THANK YOU TO ALL MY FOLLOWERS

Monday, March 4, 2013

Peristiwa Lahat Datu, Sabah

Auntie amat terganggu pemikiran
dan perasaan sejak berlakunya
insiden Lahat Datu. Sabah




Amat bersedih diatas pemergian
pegawai2 dan anggota2 yang terkorban











Auntie dan uncle ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan takziah
pada keluarga2 pahlawan negara yang terkorban



Moga Allah SWT
himpunkan mereka bersama-sama hamba-hambaNya
yang beriman, para solihin dan bertaqwa.


Semoga tiada lagi pertumpahan darah..

Juga bersedih issue dipolitikkan
dikaitkan ketika negara tercinta dalam ancaman

Ramai benar orang2 yang tidak bertauliah
dalam undang2 kepolisian, ketententaraan dan kewartawanan
mengambil kesempatan bersuara tanpa pengetahuan
sehingga ada yang komen bukan2 dalam facebook
berkahak bagai..(hak tuiiiii)
lebih malangnya..komen2 dari perempuan
apakah perjuangan kita sebagai perempuan?
Hargailah, yang pergi berjuang diLahat Datu
semuanya lelaki2 wira negara
setakat ni..

Ada juga mempertikaikan kenapa nak naik kapal terbang sewa?
Kenapa tak ulang alik pakai kapal terbang tentera..
Sedihlah..orang pandai2 buat issue..




Satu batalion lebih kurang seribu anggota, auntie difahamkan
melalui buletin utama yang dah bergerak dua ribu anggota.
Belum lagi peralatan ketenteraan..senjata, makanan dan sebagainya..


Makanan 


Kepada kedua2 Pergawai Tertinggi Polis dan Angkatan Tentera


Logo 
Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia

 Ketua Polis Diraja Malaysia
Tan Sri Ismail Omar



Panglima Angkatan Tentera Malaysia
Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin

Selamat menjalankan amanah negara

Yang sedang menjalankan tugas operasi pula,
Moga Allah SWT lindungi dan permudahkan. Aamiin
Semoga sukses dan berjaya mencapai misi yang di
pertanggungjawabkan.

Uncle bekas 11 Rejimen Askar Melayu DiRaja


 Satu Peluru, Satu Musuh

Berkhidmat selama 26 tahun dalam ketenteraan


Berjiwa ketenteraan sentiasa tertanam
Auntie dan anak2 juga dah menjadi darah daging
dengan organasasi ketenteraan
Semangat Kental

23 comments:

  1. saya juga sedih perkara begini terjadi. saya juga anak tentera, dulu masa kecik ayah selalu tinggalkan kami kat rumah bila ada latihan perang, itu pun dah rasa sedih sedangkan baru latihan aje pun.

    ini perwira yang ke sabah tu lagilah...bukan latihan lagi. semoga Allah melindungi mereka...

    ReplyDelete
    Replies
    1. AsSalam gB,

      Memang keluarga saja akan rasa hiba, orang hanya melihat.

      Aamiin

      Delete
  2. Assalamualaikum mama dan uncle
    akhirnya inilah yg sya tunggu tunggu dari seorang yang memahami dari seorang yang pernah mengalami dan menghadapi
    semoga PDRM &ATM selamat sejahtera dapat mempertahankan sewajarnya
    semoga peduduk di SABAH terus teguh dan bersatu demi negara tercinta
    dan kita disini doakan akan ada kesudahan yang baik akhirnya amin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusallam Warahmatulahi Wabarakatuh kasihibu,

      Mudahan2 gitullah.

      Aamiin

      Delete
  3. Tu lah ramai sangat yang buat komen.....macam pandai sangat. Abang ipar saya bekas Navy bergelar Major......patutnya kita berterima kaseh dengan perwira2 kita yang sanggup menggadai nyawa demi rakyat dan negara......Tapi tu lah orang kita ni semenjak dua menjak ni mulut semakin celupar dan hilang adap bila bercakap....yang dia tahu nak berpolitik je, hal2 keselamatan negara pun jadi mainan mereka......sedih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. AsSalam sharifah,

      Bukan lagi bergadai, memang dah serah nyawa bulat2.

      Macam2 manusia dlm dunia, macam2 ragamlah

      Delete
  4. Slm untie.. sama lah saya untie. Resah gelisah saya dgn krisis di Sabah ni. Pada masa ni kita patut bersatu utk menyokong pejuang2 kita malangnya ada yg 'terlebih pandai' tapi hanya kt kibod komputer @ keypad hp. Petualang bangsa betul!

    ReplyDelete
    Replies
    1. AsSalam Linda,

      Tulah pasal, terlebih mulut dalam dunia siber dari hati kaudu.

      Pasti perjuangan perwira2 tu akan lama disitu, minimum sebulan sbb sekarang phasa pengeledahan empat kampung.

      Delete
  5. Salam kak Nani,
    Kesedihan saya lebih berganda sebab saya Sabahan,lahir di Tawau.
    Semua adik beradik mama saya skrg di sana termasuk nenek saya.
    Rumah diaorang kmpung atas air mcm dekat Semporna dah dekat sgt dah...
    Pekan Tawau cerita mama saya lanun tembak dari laut jer.
    Sedih bila org komen mcm2 sedangkan diaorang pegi Sabah pun tak pernah.
    Pastu ada plak samakan dgn Bersih...tak sama sekali.
    Saya anak army hubby anak polis kami sedih bila anggota2 pertahanan negara diperlekehkan.
    Salah seorang polis yg terkorban sahabat suami staf saya & dia tak lalu makan mengenangkan nasib isteri sahabat hubby dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. AsSalam Kembali Anis,

      Auntie turut simpati kepada Sabahan spt Anis, kampung halaman jadi hura hara gitu.

      Tak mengapa angota keselamatan diperlekeh, perjuangan mereka adalah perjuangan utk negara tercinta.

      Moga Allah memberi rahmatNYA kpd perwira2.

      Delete
  6. Assalamualaikum,
    Setuju dengan auntie, ramai sangat yang tak tahu tapi tulis komen macam bagus punya...padahal komen tu dah melambangkan betapa tak tahunya dia.

    ramai juga yang tak sensitif dgn keluarga kita kat sana. Abang & kakak di semporna yang letaknya tak sampai 5km dr tempat bergolak. sepanjang hari sembunyi dlm rumah dengan rasa tak tenteram siang malam. selepas mkn malam, semua lampu dipadamkan. Masih nak berpolitikkah lagi bila dengar saudara kita kat sana sebegitu keadaannya?.

    sangat2 tak faham dengan sebilangan orang ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusallam Warahmatullahi Wabarakatuh anyss,

      Biar2 mereka2 macam gitu, itulah gambaran peribadi mereka sendiri.

      Betul mereka bergelap selepas pukul 7 malam. Memang keadaan mereka sentiasa cemas..


      Delete
  7. Salam, Auntie..

    Saya pun rasa amat meluat dengan komen2 dan post2 yg bertebaran di fb skrg ini. Masing2 nak tunjuk pandai.. ish!

    ReplyDelete
    Replies
    1. AsSalam Kembali SKTJ,

      Haah, betul, auntie pun rasa mual bila membaca status2 orang yang tidak berhati perut

      Delete
  8. ASm, agree too. Ayah saya ex tentera darat juga, pencen 1975, Sabah dan Sarawak laluan beliau dan pejuang lain menentang komunis. Moga Allah lindungi mereka yang berjuang di sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. AsSalam NBK,

      Emm...pesara tentera dulu2 memang melalui zaman komunis.

      Aamiin.

      Delete
  9. betul tue aunt menyampah dorang tue mcm pandai sangat walhal pandai cakap jew ...doakan moga pulih kembali sediakala

    ReplyDelete
  10. Salam kak Nani...Semoga Allah melindungi mereka yang berjuang termasuk anak buah saya.

    ReplyDelete
  11. yang tak tahu pasal prosedur ketenteraan tu diam sajerlah... yang penting pakat2 berdoa agar semuanya baik sahaja..tak payah nak kondem kerajaan... orang yang berkenaan, they know best what is the best for the country..

    ReplyDelete
    Replies
    1. AsSalam NP,

      Hah, NP dah marah dah..hik3x

      Tau tak per, mereka belajar procedure kepolisian, ketenteraan bertahun2, ada yang pergi bertugas dgn UN di Iraq dulu, berperang..Pengalaman tu dibawa utk disalurkan kepada para tentera sekarang.

      Aparah diorang, senang2 nak kondem..

      Delete
  12. salam auntie...terpanggil beri komen tentang entry auntie kali ni..saya mmg silent reader...suka sgt baca blog auntie. saya anak polis...dah terdidik sejak kecil sifat cintakan negara....ayah saya mmg sgt patriotik, saya percaya semua polis2 dari dulu smpi skang mmg patriotik jugak. saya rasa orang yg bg komen bukan² baik fi fb atau mana2 laman sosial yg lain tu cuma berani baling batu sembunyi tangan. cuba hantar diorang kat sana...tengok!! ada berani ke tak. ni kan negara kita, tanah air kita, anggota keselamatan kita smpi terkorban nak pertahankan negara ni, blh pulak diorang politikkan bagai. nauzubillah. Semoga Allah berikan hidayah kepada mereka ini. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.

    ReplyDelete
  13. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  14. salam aunty,
    Suami dila kenal rapat dgn keluarga salah seorg anggota yang syahid dalam kejadian 1/3/2013 lepas.

    Waktu tu suami ada di rumah mereka, kebetulan.
    Adik2 arwah dah dapat berita sejak awal pagi tetapi belum diberitahu kpd si ibu sebab dak dapatkan kesahihan berita. Selepas maghrib bila dah sahih semuanya, adik2 pun berkumpul, masuk bilik si emak, membawa khabar syahid si abang. pengsanlah si emak.
    yg buat nenek terkejut sebab arwah ni x pernah tak beritahu sebelum setiap operasi tapi yg kali ni langsung xde menelefon.

    Adik arwah berkata kpd suami saya, "Kalau meninggal dek kemalangan atau sakit, sedihnya lain. Tapi abg meninggal sebab perang mempertahan negara. sedih kami ni, lain rasanya."
    arwah meninggalkan seorg balu (yatim piatu) dan 2 org anak, insyaAllah akan tinggal dgn nenek nnt.

    ReplyDelete

Pada yang terbuka hati utk tinggalkan komen disini..
Didahului dengan ucapan Ribuan Terima Kasih

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...