THANK YOU TO ALL MY FOLLOWERS

Tuesday, March 26, 2013

Majlis Perkahwinan di Dewan Sekolah

Hari Minggu 24/3/2013 jemputan kahwin lagi
dari kawan auntie, kenalan rapat masa auntie kerja
tahun 90'an di syarikat perumahan.

Kawan auntie berhenti dan bekerja di syarikat lain
Setelah berkawan selama 7 tahun,
tapi auntie di syarikat tu selama 17 tahun hingga lah
auntie boarded out kerana stroke pada tahun 2008.

Persahabatan kami tidak terputus, uncle masih simpan
no taliponnya dan bila hari raya kawan auntie
berkunjung melawat auntie..Alhamdulillah

Uncle, auntie dan Ayol bersiap awal tapi hujan
lebat selebatnya ketika itu
Jadi kami menunggu di ruang tamu selama lebih kurang
satu jam..


Baju auntie yang dihadiah oleh Zeity (menantu) utk Hraya tahun pertama
perkahwinan Ayol tiga tahun yang lalu


Kasut yang dah berumur 4 tahun


Bila auntie tegur lulu, jangan main dengan kasut auntie
terus dia datang dan tergolek2 manja

Majlis Kahwin di Dewan Wawasan SMK Tinggi Setapak, KL
Suami kawan auntie ialah guru disekolah itu
Sekolah yang besar,
auntie di pimpin berjalan lebih dari 300 meter dari tempat parking..
huhuhuhu
terhoyong hayang auntie berjalan
mencari dewan dari satu blok ke satu blok
ada banyak longkang2 kecil yang auntie kena langkah

"Aiyaa cik siti, lompattt lompattt"
Ayol bergurau 
(lagu PRamlee)

"Ana banyak tatut oii..
jalan perlahan-lahan
Ana jalan banyak sangkut sangkut.."
hihihihi kata auntie..
Jurugambar senyummmm bila
mengambil gambar nih..hik3x

Langkah orang sihat laju jer kan?

Kami disambut oleh suami kawan auntie
Auntie terus duduk dimeja pertama..
Suami kawan auntie terus tinggalkan kami
mencari isterinya..

Memang ramai ketika itu walaupun dah pukul
2:30 ptg sebab hujan baru saja berhenti
Terus Ayol ambilkan makanan yang dihidangkan
untuk para tetamu..


Lebih sikit yea..lapar ya amat, 
pesan auntie pada Ayol..hik3x





Hidangan majlis
Nasi Minyak
Dalca
Daging Masak Kicap
Ayam Masak Merah
Acar Buah
Papadom
Air Anggur
Manisan - Tapai dan Jeruk buah2an

Tapai Pulut




Dah kenyang..hik3x


Dewan terbuka tanpa dinding

High Table Pengantin


Ada 2 khemah diluar dewan

Uncle sedang kedekut senyum

Ditegur baru tersenyum, 
itu pun sikit ajer..hik3x

Bila dapat kad jemputan dari kawan auntie
tertera nama pengantin lelaki
Haji Mohd Arsyad Bin Hj Md Ghani
dan anak perempuan kawan auntie
Nur Farhana Binti Fadzil
Wahhhh...muda2 lah menunaikan rukun islam yang kelima
Alhamdulillah



Pengantin lelaki Lecturer Automatif

Kawan auntie menyinggah dimeja auntie beberapa kali
walaupun sedang sibuk melayan tetamu
Kami berpelukkan dan kedua2 menitis air mata


Gambar Kenangan bergesel pipi

Kawan auntie terjerit2 dan melambai2 pasangan pengantin
untuk bergambar dengan auntie dan uncle




Cik Gu Fadzil (Ayah Pengantin perempuan)


Sebelum balik, auntie dapat bergambar dengan
adik2 perempuan kawan auntie..

Auntie berpesan pada kawan auntie
jika ada kelapangan
datang lah kerumah bawa pengantin..


Door Gifts majlis




Muffin dan Kismis


Kismis dan halwa buah2

Ya Allah, berkatilah majlis perkahwinan ini, limpahkanlah
baraqah dan rahmat kepada kedua mempelai ini
Aamiin


3 comments:

  1. bagus jugak idea buat majlis kahwin kat dewan sekolah nie

    ReplyDelete
  2. Salam Auntie ...

    Pandai auntie pilih color tudung utk menaikkan seri baju tu. hehe

    ReplyDelete

Pada yang terbuka hati utk tinggalkan komen disini..
Didahului dengan ucapan Ribuan Terima Kasih

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...