Followers

Wednesday, March 6, 2013

Walimatulurus

Hari sabtu 2/3/13
Dua Jemputan Kawin
Satu siang, satu malam

Yang siang, jemputan sepupu uncle
Ayah dia dengan Mak uncle, adik beradik

Lepas zohor auntie, uncle dan ayol saja
yang pergi, yang lain2 ada hal..

Auntie bergerak dari rumah pukul 2:30 ptg
Ke Dutchess Place, Jalan Ampang

Sampai dimajlis, auntie dipeluk dan dicium
dah lama benar tak berjumpa sejak majlis kawin
anak auntie Peej
Aduhai, air mata tak terkawal
menangis dalam kegembiraan berjumpa
sedara mara dari KL, Melaka, Johor dan Spore
tapi sorang pun adik beradik uncle tak ada
pelik juga..auntie tak pula bertanya uncle
Ada juga yang datang awal dan dah balik
tak mengapa..tiada rezeki nak berjumpa

Jom nengok gambar2..

Auntie di pimpin kemeja oleh sepupu uncle, Akmar
Meja betul2 depan hightable

Masa tu pengantin sedang makan

Tunggu nak menjamu hidangan, bergambar2 dulu

Ada waiter sendukkan nasi

Senduk lauk Ayol jadi waiter auntie..hik3x


Tanpa keropok


Lauk Hidangan majlis
Nasi Beriani
Rendang Ayam
Ikan Sweet Sour
Acar Rampai
Daging kentang lemak cili api
Keropok
Air mineral, siren (sirap + oren) dan kopi

 Manisan Majlis

Sessi bergambar lagi dengan sepupu uncle
Arwah Ayah mereka bertugas di S'pore
tapi bila bersara menetap di Melaka
anak2 semua dah menetap diKL
Arwah ayah mereka adalah adik Arwah Mak Uncle




Yang Baju Biru bersongkok tu, juga dua - tiga pupu uncle
Nenek mereka dengan nenek uncle adik beradik..fuhhh
jenuh auntie menanya asal usul..hik3x
mereka kaum kerabat uncle dari Masjid Tanah, Melaka

Gambar ni sengaja auntie buh, 
sebab nak aksyen tudung baru..hehehe

 Simple but elegant setting high table

Masa sedang makan
kami didendangkan dengan kumpulan muzik


Selepas setiap lagu yang di dendangkan
Auntie nengok hadirin menepuk2 tangan
hingga ada yang bertepuk menjulang tangan
hingga melepasi paras kepala..
dah lah yang berumur2 yang menepuk2 tuh..
auntie kehairanan, jarang melihat situasi begitu
dimajlis perkahwinan
Terus auntie tanya uncle..
"Sedap sangat ker? Nampak semua orang suka"
Uncle tunjuk thumb up,
"Sedaplah, mereka bawak lagu2 Filipino, Thailand, Omputih,
dan Cina.
"Wah..international, nak kad diorang boleh tak?" kata auntie
"Nak buat aper?" tanya uncle
"Mana tahu, nani nak pakai jika Noy kawin nanti, sebab
kawan2 kerja Noy kan banyak orang filipin dan Thailand " kata auntie
"Nanti sebelum balik, I ambikkan" kata uncle
Rupa2 mereka adalah anggota tentera - Kor Ordinan
hik3x..





Ada juga persembahan budak2 muda
entahlah, sedap atau tidak
sebab tak sangat mendapat tepukkan
hik3x..

Kesian auntie kan? Memang tak dapat nak
menghayati nikmat pendengaran lagi..
Nasib ler..

Sempat Ayol bergambar dgn pengantin lelaki


Mereka display hantaran depan pelamin


Sapa entah yang teringin nak bergambar dipelamin
auntie ikut ajer..hik3x


Bergambar dengan Mak dan Ayah Pengantin

Dari Kanan, No 2 dan 3 adalah 
Ayah dan Ibu kpd Mak Pengantin Perempuan
Sungguh bertuah pasangan ni sebab dapat bersama
ketika cucu bernikah 



Baju yang simple, auntie suka



Kek dua tingkat

Lovely Couple

Sedang sibuk2 bergambar,
ada seorang perempuan menegur auntie..
hehehehehe katanya dia nampak Ayol dulu
baru ternampak auntie..hik3x
Wahhh! dahsyat betul Ayol famous amos 
lah kalau gitu..kata auntie sambil kenyit mata
dia silent reader blog auntie katanya
tak sempat menanya sapa nama dia..
ribuan terima kasih kerana sudi menegur auntie..

Door gift
Telur Pindang dah lesap

Sebaik sampai rumah auntie kupas telur pindang tu
sebab dah lama auntie tak makan telur pindang
Noy bertanya 
"kenapa telur tu warna cam gitu?
Sedap tak? Nak rasa sikit" 

Auntie hulur kat dia
Sambil makan kepala dia angguk2
Ohhhh..rasa telur hangit terbakar..
katanya..



Untuk Pasangan Pengantin Ini

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Ya Allah, engkau mengetahui bahawa hati-hati
ini telah bersatu kerana mengasihimu,
bertemu untuk mematuhimu,
bersatu memikul amanahmu,
hati-hati ini telah mengikat janji setia
untuk mendaulat syariatmu,
maka eratkanlah ikatannya,
kekalkan kemesraan antara hati-hati ini
akan jalannya yang sebenar.  

Berikan kebahagiaan yang berkekalan
buat mereka di dunia dan di akhirat.
Amin Ya Rabbal Alamin


12 comments:

  1. Semoga pasangan kekal bahagia di dunia dan akhirat jua

    jawapan noy sama dgn entry sya
    anak kecik si kakak chantik kata
    "ibu kakak dapat telur hangus"

    ReplyDelete
    Replies
    1. AsSalam Kasihibu,

      Aamiin.

      hehehehe ye ker?

      Delete
  2. Cantik pelamin walaupun nampak simple, masa saya kawin pun door give nya telur pindang.....dah memang kebesaran orang johor kalau kawin bagi telur pindang.....kalau Wan kawin pun saya nak bagi telur pindang juga pada tetamu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. AsSalam Sharifah,

      Haah, telur pindang berasal dari Johor. Setahu akak mahal telur ni dan rumit nak buat.

      Bila agaknya Wan nak kawin, jgn lupa jemput akak yea.

      Delete
  3. meriah majlisnya..moga perkahwinan diberkati Allah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. AsSalam Tihara,

      Haah, memang meriah, dengar kabar, hari Ahad pun keluarga pengantin perempuan satu lagi majlis, khas utk bankers pula.

      Aamiin

      Delete
  4. Assalamualaikum,
    Telur hangus terbakar? hu hu hu hu
    Auntie mmg comey dgn tudung baru tu ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusallam Warahmatullahi Wabarakatuh anyss,

      heheheheh memang rasa cam gitu tapi sedap.

      auntie beli tudung tu sebab kawan datang bawak kerumah menjual.

      Delete
  5. hahaha...kelakarlah noy....

    a/way...tudung aunty cantik...=)

    ReplyDelete
    Replies
    1. AsSalam pinky,

      Noy tak pernah rasa telur pindang selama ni, first time makan, gitu pulak komen dia..hik3x

      TQ, auntie suka tudung tu, tapi beli sehelai aje.

      Delete
  6. Saya pun nak tegur tudung baru tu la sebelum baca captionnya. Hehehe memang cantik tudung tu.

    Cantik sungguh pengantin tu, betul baju nya simple tapi menarik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. AsSalam AA,

      hehehehehe rege boleh tahan maka auntie beli satu ajer, kena kumpul duit jika nak beli lagi..huhuhuhu

      Haah, memang cantik pengantin tu, especially kulit dia.

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...