Followers

Thursday, March 7, 2013

Walimatulurus Malam



Di sebelah malam hari sabtu tu
majlis malam pula auntie dan uncle hadiri
Jemputan dari kawan Peej
Memang dah macam anak dengan keluarga kami
kawan Peej masa sekolah BBGS

Farhana @ Pedd

Lepas solat maghrib kami bergerak
ke TTDI lokasi majlis di Taman Rimba
Tak pernah sampai kesitu selama ni

Memang rimba habis, tiada lampu bila
masuk kawasan parking..
tiada lampu tiang ditempat parking
gelap gulimat tempat tuh

Kus semangat, dari parking area tu
auntie nampak sayup2 jauh khemah majlis

Memang ramailah orang berjalan kaki
walaupun jauh..tapi kaki mereka kuat

Auntie dah nanges2 memang tak mahu pergi
biarlah auntie duduk dalam kereta pun tak per
tapi uncle pujuk supaya jalan slow2
termakan pujukan uncle, auntie keluar dari kereta
sambil nanges2, terhoyong hayang...

Budak2 rela yang jaga parking terdengar
tangisan auntie, terus dia suruh uncle
masuk kedalam kawasan khemah dengan kereta
Alhamdulillah..parking betul2 tepi khemah
Sempat auntie menjeling kat Ayol dan Uncle
sambil berkata..
Boleh pun, kan ker mama dah kata mintalah
kebenaran masuk kat budak2 rela tu..
Dua2 tersenyum kambing kat auntie..Ishhh

Cantik khemah2nya
Malam yang bahang kepanasan
ada disediakan kipas besar berdiri

Majlis bertema Black and White
Men with suspenders belt
Women with dress attire
Kami tidak pula diberitahu
Kalau tak bolehlah ikut tema..hihihi

First time auntie hadiri majlis kahwin
30% orang berumur dimajlis tu selebihnya
Toleh kiri kanan semua budak2 muda..

Layari gambar2 yang ada dimajlis tu


Dipimpin oleh Ayol kedalam khemah cari meja



 Auntie tak berbedak malam tu, cuma celak dan lipstick sahaja
sebab nak ke Rimba..ahakk..


Kesayangan Auntie berkemeja sutera malam tu



Tanpa Acar Buah


Lauk kebiasan dikenduri kahwin
Nasi Minyak
Ayam masak merah
Daging masak kicap
Dalca Sayur
Papadom
Acar buah
Air Mineral dan Sirap lycee
Buah Oren


Bergaya dengan spec rabun dan batik sutera


Ramai gadis2 comel malam tuh...Cuci mata ker?



Ramai tetamu dah balik
Cantik khemah transparent
ada letupan bunga api sebelum auntie sampai



Lepak2 lagi sebab nak bergambar dengan Pengantin
Pinggan auntie tak habis makan..


Meja Bulat Pengantin


Men with suspenders belt 
Auntie pun sempat cuci mata nengok jejaka2 kacak bergaya

Dalam hati,  inilah satu2nya jejaka yang kacak sampai akhir hayatku...hihihihi


Cantik Setting

Centre Piece ada nama pengantin - Farhana dan Farhan
Tall Vase with fresh flower and Aroma Candle

Gambar untuk kenangan


Anak2 ku dengan pengantin


Tanpa Uncle

Tak dapat bergambar dengan Ibu dan Ayah Pengantin malam tu
Dengar kabar ayahnya tak datang sebab tak sihat
Ibunya pula bila auntie nak balik baru bersalaman dengan auntie
Kamera pulak dah disimpan dalam handbag, terus terlupa..

Door Gift 

Big Jars with Coloured Hard Boiled Eggs
& Sweets in small jars

Dendangan halwa telinga malam tu
DJ with PA system

Auntie tercari2 pelamin nak ambil gambar
Kata anak auntie dia tak buat pelamin
sebab masa nikah dah ada pelamin di rumah..
Wokeyyyy.. no problem

Semoga Allah memberkati, melimpahkan berkat dan menghimpunkan kedua mempelai
dalam kebaikkan.


Sabda Rasullah SAW

“Manusia Hawa dijadikan daripada rusuk manusia Adam bukan dari kepalanya untuk dijunjung atasnya, bukan pula dari kakinya untuk dijadikan alasnya, melainkan di sisinya untuk dijadikan teman hidupnya, dekat pada lengannya untuk dilindungi dan dekat di hatinya untuk dicintai..”


~ Di Riwayatkan oleh Maisaran bin Ali dari Abu Said Al-Khudri ~
Sesungguhnya apabila suami menatap isterinya dan isterinya membalas pandangan 
 (dengan cinta dan kasih), maka Allah menatap mereka dengan pandangan kasih sayang dan jika suami membelai tangan isterinya, maka dosa mereka jatuh berguguran di celah-celah jari tangan mereka.





6 comments:

  1. Salam auntie,
    seronok kan majlis buat malam2 macam ni auntie, selalu orang buat dalam dewan..tapi bila buat kat luar camni, lapang jugak rasanya..
    lama tak comment kat blog autie ni, tapi tak pernah miss cerita auntie, cuma tak sempat tinggalkan jejak, now ni baru dapat sebab budak2 semua dah selamat tidur hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. AsSalam Kembali ida,

      hehehehe tulah, nasib nyamuk tak dijemput berkenduri malam tuh, maklumlah rimba.

      TQ ida, sudi tinggal komen utk auntie.

      Delete
  2. Assalamualaikum,
    Macam seram je malam2 buat majlis dlm rimba hu hu hu gelap gelemat, alahaiiiii....

    Moga mereka kekal dunia akhirat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam Warahmatullahi Wabarakatuh,

      Betul,

      Aamiin

      Delete
  3. Ya peeja ada tulis kat blog dia yang Pedd nak kawin.....saya suka tengok Pedd ni....pakai apa pun lawa.....pandai cari suami yang nama lebih kurang sama je....semuga perkahwinan mereka kekal ke akhir hayat.

    Pssst....pakai LV damier tu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. AsSalam sharifah,

      Haah, Peeja belum buat n3 lagi ttg pernikahan dan reception Pedd, dia attend kedua2nya.

      Ishhhh..nampak ajer hbag akak, beli masa dapat duit gratuity, dah 4 tahun akak heret, tapi memang bagus kulitnya, tak bergaris walaupun akak lasak2kan, berbaloi

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...