntie kecil
sampai dah besar panjang

Jiran auntie, jauh lebih muda dari auntie
Isterinya masih berkerja di LHDN
suaminya pula pilih untuk optional retirement
(bersara awal)


Puan Hajah Rohani

Majlis kesyukuran diadakan bilamana
anak sulung lelaki mereka
telah habis belajar dimenara gading (degree holder)
Anak perempuannya pula dapat 9A's  dalam keputusan SPM
Suami pula khatam Alquran dalam masa setahun
Alhamdulillah...
Allah swt telah memberi rahmatNya pada keluarga ini.


Tuan Haji Maanor

Pasangan yang bahagia dengan sepasang zuriat
Sulung lelaki dan Bungsu perempuan

Tetamu yang hadiri majlis ramai yang dah balik
tapi auntie sempat bergambar yang mana ada
ketika auntie disitu





Tuan rumah sedang bersembang dengan uncle

Masa auntie berkomunikasi dengan Puan Hjh Rohani
difacebook tentang jemputan majlis tersebut
sempat auntie bertanya apakah hidangannya pada hari tersebut
Punya lah tak sabar nak makan masakkannya
sebab dia memang rajin masak memasak
dari makanan berat sampailah pemanis
setiap majlis yang dibuat, mesti home cooking
dengan air tangannya sendiri
Kedua2 suami isteri berasal dari Kelantan,
kegemaran auntie ayam percik
akan ada dalam juadah pada hari itu...katanya
Weeeeee...sukalah auntie..hehehehehehe



Juadah2 yang terhidang
2 set jenis makanan
Nasi Arab Ayam dan Kambing
Acar special khas utk nasi arab
(entah auntie tak tahu dipanggil apa)
Timun
Dalca daging

Nasi putih
Tempoyak daun kayu
Ayam percik
Sambal bilis+kentang+kacang+tempe
Sambal belacan
Ikan kering kurau
Air putih dan sirap


Tempoyak daun kayu

Ayam Percik

Auntie makan set nasi putih dulu..hehehehe

tengah menyendok dalca

Amboi sikit jer nasi putih nampak?
padahal auntie tambah lagi nasi putih selepas tuh..hik3x


Nasi Arab Ayam


Bila dah makan nasi putih sakan
nasi arab auntie ambil sesenduk dan seketul ayam aje
'Kambing mandi' (mutton mandi) dah habis kata kawan auntie
jadi auntie tak dapat rasa, betul ker nama masakkan tu?
bukankah kambing takut mandi? hehehehehe

Pilihan auntie serba satu utk pemanis
Kacang kole, agar2 santan pandan, moist choc kek dan talam seri muka
Semua talam2 dan kek ni Hjh Rohani buat sendiri..
Nak buat tempahan pun boleh..

Terbaik kesedapannya

Auntie pilih duduk dimarble round table diruang dapurnya
bersama kawan2 dan jiran veteran, kesemuanya dah bersara hik3x
Bersembang2lah kami disitu


Yg tengah jiran auntie, yg hujung auntie tak kenal

Satu lagi pemanis, auntie tak pernah jumpa dan makan selama ni
tapi auntie rasa sesudu disuap oleh uncle
Ohhhhh...sedapnya tapi disebabkan dah makan 4 jenis kuih
dan segelas air sirap, auntie takut naik pula reading glucose
huhuhuhu maka sesudu untuk rasa sudah mencukupi
kata kawan auntie persiapan masa in total utk
pemanis ni, selama 3 jam (atas dapur api yang kecil)

Sira Labu


Kuih Muih

Kerepek dan Buah2an

Hajah Rohani tahu auntie seorang yang gemar makan..hik3x
Dia menghulur resepi LAMB CHOP & BLACK PEPPER SAUCE
resepi ni terbaik dan mudah.. katanya
Amboi, dengan kesihatan macam ni manalah
nak renyah2 berchop2 lagi..dapat masak biasa2 utk
makan harian pun dah cukup baik..kata auntie
hik3x resepi tetap auntie ambil 
tapi bila nak cuba? Nanti2lah dulu..

Lepas maghrib
Alhamdulillah
Auntie dapat nasi arab dan kuih muih 
dihantar kerumah..
Wahhhh...tak masak auntie pada malam tu

Auntie sangat kagum dengan Hjh Rohani
Seorang berkerjaya yang berjawatan tinggi
Dia amatlah rajin dengan tugasan2 seorang isteri
Rumah yang super bersih, pandai memasak
resepi2 yang berat hinggakan pemanis

Pandai juga menjahit sebagai hobby pada mulanya
hinggalah mendapat tempahan dari kawan2 
menjahit tudung..
auntie dibawa masuk bilik menjahitnya
bila auntie masuk, mak aiii....macam masuk kedai tailor, 
ada dua buah mesin disitu
mesin jahit dan mesin jahit tepi
macam2 warna benang dan kain 
Auntie juga pernah tempah tudung labuh padanya
Amat selesa bila auntie pakai..

Luar rumah, menanam pokok2 bunga juga
menjadi hobbynya..
menghijau dan gemuk2 tanamannya
kesemua kerja2 rumah tanpa bibik..

Auntie amazed with all the talents she carried.
Amat patut dicontohi..



20 comments:

  1. sira labu tu kegemaran pB ...


    lama sungguh dah tak makan



    sedapnya .........

    ReplyDelete
    Replies
    1. AsSalam pB,

      Memang susah nak jumpa sira labu

      Delete
  2. sedapnye auntie sy tgk kuih kole kcg tu.lama tak makan.auntie da sihat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. AsSalam intandayani,

      Haah memang sedap kacang kole tu, auntie suka.

      Alhamdulillah..kesihatan stable

      Delete
  3. Lauk2 tu, Ya Allah..sedapnya auntie :)

    All the talents tu, dan cara didikan anak mereka tu, mmg wajar dicontohi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. AsSalam Dr,

      Memang sedap hidangan majlis tu..huhuhuhu
      teringat2 auntie akan kesedapannya.

      Apa yang ada pada Pn Hjh Rohani, Memang patut dicontohi utk para2 isteri

      Delete
  4. Kakak percaya kalau auntie sihat pasti boleh juga seperti Hajah Rohani itu. Pergerakan auntie yg membataskan sebab dari cara auntie kakak dapat rasakan auntie juga amat berkebolehan..

    Banyaknya Hjh Rohani tu masak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. AsSalam Kakzakie,

      Masing2 ada kelebihan dan kekurangan yang telah Allah rencanakan untuk individu.
      Auntie dah ditakdirkan begini jadi hanya bersyukur pada hadrat illahi. Berkemampuan hanya setakat yang boleh.

      Haah, penuh meja hidangan Pn Hjh Rohani.

      Delete
  5. Pelbagai kelebihan Allah kurniakan buat Hjh Rohani. Alhamdulillah. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. AsSalam Kakcik,

      Kurniaan Allah pada keluarga yang sentiasa meng'ingati'nya.

      Delete
  6. Kita dalam dilema nak masak apa... kak nanie dok tayang semua lauk yg sedap-sedap...
    nak buat malas..
    makan hendak...
    macam mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. AsSalam Rahmah,

      hehehehehe masak ajer apa yang ada dalam peti sejuk,
      masakkan dari air tangan ibu dan isterilah yang terbaik,
      bersih dan selawat dalam semua masakkan.

      Delete
  7. saya pun kagum.. malu la pulak saya yg muda2 ni da pemalas.. dari mana kawan auntie tu dapat energy eh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. AsSalam ZZ,

      Energy dari Allah, semangat gigih utk suami dan anak2..

      Delete
  8. sira labu...

    sedap; mane nak cari ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. AsSalam Rapunzeel,

      Memang tak ada dijual dimana2, musim bulan puasa ada juga auntie terjumpa di pasar juadah

      Delete
  9. Assalamualaikum,
    Sira labu???? Lamanya tak makan!
    Susah nak dapat tu...tempat kenduri pun jarang2 ada dah skrg ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam Warahmatullahi Wabarakatuh anyss,

      Tulah, bila Pn Hjh Rohani kata 3 jam preparation nak buat memang rumit.

      Delete
  10. salam auntie...:) sedapnyaaaa kuih muih tuu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. AsSalam syaqiah,

      Memang terbaik kuih2 talamnya,

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...