THANK YOU TO ALL MY FOLLOWERS

Saturday, March 30, 2013

Dasar Penipu Putar Alam


Uncle bercerita..
Jiran melayu yang menyewa rumah sebelah auntie
dah cabut
Rumah tu memang fully furnished.

Macam mana tahu? tanya auntie pada uncle
Uncle hulurkan bisnes kad

Alahhhh...citer jer, malas lah nak ambik cermin mata
kata auntie

Orang yg bagi kad ni,  datang tekan bell rumah kita
dan bercerita ...

Dia dah bayar duit pada jiran sebelah utk
perabot2 rumah tu.

Siap dia kata, dia nak beli perabot baru
yang ada ni nak dijual murah2..arwah mak dia punya

Tapi hari ni dua2 kereta tak ada dalam garage.
Langsir rumah dah togel macam dah tak ada orang.

Kami tak perasan bila masa pula lori datang
kemungkinan malam kot..

Kesian owner, kawan auntie kat Kuantan
Memang rumah tuh penuh dengan
barang2 keperluan kehidupan berumah tangga
sebab masa dia duduk disitu sebelum berpindah
diKuantan, satu barang pun dia tak bawak.
Semua ada dalam rumah tu
barang2 elekrik besar2 sampai lah periuk nasi
dan toaster semua ada.
Pinggan mangkok, carpet, sehinggalah langsir

Ishhhh..penyewa masih ada kunci rumah tu
Jangan dia datang lagi malam2 angkut 4 biji aircon

Kiranya ada dua mangsa yang di tipu sekali gus
Orang yang nak beli perabut
Owner rumah

Auntie terfikir, Modus Operandi dia..hihihi
Cari dalam suratkhabar ruangan rumah utk disewa
Mesti :
- kawasan rumah sunyi (not gated)
- barang2 berkualiti tinggi
- keuntunggan penjualan barang2
  boleh melepasi duit deposit  rumah 2+1
- duduk 2 bulan, masuk tiga bulan
panggil lori, angkuttttt...caalip bottttt

Jiran tu muda
Dalam lengkongan awal tiga puluhan
Sorang anak perempuan dan sorang bibik
suami tak pernah nampak
terbayang2 auntie rupa dia,
dan kereta BMWnya
sangat bersopan setiap kali terserempak
mesti dia nak bersalam dengan auntie

Huishhhh...auntie dengar
siapa yang menyewakan utk homestay pun macam tuh
boleh hilang selimutlah, hilang bantallah,

macam2 jenis perangai manusia dalam dunia..

Kena prihatinlah siapa jiran yang menyewa
sebelah rumah kita lain kali
sekurang2nya nombor kereta mereka
selama ni kami tak pernah pun ambil tahu..


12 comments:

  1. macam tu pun ada??

    eeei takootnye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. AsSalam Rapunzeel,

      Tulah pasal, macam2 scenario perangai manusia
      memang ngeri..

      Delete
  2. Soh tuan rumah tu cepat-cepat tukar mangga rumah, mana tahu nanti penyewa tu datang lagi angkut baki barang yang ada...

    ReplyDelete
    Replies
    1. AsSalam AA,

      Memang dah talipon tuan rumah diKuantan

      Delete
  3. salam kenal, takutnya ...
    hehe selalu jumpa Marlyn ni tapi di maya je!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal kembali Juhariah,

      hehehehehe memang bloggers kenalan dialam maya

      Delete
  4. Hidup mmg niat nak mencuri
    Dgn apa cara sekalipun akan dia lakukan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. AsSalam Rahmah,

      Entahlah, manusia lupa dimana telah pun berjanji
      pada ALLAH SWT dengan syahadah untuk jadi insan kamil.

      Delete
  5. Hi Marina, long time no see. How you doin'?
    Interesting posting....
    I guess we have to be aware of what goes around.
    Have a nice weekend, keep a song in your heart.
    Lee.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hello Uncle Lee,

      TQ for dropping by. I am fine here but M'sia citizens are blundered with political issues.

      Yes, I have songs in my heart, posted 2 songs today..hik3x

      Delete
  6. Akal orang jahat ni hebat betul...ada saja cara nak menipu..Agak2 berapa lah IQ mereka ek?

    ReplyDelete
  7. penipu ni dia memang banyak akal kan.. cemana la nak hidop dengan tenang...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...