Followers

Monday, March 18, 2013

Kuala Selangor, moga daku datang lagi..


Hari Sabtu Majlis Kahwin
di Taman Desiran, Kuala Selangor

Mak Sedara (Adik Arwah Abah)
yang satu2nya masih hidup

Bila dapat jemputan
maka auntie dan uncle mesti pergi
jangan tidak kata auntie
sebab dah hampir setahun tak jumpa
Mak Su

Sepanjang jalan kiri kanan menuju pekan
Kuala Selangor dah perang bendera


Kawasan Taman Baru
Panas terik sebab pokok2
semua belum membesar lagi

Parking depan rumah orang
lebih kurang 100 meter berjalan
so terhoyong hayanglah auntie
nak sampai ke bawah khemah


Auntie terus mendapatkan sepupu2 auntie
berpeluk cium, nanges2 sikit dan bergambar..

Salah sorang hantar auntie ke meja
untuk menjamu juadah kenduri



Uncle ambil kan auntie
Nasi Minyak
Daging masak kicap
Sambal sotong
Jelatah
Dalca
Ayam Goreng Rempah
Sirap
Bubur Pulut Hitam
Atas Meja kerepek ubi
dan kerepek gunting


Kami bergambar untuk kenangan



Mak Pengantin perempuan yang pakai baju pink
Kad Jemputan kenduri tanpa nama suami
sebab suami nya dah arwah 3 tahun yang lalu..

Auntie pernah pergi ke kenduri2 kawin
dimana kadangkala sudah arwah
tiada bapa, ada kala tiada ibu
ada juga tiada kedua ibu bapa
yang menguruskan adalah atok dan nenek..
Yealah..nasib masing2 atas rencana Allah

Misi untuk mengambil gambar bersama pengantin
terbantut..pengantin masuk bilik nak tukar baju
Entah tak tanya pula
apa hal lah pula tukar pakaian
time peak hours..
Jadi sebelum beredar
uncle nampak banner pengantin,  terus dia snap
hahahahaha
kata uncle
nanti mama menulis n3 tak lengkap
tanpa gambar pengantin

Aduhai! mana nak cari
suami yang amat2 prihatin, kan??
Syukur pada Allah




Gambar Pasangan Pengantin di banner





Door Gifts


 Air kotak dan Telur rebus


 Kismis dan Kacang Tumbuk


Dah kenyang auntie minta beredar sebab
nak jumpa maksu yang tiada disitu
dia uzur untuk menghadiri majlis
riuh rendah kenduri kawin macam tu..

Pak Su Jaafar dah arwah tahun sudah
Kini maksu tinggal bersama anak lelakinya
Isteri dan 4 cucu perempuan
rumah peninggalan paksu
rumah kampung

Auntie usap2 kepala nya
cium dahinya, rindu sangat
maksu banyak rupa arwah abah auntie
Masa auntie kecik2, arwah abah ada
bawa auntie kerumah ni tapi bila
auntie dah kawin, kami hanya berjumpa
maksu dikenduri kendara kawin atau kematian..
last auntie jumpa maksu dipejabat tanah
atas pembahagian harta pusaka tahun sudah


Stroke dah 10 tahun
Umur maksu 76 tahun


Ingatan Maksu tajam bila auntie
menanya ttg hal2 arwah ibunya, arwah bapanya,
hal adik beradiknya.

Tapi maksu pelupa di mana dia akan tanya soalan2
yang sama berkali2 pada auntie


Tak tahan perasaan auntie, terus menitis air mata
bila maksu kata
"semua adik beradik maksu dah mati..suami dah mati
ipar duai dah mati..maksu panjang umur"
(dengan mata yang memandang jauh..)

Mata auntie mencari sesuatu dikatilnya dan dinding
sebelahnya, tak nampak..

Aunti buka handbag auntie dan hulurkan tasbih yang ada
sambil berkata
Maksu pegang jer, tak yah zikir ikut butir2 tasbih nih
hanya perlu ingat Allah..zikirlah maksu, ingat Allah
kita akan mati juga akhirnya

Ramai lagi sepupu2 yang lain datang
singgah selepas menghadiri kenduri kawin

Auntie minta diri dari maksu..

Perjalanan 150 kilometer ulang alik keKuala Selangor
membuat auntie kepenatan..

Yang ghalatnya, auntie tak singgah pasar penambang untuk melihat
ikan2 fresh atas saranan kawan2 difacebook...

Malu nak kata
auntie dan uncle tak tahu kat mana pasar penambang..
sebab last auntie sampai sini was like
40 years ago...


14 comments:

  1. pB suka kacang tumbuk tu ....
    sedap

    semoga kita semua dilindungi Allah dari sebarang bentuk malapetaka


    ameennnnn

    ReplyDelete
    Replies
    1. AsSalam pB,

      Auntie pun suka sangat kacang tumbuk..hik3x

      Aamiin

      Delete
  2. Tengok keadaan maksu akak teringat mak kat jb....keadaan mak macam maksu akak terbaring je cuma dia tak kena stroke dan umur mak dah 84 tahun....sedih bila balik sekejap dia kenal anak2 sekejap tidak dan bila cium dia...dia akan cakap balik raya ya pergi lah dapur makan, ada macam2 kat dapur....tak ke sedih di buat nya.

    Bulan lepas saya ke kuala selangor menziarahi isteri sepupu shamsul meninggal, sempat juga lah singgah pasar penambang dan borong ikan2 kat situ.

    ReplyDelete
    Replies
    1. AsSalam Sharifah,

      Ingatan Mak sharifah pun dah ingat2 lupa, yealah bahagian masing2. Moga dia dalam pelihara Allah SWT untuk kembali dengan tenang.

      Tulah, nanti2 akak nak juga pergi ke pasar penambang tu, jika ke KSelangor lagi.

      Delete
  3. Pernah ke BTN di KS....tak jauh dari tempat altantuya kena letup.Yang lucu bila tersasar masuk kubur cina yang jauh mata memandang besarnya.Maghrib pula tu..Masuk bilik air kena ajak kawan teman sbb rasa seram semacam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. AsSalam Mamason,

      Huishhhh..macam mana boleh sampai ke jerat cina?

      Delete
  4. Salam Kak... anie pernah sampai ke Kuala Selangor dulu masa ada mak sedara suami yang duduk sana... tapi sekarang mereka dah pindah Ijok... maka takdelah ke sana lagik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. AsSalam Kembali aNie,

      Kuala Selangor dah pesat membangun, dah ada Tesco, Mc Donald dan banyak kedai2..

      Delete
  5. sedih baca entry aunty kali ni...=(

    ReplyDelete
    Replies
    1. AsSalam pinky,

      Menziarah orang sakit memang akan rasa sedih

      Delete
  6. Assalamualaikum Auntie

    Moga Allah memberi yg terbaik untuk Mak Su Auntie

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam Warahmatullahi Wabarakatuh atuk,

      Aamin. Terima kasih atas doa utk Mak Su

      Delete
  7. assalamualaikum auntie..semoga sentiasa di bawah lindungan-Nya..auntie,sayunya hati tengok maksu tu...:-( auntie,kcng tumbuk tu feveret dil harap2 dapatlh makan bila balik mesia....

    p/s:nak tanya pengantin ni belajar mesir ke?sebab macam pernah tengok di sini dan airkotak tu memang dijual di mesir je...:-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam Warahmatulahi Wabarakatuh ummi,

      Terima Kasih atas doa utk auntie.

      Haah, kacang tumbuk tu memang sedap.
      Bila balik m'sia, beli banyak2 nanti.

      Auntie tak bertanya pula mereka berdua belajar atau bekerja disana atau tidak, air kotak buah2an tu sedap.

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...