THANK YOU TO ALL MY FOLLOWERS

Tuesday, March 19, 2013

Pengantin Dr dan Dr


Hari Minggu 17/3/2013 ada jemputan majlis kawin lagi
Jemputan dari kawan lama masa sama2 bertugas di ATM dulu








N3 auntie asyiklah citer majlis kawin ajer
Mungkin ada readers auntie yang dah jemu dan nyampah nak baca n3 auntie
tapi memanglah kena menulis ttg majlis yang auntie hadiri sendiri
untuk buat kenangan..hik3x

Auntie sampai majlis pukul 1:00 tghari
Pengantin belum sampai lagi



Stage yang luas


Bersalaman dengan tuan rumah majlis suami isteri
terus auntie duduk meja yang berhampiran sahaja
memang auntie tak larat nak pergi jauh2..

Uncle pula sibuk mengambil gambar2 yang ada dalam n3 ni
Banyak lagi gambar2 tapi auntie pilih yang bersesuaian ajer

Majlis ni ditemani oleh Ayol, anak auntie
memang dia rapat dengan ayah dan ibu pengantin 
dan juga pengantin lelaki
mereka sama2 membesar  semasa kami diKluang dan Seremban dulu


Auntie menoleh tengok meja buffet bila Ayol nak ambil kan makanan
Memang auntie lapar sangat ketika tu..hik3x





Sampai jer makanan terus tak menyempat
auntie ngap2, uncle suh letak sudu sbb dia nak ambil gambar

melintang sudu dan garfu auntie

Makanan yang dihidang
MasyaAllah..punya lah super sedap
Nasi beriani
Ayam Masak Merah
Daging Kerutup
Jelatah Timun dan Nenas
Dalca
Papadom
Air Anggur ikut tema purple
Air mineral
Buah2an pula ada tembikai, papaya dan epal merah

Wah manisan dah banyak kehabisan
bila nak ambil sebab sibuk berbual dengan kawan2..
Yang auntie nampak ada talam keladi ikut tema
atas purple bawah putih
ada samosa
tapai pulut dan tapai ubi

Yang auntie dapat rasa

keledek goreng yang masih panas lagi dan tapai ubi kayu

cendol

asam laksa 

Semua hidangan
Walahhh..super sedap
susunan buffet yang menarik
uniform waiter pun cantik
Auntie sampai berusaha ambil brochure sekeping
dan scan disini..



Meja auntie ramai yang datang menyinggah
mereka tahu auntie tak sihat nak berjalan mencari mereka
uncle bukan main seronok dia berjumpa kawan2
dan ayol rancak berbual dengan auntie2 dan uncle2
mereka bergelak sakan
tapi auntie duduk diam2 sebab tak tahu apa
yang mereka berbual
tapi auntie turut rasa gembira 
bila lihat suami dan anak berseronok 
melayani kawan2



semua  kawan2 dah putih2 rambut dan janggut




uncle botak licin, kalau tidak memang dah juga
putih janggut, misai dan rambut..hik3x

Ketibaan Pengantin



Bersanding, comel2 flower girls


Kedua2 mempelai berkenalan di Uni luar negeri



Dr Jazree dan Dr Mayura



Uncle bersama ayah pengantin lelaki


Auntie bersama ibu pengantin lelaki

Auntie sangkutkan diri kat tiang sementara menunggu
Ayol ambil kereta
Sementara menunggu tu, sempat bersalaman
dengan Silent Reader blog auntie
hehehehehe sukanya hati auntie bila ada
yang sudi menegur..terima kasih yea..

Muka atak simyummmm walaupun
penat rasa nak tumbang..

Door Gifts
Beg ole2 sama macam kad jemputan

Muffins yang amat sedap

Auntie doakan..
Semoga Kedua Mempelai bahagia hingga keakhir hayat..
Aamiin

10 comments:

  1. Salam kenal Auntie...Suka baca blog auntie...keep on blogging ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal kembali pada Mak Wardah,

      Terima Kasih sudi tegur auntie disini,
      In shaa Allah, auntie akan terus menulis atas izinNYA

      Delete
  2. Assalamualaikum,
    Wahhhh UBE mmg sedap. Kat mana ni auntie?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam Warahmatulahi Wabarakatuh anyss,

      Memang sedap betul masakkan UBE, wedding kat UPM, Serdang

      Delete
  3. Replies
    1. AsSalam Rapunzeel,

      Memang cantik kad dan beg goodies tu

      Delete
  4. Hahaha seronok pulak baca....minggu lepas pasangan tentera...minggu ni pasangan Dr.
    Budak2 sekarang ramai yang pileh pasangan yang berkerjaya sama....mungkin dah jodoh nya begitu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. AsSalam sharifah,

      Secara kebetulan wedding yang akak pergi, pasangannya sama kerjaya.

      Delete
  5. Auntie update apa-apa pun saya tetap akan baca.
    Tak kira lah entry majlis kahwin hari-hari ke apa.
    Sebab olahan auntie senang nak faham.
    Orang lain jemu, itu hal diaorang.
    Saya ni reader auntie yang tidak pernah komen apa-apa sebelum ini.
    Sangat sangat sangat senang hati bila tengok update dari auntie setiap hari.
    Kadang-kadang siap refresh tau, mana tau ada new entry yang akan publish hehe~


    Btw, saya komen sebab saya ternampak keledek goreng dan laksa asam tu...
    Bunyi2 perut ni ha nampak makanan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. AsSalam Ai,

      hehehehe TQ sebab selalu baca n3 auntie.

      Sekali ni baru tinggal komen yea. TQ

      Delete

Pada yang terbuka hati utk tinggalkan komen disini..
Didahului dengan ucapan Ribuan Terima Kasih

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...