Followers

Thursday, March 14, 2013

Walimatulurus Pasangan Pegawai Tentera

Selepas Majlis di Kem Sungai Besi
Bergegas auntie ke Nilai pula
Majlis Perkahwinan adik perempuan Dr Jonet
(sahabat baik Peej)
Mereka buat di Dewan Perbandaran Nilai
Negeri Sembilan

Auntie tak pernah sampai kesini
Selalu sampai Nilai 3




Dah parking kat luar baru nampak
ada lot utk OKU, Ishhh..tak mengapalah

Sampai dalam dewan
sword bearer dah selesai
(pengantin berjalan dibawah barisan julangan pedang)
Auntie memang tak boleh nengok, mesti terisak
sebab teringat masa silam auntie kawin..huhuhu

Mempelai sedang potong kek dengan pedang ketika tu
dikelilingi oleh pegawai2 tentera dari kedua2 pihak
Pengantin lelaki berpangkat Kapten bertugas di
17 Melayu DiRaja berpusat di Kem Terendak, Melaka
Pengantin perempuan juga berpangkat Kapten
dengan Kor Risek di Mindef.






Auntie dipimpin duduk dimeja VIP
auntie bukan VIP pun tapi dek kerana
auntie kan terhoyong hayang nak
ke meja buffet maka mereka perihatin kat situ


Lauk Majlis super sedap
Nasi Minyak
Kari Kambing
Kurma Daging
Ayam Masak Merah
Dalca
Jelatah
Air Mineral dan Sirap
Buah Limau

pingan auntie



Kapten Syafiq Aizad dan Kapten Siti Rabia





Anggota yang datang dari Terendak 
nak bergambar dengan Kapten mereka






hawa dewan sejuk dan nyaman
walaupun pintu terbuka luas


Aircond auntie kira ada 10 biji
5 biji kanan dan 5 biji kiri

Anak2 duduk meja lain
Uncle merayap cari anak2 dia
sempat dia tangkap2 gambar





Biasalah bila dikenduri  kendara, dapat jumpa kawan2 lama
Boss uncle suatu ketika dulu pun ada
Sempatlah bergambar

Panglima Tentera Darat Ke-20
Jeneral Tan Sri Mohd Azumi bin Mohamed

Sempat pula auntie menyelit..hik3x

Kapt. Dr Jonet sebelah kanan auntie
Paling kiri tu Mak Dr Jonet



Huishhhh senget tudung auntie..



Tinggi betul menantu auntie 
bergambar dengan pengantin






Doa Untuk Pengantin
Ya allah ya Tuhan kami, kurniakan rahmat kepada (pengantin) suami isteri agar kekal abadi, aman damai yang berkekalan di alam rumahtangga, sihat walafiat, dimurahkan rezeki dan dilanjutkan usia dengan mendapat zuriat yang soleh serta mendapat syafaat daripada junjungan besar Nabi Muhammad saw.
~ Amin ya Yabbal Alamin ~




Dah selesai bergambar kami minta diri
untuk pekena kuih muih diluar dewan


Ada khemah pau berasap2

Keropok Trengganu

Mentara uncle pergi ambil kan auntie manisan2 tu
sempat dia ambil gambar auntie dari jauh


Kesunyianlah tu..hik3x

Bubur kacang durian dan air kopi O panas


Pau yang masih panas, inti kacang, kaya dan kelapa
super sedap kemain, auntie sampai ambil kad mereka

Auntie ambil gambar uncle dari dekat 2 shots





Uncle ambil juga gambar auntie 2 shots

Uncle suruh auntie betulkan tudung 
yang dah hampir menutup muka
hahahahahah

Itulah hasil muka jika tidak bercermin, 
tudung senget, muka berminyak, 
 ada kisah??


Gambar kenangan di depan Dewan Perbandaran Nilai

Door Gifts majlis


Macam2
Bekas kaca  berisi sweets
Bunga Pahar
Handbag hanger dalam bekas putih

Dah tua2 auntie dan uncle keletihan bila
terkejar2 utk pergi dua tiga wedding..
Balik rumah terbaring suami isteri..





19 comments:

  1. Macam macam betul makanannya kan Auntie...:)

    Memang meriah saya tgk kalau anggota tentera berkahwin...lalu bawah pedang...hehehe..unik

    ReplyDelete
    Replies
    1. AsSalam DZ,

      Haah, tradisi dalam majlis perkahwinan pegawai2 tentera masih lagi dipraktikkan

      Delete
  2. Salam MM,

    Sekarang musim orang kawin. Tak tak kira musim cuti sekolah atau tidak, boleh dikatakan pantang ada cuti umum apa lagi hari sabtu dan ahad mesti ada jemputan/

    Semoga kedua pengantin kekal bahagia selamanya. Akak tak pernah menghadiri majlis kawin tentera ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. AsSalam Kembali KK,

      Betul banyak betul jemputan kami, hari ni nak ke Kuala Selangor.

      Majlis Perkahwinan bagi pegawai tentera, pengantin lalu bawah barisan pegawai2 yang memegang pedang, at least 6 pedang

      Delete
  3. Assalam kak... dulu adik anie kawin dengan pegawai tentera pun ada upacara lalu bawah pedang tu.... semoga pengantin kekal bahagia ke akhir hayat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. AsSalam Kembali aNie,

      Ohhh..ada ahli keluarga dalam ketenteraan, Alhamdulillah

      Delete
  4. Amin.. semoga kekal bahagia selamanya.. Comelnya pengantin perempuan.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. AsSalam Ratu Hatiku,

      Haah, comel adik Dr Jonet tuh

      Delete
  5. Uncle tetap hensem dan bergaya... Untie pun still cantik dan bergaya jugak. Semoga sentiasa sihat dan berbahagia hendaknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. AsSalam JunAina,

      hehehehehe uncle dan auntie bergaya?

      Dah tua dah, yang tinggal hanya perlu bersih
      zahir dan batin..

      Delete
  6. meriahnya aunty..byk makanan plak tu..best bestt...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. AsSalam anna alaui,

      Memang sedap2 makanan yang dihidangkan dimajlis ni

      Delete
  7. Ooo adik Jonet tentera juga ya...baru saya tahu.

    Teringat kakak sulung kawin....pun ada jalan bawah pedang...masa tu saya baru darjah satu...berlari lari nak tengok dari dekat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. AsSalam Sharifah,

      Ramai betul adik beradik sharifah kawin dengan tentera yea

      Delete
  8. Meriah betul kenduri tu. Seronok kan dapat jumpa kawan-kawan lama masa masih berkhidmat dulu.

    Handbag hanger tu bagus tu Auntie. Saya dulu jenoh cari nak beli. Berguna bila ke majlis senang nak gantung handbag di meja. Untung Auntie dapat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. AsSalam AA,

      Betul, bila bertemu dengan kawan2 lama, saperti biasa auntie menangis gembira..
      sampai meleleh air mata

      Handbag hanger, auntie jarang guna sebab security wise, mudah penyagak nak sauk handbag kita..hik3x
      biarlah handbag dipangku saja..

      Delete
  9. Teringin lah sangat dulu nk kawin lalu swoed bearer tu tapi x smpt kawen lg dia dh quit navy. Nasih kawinnye jd haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. AsSalam LalaLOla,

      hehehe okaylah tu dah jodoh dgnnya w/pun tak ada pedang medang..

      Delete
  10. Salam Aunty Nanie ^_^

    aunty yg pakai turban tu mak Dr. Jonet ke? lahaiii...dah 2x saya terserempak kat Nilai ni aunty ^_^

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...