Followers

Saturday, March 2, 2013

Tanya Sama Hati


Tatapan hujung minggu
Lagu yang banyak 'rahsia' tersirat
disebalik lirik yang digubah oleh 
Allahyarham Tan Sri PRamlee







Lirik Lagu Tanya Sama Hati 

Tanya pada pokok apa sebab goyang,
Nanti jawab pokok angin yang goncang,
Tanya sama langit apa sebab hujan,
Nanti jawab langit tanyalah awan.

Awan nanti kata aku kandung air,
Sampai tempat sejuk aku pun cair,
Tengok dalam air nampak bayang-bayang,
Campak satu batu bayang pun hilang.

Tanya sama hati apa rasa sayang,
Adakah tandanya nampak dipandang,
Kumbang rayu bunga bulan dan bintangnya,
Punya tanda-tanda hubungan mesra.

Tanya sama hati pernahkah merindu,
Tiba masa lena apa mimpimu,
Masa berjauhan apa nan dikenang,
Bila difahamkan itulah sayang.

Jikalau tidak kerana sayang,
Kuntuman kasih tak mungkin kembang,
Andainya jemu mengganti rindu,
Jambangan mesra tentulah layu.

Tanya sama hati pernahkah merindu,
Tiba masa lena apa mimpimu,
Masa berjauhan apa nan dikenang,
Bila difahamkan itulah sayang.

Penyanyi: P. Ramlee
Filem: Anakku Sazali





p/s : 



Firman :

"Allah yang menjadikan kamu dan apa-apa yang kamu perbuat"

As-Shaffaat : 96

7 comments:

  1. Assalamualaikum,
    saya pun suka lagu ni. paling suka lagu yang mereka nyanyi masa kecil. selalu jadi ringtone telefon, bila bunyi di tempat awam, semua orang akan pandang tapi...ada saya kesah?

    ReplyDelete
  2. indah kan lagu ni, mendayu2 je kalau didengar :)

    ReplyDelete
  3. salam aunty, ape khabar hari ni?
    ayah saye pernah record dia nyanyi lagu ni kat phone. selalulah dia pasang bagi cucu2 dia dgr...tadi bila saya play video ni cepat2 anak saya sebut "tokpa!! tokpa!!" hahaha!

    ReplyDelete
  4. Dalam filem tu saya suka lagu Joget Hai Si Pinang Muda...!

    ReplyDelete
  5. Lagu2 P.Ramlee semua sedap2 dan tak jemu di dengar....sekarang dah ada lagu yang di nyanyikan semula oleh penyanyi2 baru.....boleh tahan sedap juga.

    ReplyDelete
  6. tengah down..doakan semua utk saya dipermudahkanNya..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...